Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Wednesday, 19 December 2012

Angkara Siapakah Ini?????

Lihat dan amati satu persatu gambar-gambar di bawah ini.......Apa tujuan si perlaku??? Pening kepala ku memikirkannya.  








Puas aku memikirkan.....angkara siapakah ini. xsemena-mena pasu bunga yang cantik....dimusnahkan...diciptanya lubang yang cantik ditengah-tengah pasu bunga tersebut. Agaknya la tak ada kerja kut si pelakunya!!!. Kejadian ni dah berbulan berlalu...cuma baru ku potretkan di ruangan ini. 
Seterusnya....berlaku lagi kejadian yang kedua. Seawal pagi, aku dengan bersemangat hendak ke opis.....sampai diparkir kereta....aku amat terkejut apabila melihat kereta kelisaku yang comel ini telah  di renjiskan dengan sesuatu. Aik.....apa ni??? Tapak kucing ke??? Aku belum buta lagi.....tapak kucing bukan begini.......aku amati dengan teliti....perasaan takut, marah, geram....mula menyelimuti diri.....akhirnya aku menumpang kereta kawan utk ke opis. Selepas thumb print.....aku pulang semula ke rumah....untuk membelek2 kereta ku. Nak naik takut......benda sihirkah ini??? Untuk apa ya??? Ooo....nak serikan kereta ku yang comot kut!!!! hahahaha......lawak betul la......Ermmmm......tak ada kerja betul orang yang melakukannya..... Apa yang dia kehendaki dari ku yang tak punya apa-apa ini!!!!!!




Apa pun....dengan kejadian-kejadian sebegini.......aku hanya berserah pada Yang Satu. Ya Allah...aku ampun mereka yang ingin mengkhianati aku, aku ampunkan mereka yang ingin menganiayai aku....aku ampunkan mereka yang ingin membuat aku sengsara......Hanya kepada Engkau aku berserah, Ya Allah. Lindungilah hambamu ini. Amiin.

Monday, 17 December 2012

Kembar Tunjuk Perasaan....Ummi Hanya Tersenyum.....

Ketika ku pulang dihujung minggu yang lalu iaitu 13/12/12 yang lalu......ku dapat melihat gelagat anak-anak kembar ku yang sedikit memberontak...protes la...kononnya. Hati kecil ini bertanya.....apa yang anak-anak ini sedang rasakan dan mahukan dari seorang ibu??? Ummi tak berniat nak menjauhkan atau mengasingkan diri ummi dengan anak-anak ummi ini. Ummi terpaksa tinggalkan anak-anak ummi ini di bawah jagaan maktok. 
Wahai anak, ummi minta maaf andai ummi kurang beri tumpuan dan curahan kasih sayang terhadap anak-anak ummi. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor tertentu yang sukar kita fahami. Ya Allah....berilah anak-anak ini dapat merasakan kasih sayangku walaupun jauh. Sebenarnya......anak-anak ummi adalah anak-anak yang kuat sebab tu kalian diuji. Yakin lah wahai anak.......suatu hari kalian akan menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat.  












Ku mulakan cerita ini di malam harinya....ketika aku sedang berehat di kamar tidur....ingin menghilangkan penat memandu kereta selama 2jam setengah.......anak-anak ku datang dengan semangkuk bubur kacang yang ku beli di R&R Gurun.......terus duduk di hadapan pintu bilik.....dan makan di situ bersama-sama. Aku yang ketika sedang baring......terus mulakan bicara....nape abang adik makan kat sini?? Nape tak makan di dapur??? Dengan lantas......si kembar menjawab.....sebab ummi tak mau jaga abang dan adik makan kat dapur. Aku tersentak seketika......oooo....Ya Allah.....rupanya anak-anak ini nakkan perhatian dariku. Bukan ummi tak mahu teman....ummi letih..sayang.....mengantuk sangat-sangat. Mata ini ingin saja tertutup....tapi ku tahan....sebab ingin melihat gelagat anak-anak. Di dalam hati ku berbicara......Maafkan ummi.....ummi sekarang memikul dua tugas......sebagai seorang bapa yang mencari nafkah dan sebagai seorang ibu yang patut membelai dan mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anaknya. Apa pun....ummi akan cuba yang terbaik buat anak-anak ummi. Ummi sayang sangat-sangat anak-anak ummi ni. Lantas ku bangun dan duduk bersama-sama.....melayan karenah si kembar ini sehingga kedua-duanya tertidur.

Wednesday, 5 December 2012

Apa yang kau mahukan???

