Iqbal dan Irfan Tiup Lilin |
Potong Kek Sama-Sama Kakak Nisa Dan Abg Lan |
Happy Birthday....anak-anak ummi. Kesian anak-anak ummi.....sambutan ulang tahun kali ke 4tahun...ummi tak ada disisi. Ummi terpaksa berkerja.....coz ganti cuti untuk cuti raya.... Walau apa pun...ummi sentiasa mengingatinya. Riuh rendah....dengar ceritanya dari maktok.
Sebagai seorang ibu....ummi berdoa kepada Allah agar anak-anak yang Allah kurniakan kepada ummi ini menjadi anak-anak yang soleh...anak-anak yang berjaya di dalam hidup...anak-anak yang tabah dalam menghadapi dugaan hidup......anak-anak yang berjasa kepada masyarakat dan negara.....anak-anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Semoga Allah tidak menguji anak-anak ummi ini di luar kemampuan dan daya kalian.
Iqbal dan Irfan adalah anak-anak yang sentiasa menjadi penawar buat ummi. Andai ummi sedih dan luka, anak-anak inilah penyembuhnya. Dari dalam rahim lagi....anak-anak inilah....yang membuatkan ummi jadi kuat dan tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Ummi bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Kala ini, andai ummi menangis....anak-anak ini akan menyapu dan mengesat airnata ku..... Andai aku sedih...mereka yang akan buat aku tertawa. Petahnya dalam berkata-kata membuatkan ummi tidak kering gusi gelak. Kadang-kadang ada sahaja soalan-soalan maut keluar dari mulut anak-anak ini.
Di suatu ketika...ketika hendak ke KFC, Adik Irfan: Ummi, ummi ni tak ada abah ke?? Ummi : Nape adik tanya ummi mcm tu?? Adik Irfan: Ye la....ummi ni sorang ja...ummi ni tak kawin ke?? Ummi : Hanya tersenyum sahaja..kelu lidah ummi untuk berkata. Wahai anak, suatu hari nanti kamu pasti mengerti.
Ketika diusia kandungan 11 minggu.....ummi terkejut bila Doktor katakan yang ummi kandungkan adalah bayi kembar. Allahuakhbar.....terkejut dan amat bersyukur kepada Allah. Lelaki atau perempuan belum diketahui. Patutlah....ummi menghadapi alahan yang teruk....langsung tak ada daya utk makan dan sebagainya. Di usia kandungan 13 minggu ummi pitam di hadapan pintu kelas. Hehehe....entah apa2 ja ketika itu... pada usia kandungan 15 minggu...sekali lagi ummi pitam di dalam tandas di tempat kerja. Ermmm...boleh tido dalam toilet....kenangan yang sukar dilupakan ketika mengandungkan anak-anak ini.
Alhamdulillah.....ummi jaga dan belai anak-anak ini disepanjang kandungan ummi. Bacaan Al-quran..diamalkan setiap malam. Hanya kepada Allah ummi memohon dan berserah segala-galanya. Hidup seorang diri dikuarters. Hanya kawan-kawan yang jadi tempat bergantung ketika itu. Di usia kandungan 33 minggu ummi telah dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah. Di jaga rapi oleh DR agar kandungan selamat sehingga tempoh kelahiran matang. Menjadi penghuni yang lama di hospital. Jururawat dan pengawal keselamatan menjadi teman dan menjadi kiriman untuk aku membeli makanan. Mana mampu untuk menjamah makanan di hospital....dengan menu yang sama setiap hari. Adik Nurul...iaitu cleaner...menjadi rakan bicara.
Usia Kandungan 11 minggu |
Sehingga la...detik 07-07-2008...hari isnin....jam 6.18 pm....lahirlah kembar pertama ummi yang beratnya hanya 1.84kg dan jam 6.23pm lahirlah kembar kedua ummi iaitu beratnya 2.06kg. Alhamdulillah...kedua-duanya selamat. Terima kasih kepada Doktor Alvin yang menyambut kelahiranku. Manakala seorang Doktor pelatih iaitu Doktor Ku Azri yang menguruskan bayiku. Doktor Pakar Awlinda hanya tersenyum di sebelahku....Tahniah katanya....seorang ibu yang kuat...walau kecil mampu melahirkan anak kembar dengan cara normal. Aku tersenyum.....puas. Apa yang penting ketika itu hanyalah....nyawa anak-anakku.....jadi itulah yang membuatkan ibu kecil ini kuat. Setelah semuanya selamat...ku namakan putera-putera ini Muhammad Alif Iqbal dan kembar kedua, Muhammad Alif Irfan.
Kini anak-anak ummi sudah berusia 4 tahun.....dah besar pun!!!!!
0 comments:
Post a Comment