Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Tuesday, 25 September 2012

Sangkakan Gastrik...rupanya Appendix

Siangnya..ku begitu aktif dalam menjalani kehidupan seharian. Pada 20/9/1012 Jam 6.30am...ku bertolak dari serdang untuk menghantar adikku berdaftar sebagai pelajar UUM, Sintok. Pada waktu ini...perut memang sudah sakit...tapi ku sangkakan gastrik sebab kurang makan. Jadi ku drive kereta perlahan-perlahan.....sambil menyusuri lebuh raya utara selatan. 
Sehingga la..ku tiba di UUM jam 9.00 am. Ku biarkan adikku uruskan sendiri sesi pendaftaranya sambil ku menunggu di parking kereta. Setelah semua selesai, ku menghantar beliau ke DPP Sime Darby untuk penginapan. Selepas itu ku pulang semula ke Opis...untuk menjalankan tugasku. Petang nanti aku ada Program Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Aku di tugaskan sebagai pengacara majlis penutupan tersebut. Perut yang sakit...masih mampu ku tahan.......ku hanya mengadu pada rakan-rakan ku yang aku ini gastrik. Ermmm....ingat selesai semua majlis...nak p cucuk la....kat klinik swasta....kataku pada mereka.
Setelah semua majlis selesai...ku teruskan lagi aktiviti rutin ku mengajar pelajar-pelajarku menari zapin. Alhamdulillah...formasi tarian mampu kusiapkan sepenuhnya. Akhirnya..perutku makin sakit dan berdenyut. Ku mula rasakan yang aku sudah tidak berdaya lagi..... Kugagahkan diri....drive kereta pulang ke rumah. Sampai di rumah...solat maghrib....dan rehat.... Kurasakan denyut semakin kuat. Ku telefon pelajar ku..minta belikan makanan...moi sup....kut2...lepas makan nanti...bleh hilangkan angin gastrik ni.
Akhirnya...pelajar-pelajarku menasihati aku untuk ke klinik...... Ku cuba gagahkan diri....terus drive kereta..dan terus ke klinik Jitra.....Terus ku ke Klinik Dr. Jalaludin.....
Setelah nama ku dipanggil...ku masuk untuk bertemu dengan Doktor.....ku ceritakan keadaan perutku yang sakit....Doktor terus memeriksanya...dan ku segera dirujuk Ke Wad Kecemasan Hospital Jitra. Setiba di sana...tekanan darah diperiksa.....dan sampel darah diambil....untuk diperiksa dimakmal. Ku terus dimasukkan drip.......hati ku mula berdegup kencang...adakah ku terkena appendix. Wah!!!! risaunya...xmahu......jangan la.....banyak lagi kerja yang perlu kusiapkan..... Kelas master macam mana...... Alamak....macam-macam bermain di fikiran ku....... Ya Allah....harap jangan la... itu yang ku pinta. 
Jam menunjukkan 12am......keputusan darah telah diketahui.... ku dengar paramedik...menyebut patient perlu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah......Airmata ku mula berguguran....aku diuji lagi.....Hebatnya hidup ini. Ku mula...menelefon raka-rakan ku....untuk menguruskan keretaku yang ditinggalkan di Hospital Jitra....Akhirnya..Kak su..setuju datang mengambil keretaku untuk di bawa pulang.....
Ku naik ambulans..hanya ditemani oleh seorang jururawat..dan pemandu. Ramah jugak....jururawat ni..... tanya tentang diriku..... Oooohhhh..katanya...tinggal seorang rupanya...patut la...xada waris. Jawab ku..ye saya tinggal sorang shj.....Mak ayah tinggal diserdang kedah...bersama anak-anak saya.
Akhirnya sampai di Hospital Sultanah Bahiyah...jam 1.05am.....hari jumaat. Doktor mula memeriksa....kerana ingin mengetahui tahap appendix ku. Akhirnya...aku dimasukkan ke  Wad 7A. Pembedahan akan dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila wad pembendahan kosong. Aku diminta berpuasa. Wah....laparnya. Rugi xmakan siap2 sebelum jumpa doktor tadi.
Seharian aku di hospital.....mana ni....bila nak operate ni....lapar ni......dah separuh hari....tapi xpanggil lagi......cepat la..operate...bleh makan dah kalo selesai awal. 
Akhirnya......22/9/2012 jam 6.45am....aku dipanggil oleh Doktor pembendahan untuk di buat pembendahan....jururawat bertugas....datang menyiapkan diriku dengan suit operation. Ku baring di atas katil dan di tolak ke wad pembendahan. Alhamdulillah......pembedahan ku selamat dan selesai jam 10.00am. Aku dalam sedar xsedar......cuba jugak bukakan mata....aku bersyukur kepada Allah kerana masih diberikan nafas dan terus hidup dalam menikmati kehidupan di dunia ini. Alhamdulillah.....ya Allah........ Aku Redha atas Ujian Mu ini. 




