Di KLIA 2.
Sampai di hotel pada 3.00 pagi, kemas dan bersihkan bada....tunggu seketika untuk solat subuh dan tidur.
Jam 7.00 pagi....matahari tegak terpacak...bergegas bangun...bersihkan pada untuk bersiap dan turun sarapan.
14 September 2018
Tempat pertama yang dilawati ialah Forbidden City (Bandar Terlarang)
Forbidden City (Kota Terlarang)
Setelah selesai berjalan di Kota Teralarang, kami di bawa ke kilang Jade. Di sini harga jade memang ribu-ribu. Semasa dia bagi penerangan...memang kita rasa tak mampu beli. Tapi....last dia jual harga yang mampu beli. Saya beli sebentuk cincin jade buat suami tersayang dengan harga 200 yuen sahaja.
Selepas itu, Kami di bawa Ke Masjid Tertua di Beijing. Sempat bersolat zohor dan asar di sini.
Masjid Niujie
15 September 2018
Hari Kedua....seawal pagi terus ke Great Wall. Alhamdulillah.....saya mendaki sehingga ke Nine Fortrees. Mendaki Great Wall tidak seteruk mendaki Bukit Bendera.
Selesai ke Great Wall, Kami di bawa ke Beijing National Stadium. Dari jauh nampak seperti sarang Burung. Kalo nak beli cenderamata atau souvenier bleh beli kat kedai area sini. Murah sangat-sangat.
16 September 2018, Adalah hari terakhir berada di bumi Beijing. so, hari ini adalah hari untuk shopping.
Selesai sarapan, kami di bawa ke kilang Rubber. Tilam membuat bantal dan tilam yang mempunyai batu...sori saya tak ingat nama. Tapi ia sangat baik...kerana menghasilkan ion-ion negatif. Saya ada membeli Neck Pillow dengan harga 380 yuen.
Selepas itu, kami di bawa ke Tiananmen Square atau Tiananmen street. Kat sini memang best kalo nak shopping baju. Murah-murah.
Di Tiananmen Street.
Seterusnya....kami bergerak ke WanFuji. Di sini barang-barang yang import dari negara luar. Harga pun mahal la......
Seterusnya kami di bawa ke Silk Street Market. Di sini memang banyak barang-barang tempatan. Tetapi di sini...perlu hati-hati skit dan kena pandai tawar. saya beli seluar dari harga 1285 yuen....saya tawar sampai dapat harga 200 yuen. Sama jugak dengan Tshirt Polo...saya tawar dari harga 280 yuen ke 50 yuen untuk sehelai.
Dekat sini....memang kena tawar betul-betul. Kalo tak mau beli...jangan tanya dan tawar. Itu nasihat saya.....
Itulah serba sedikit pengalaman saya semasa berada di Bumi Beijing.