Sejenak ku terfikir.........
Aku rimas dan rasa tidak selesa dengan kehidupan sekarang. Handphone berdering tidak kira waktu....terpapar namamu diskrin....muak untuk aku melihatnya....jelik untuk aku menjawab panggilamu.  Entah la.....rasa tidak berminat untuk bercakap dengan insan yang sudah tiada makna di dalam hidupku. Aku tertanya pada diri ini......Apa lagi niatmu?????? Tidak cukupkah dengan segala seksaan yang telah engkau lakukan terhadap diriku ketika ku menjadi milikmu pada masa dahulu???? Aku ingatkan....setelah terlerainya ikatan sebuah perkahwinan....engkau akan rela melepaskan ku bebas ke mana sahaja tanpa mengganggu diriku lagi. Tapi apa yang kuharapkan tidak sedemikian. Kau masih hadir dan cuba mengganggu hidupku. Setahun lebih kehidupanku telah bebas dari mu.....tapi....kau masih belum rela melepaskan ku dengan sepenuh hatimu. Apa yang engkau mahukan??? Apa yang engkau inginkan??? Tidak puas dengan segala penderitaan yang telah kau ciptakan disepanjang perkahwinan kita sehingga tidak pernah wujud rasa bahagia di dalam hidupku ketika ku menjadi isterimu. Hendak diungkitkan.......rasanya.....tidak perlu untuk ku coretkan di paparan umum ini. Cuma yang ku harapkan darimu......janganlah engkau cuba mengganggu hidupku lagi. Biarkan ku pergi dengan membawa zuriatku, harapan dan cita-citaku serta kehidupanku. Biarkan ku dengan perjalanan hidupku....Aku mohon dan rayu pada dirimu......relakan..ihklaskan diriku dimiliki oleh insan lain yang lebih menghargai kewujudan diriku di dalam hidup mereka. Usahlah engkau berdendam dan menggunakan ilmu-ilmu yang khurafat dan syirik bagi membuatkan ku derita. Ingatlah....pulanglah kepangkuan jalan.....masih belum terlambat untuk bertaubat......terimalah dengan hati yang terbuka dan minda yang waras....yang aku tak akan dan tidak boleh kembali menjadi milikmu. Ini semua di atas segala keterlanjuran lafaz dan keputusan yang telah engkau lakukan. 
Bukakan hati mu.....dan relakan perpisahan kita ini sebagai takdir Ilahi.... Biarkan segala memori yang telah tercipta ditiup sang bayu dan berlalu pergi bersama masa dan waktu. Usah dihitung kesilapan lalu............maafkan diriku andai sudah tiada ruang buat dikau di dalam hidupku.

Monday, 3 December 2012

Sayang Ku Pada Puteri

Selesai tugas jam 4.00 petang...aku bergegas pulang ke rumah untuk mengemas dan packing pakaian untuk berangkat ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Perhimpunan Agong puteri Umno Malaysia. Pengalaman pertama menjadi perwakilan Puteri Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu cukup membuatku rasa teruja dan bersemangat bersama-sama berhimpun bersama perjuang bangsa yang lain. 
Dengan penerbangan jam 9.10pm malam...aku tiba di lapangan terbang (LCCT) jam 10.20pm. Akhirnya aku bergegas ke hotel tempat penginapan para perwakilan.
Hati kecil ini...terus berkobar2 tidak sabar untuk menghadiri perhimpunan. Sayangnya aku pada bumi Malaysia ini...tidak ternilai harganya. Bumi yang berdekat lamanya telah bebas dari ancaman penjajah....ini adalah hasil usaha dan keringat para perjuang dan pemimpin terdahulu. 
Kita sebagai anak muda.....begitu beruntung....lahir di bumi yang telah merdeka, terus membesar dengan penuh kemewahan dan kemakmuran serta kaya dengan nilai warisan negara. Negara yang terus aman dan membangun dan terus gemilang di persada dunia. 
Saya tertanya pada diri....kepada mereka-mereka yang namanya melayu tetapi menjadi penderhaka kepada bangsa sendiri........apa lagi yang mereka mahukan?? Apa lagi yang mereka inginkan?? Apakah mereka ini begitu tamak dengan pangkat dan kuasa sehingga sanggup mengetepi keamanan dan perpaduan yang telah lama wujud. Telah sekian lama perpaduan antara kaum telah dipupuk oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Bukan sehari dua.......bukan seperti pulut dan serawa.
Tetapi sekarang, apabila kuasa menjadi rebutan.......putarjaya menjadi idaman......perpaduan yang telah lama wujud hendak dileraikan. Tidak tahu bersyukur dan beruntung namanya manusia seperti ini. Sudah berkereta besar....berumah mewah.....harta melimpah ruah....namun masih lagi tidak tahu bersyukur. Masih sanggup mengadu domba dan menabur fitnah dengan menipu rakyat dengan janji-janji yang memang tak akan ditepati. Sayang betul manusia seperti ini......ada ilmu, ada akal yang cerdik....tapi disalah gunakan.
Harapan pada diriku.....semoga semangat dalam memperjuangkan bangsa, agama dan negara ini terus menyemarak di dalam diri yang kerdil dan lemah ini. Perjuangan kita di masa kini....adalah untuk peninggalan buat genarasi yang akan datang. YAB PM, saya menyokong penuh perjuangan Dato' Seri. Kepada Pemimpin-pemimpin terdahulu.....Terima Kasih yang tidak terhingga atas jasa dan keringat kalian. Semoga negara Malaysia, tanah bumi tercinta ini terus aman dan terus gemilang di persada dunia.....Amiin.

Puteri Permata Bukan Hiasan
Puteri Lahir Untuk Berjuang
Memerah Keringat Habis-Habisan
Pastikan Pertiwi Terus Gemilang

Merah Jambu Tema Puteri
Di Hiasi Dengan Selendang Sutera
Puteri Berjuang Seikhlas Hati
Demi Bangsa Juga Negara

 Sembang Puteri Berbudi Bahasa
Duduk Berbual Bersama-Sama
Perjuangan Puteri Tak Kira Masa
Demi Bangsa Juga Agama

Perwakilan Puteri UMNO Kulim/Bandar Baharu

Bersama Kak Aida dan Kak Kiah....

Di Hotel Dynasty Kuala Lumpur

Bersama Bad.

Malam Perasmian di PWTC


Friday, 30 November 2012

Suatu Penantian Yang Entah Bila Akan Berakhir!!!!!!!

Salam...1 malaysia.....kepada pembaca blog ini.... Sudah lama rasanya jari jemari ini..tidak berlari di atas keyboard bagi mencurahkan idea yang tersimpan sekian lama. Biasala....waktu dan masa yang begitu padat dengan tanggungjawab yang harus di jalankan. Sibuk sesibuknya...sehingga laman ini tidak ku intai....penuh sawang dan habuk yang perlu dibersihkan sebelum coretan minda diluahkan di atas paparan putih ini. 
Sebelum ini....Kolejku...tempat ku berkhidmat...telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM). Oleh itu, aku tidak terlepas dari memikul beberapa tanggungjawab dalam menjayakan  karnival tersebut. Jadi masa penulisan di blog terpaksa ku hentikan seketika. 
Walau bagaimanapun.....coretan minda cuba ku luahkan. Ketika ini, kurasakan diri ini bagai dilambung ombak....tidak berpijak dibumi nyata. Hati ini bagai berkata-kata.....hendak ku luahkan tapi rasa tidak terdaya........ Apa yang tersurat dihati ini......hanya mampu ku pendam. Tak bisa untuk aku luahkan dipaparan ini.
Aku tidak pasti sampai bila harus aku tunggu dan nanti. Aku tidak pasti sama ada untuk terus menanti atau berlalu pergi. Tidak tergamak mulut ini berbicara minta diri ini dijauhkan. Tidak tergamak untuk aku menyatakan aku tidak mahu........ Apa yang harus aku lakukan????? Adakah hanya dengan doa dan biarkan masa penentu segala!!! Patutkah aku berbuat begitu. Andai kuteruskan.....adakah kebahagiaan menanti dihadapan????
Dari hari kehari....dugaan semakin kuat......dari hari kehari......jiwaku tak tenteram. 
Apa pun sebagai insan yang lemah....kehidupan harus ku teruskan. 
Ya Allah....permudahkan segala......leraikan kekusutan hambu mu ini. Apa yang ku harapkan....adalah restu dari mereka yang ku sayang.  

Thursday, 18 October 2012

Gelagat Twins

Coretan ini dibuat ketika hati ini teramat rindukan anak-anak yang tinggal bersama emak dan ayahku di kampung. Kerinduan yang teramat.......sudah 3minggu tidak ku belai...peluk dan cium anak-anak kembarku. Abang.....Adik....ummi rindu anak-anak ummi ini!!!!! :((.....ooo....tuhan.....hanya linangan airmata yang membasahi pipi ini....ku lap...sambil jari jemari terus menekan aksara keyboard laptop ini.......
Hanya suara di talian telefon shj....yang dapat jadi penawarnya. Tapi......manakan sama suara dan sentuhan........ Hanya Allah je yang tahu...betapa aku rindukan anak-anakku...... 
Ku selalu senyum sendirian sambil ku tatap wajah anak-anakku di picture yang telah ku snap dengan menggunakan handphone ku.........

Adik tunggu abang sehingga tetido

Abang tido di dalam buaian

Adik tolong mama dan abg lan buka tilam baru

Semangat adik.....

Abang cuba tiru gaya org merokok

Ooo....anak ummi

adik dan abang di tadika.......






Abang tunging buyung.......

Abang yang nakal.....

Adik merajuk kain selimut......

Adik xmerajuk......

Abang merajuk ngan ummi





Jagung rebus kesukaan abang......

Main-main sambil makan......






Comotnya anak ummi ni.......

Semangatnya adik makan............

Sedapnya abang!!!!

Seronok ummi melihat anak2 ummi makan.........
adik gendut.........

Letih bermain.......

Main basikal......

Dengan basikal baru........

Di depan rumah tok ndak....

Gelagat kembarku......