Ramai kawan2 ku menelefon bertanyakan khabar.....ada yang datang melawatku........terima kasih banyak2...atas keperihatinan kalian. Terima kasih kepada Aimi dan kak su yang sudi menjaga ku di hospital, terima kasih kepada mak ayah...kak long, anak2 buah....Puan Timbalan, Kak Aishah, kak yati, kak ti, kak kinah, kak murni, kak nora.....kak ina, kak yana, kak lis....kak lisah....Azri......dan seluruh rakan2.....yang lain....shadat, haris, ros, tajudin, fuad.......dan sahabat handai...teman2 seperjuangan....pelajar-pelajar sekalian...terima kasih atas sokongan, dan doa kalian. Saya sayang kalian semua......
Ku diberi cuti sehingga 3/10/2012.

Tuesday, 11 September 2012

Reunion SMK Serdang...

Kisah dah hampir sebulan  berlalu......kini ku rungkai kembali buat catatan di dalam blog ku ini. 23/8/2012.....tarikh keramat...buat aku dan rakan-rakan...bekas-bekas pelajar SMK Serdang. Menjejakkan kaki Di SMK Serdang pada tahun 1993. Ada yang meninggalkan SMK Serdang pada tahun 1995 dan ada yang pada tahun 1997.....dan ada yang pada tahun 1999.
 Pertemuan yang dirancang oleh rakan-rakanku...kepalanya sapa lagi kalo bukan li dan sham. Kutipan duit dibuat.....pelbagai jamuan dihidangkan. 
Memang seronok.....bila bertahun tidak bertemu. Semuanya sudah berkeluarga. Masing-masing membawa pasangan masing-masing...bersama anak-anak tersayang. Hahahaha.....semua dah jadi mak bapak orang.... Aku datang bersama anak-anak ku....hehehe...ibu tunggal. Macam inilah.....:))). Ada yang bertanyakan...mana suami...xbawa ke??? Selamba ja aku menjawab...aku xada suami. Aku xkisah pun dalam hal ni. Memang dah suaratan takdir aku begini.....di usia sebegini sudah menjadi ibu tunggal. Apa pun aku bersyukur......ramai kawan-kawan yang faham dan simpati dengan nasib aku. Nak tolong cari calon ke???? hahahaha.....lawak la...... Terima kasih la....pada kawan-kawanku yang sentiasa memberi sokongan. Terima kasih pada sofiah....kiah.....norzie....li...pak jun.....yusri, terima kasih banyak2..di atas keperihatinan kalian semua. Thanks a lot!!! 
Bila bersua ja muka.....aku yang memang dikenali dengan mulut murai...memang riuh rendah...dok plak..ngan sofiah.....kiah....memang riuh la. Gelak...ja...dah tahu sapa yang gelak.....:)))).
Hai.....masa berlalu begitu cepat......di tahun 1993...masing-masing wajah kebudak-budakan.....budak hingusan....pergi ke sekolah....bergaduh sana sini. Kata-kata li memang xleh ku lupakan sehingga hari ni.....ermmmm...kutuk aku bukan main je.......
hahahaha...sekarang....masing-masing dah dewasa....masing-masing  mempunyai kerjaya sendiri.....masing-masing mempunyai kehidupan sendiri...... 
Hebat semuanya...kawan-kawan ku ini.....
Cukup dulu setakat ini coretan ku......Terima Kasih kepada Sham....sebab sponsor tempat untuk reunion tahun ini. InsyaAllah..tahun hadapan...andai ada rezeki dan waktu...kita berjumpa kembali. 

Reunion SMK Serdang

Bersama Anum dan keluarga

Miza, Tipah, Kiah, Sofiah dan Norzie

Geng-geng Ibu......

Bersama Sofiah

Anak-anaku...

Teman sepanjang hayat.........

Kasih Ummi

Peneman Ummi....

Monday, 10 September 2012

Resepi Makaroni Bakar



Makaroni Bakar

Makaroni

Makaroni yang telah siap dipotong.


Bahan-Bahannya:

Bahan A 
Ayam cincang (bahagian isi)
1 bawang besar(potong dadu)
2 bawang putih(cincang halus)
3 biji cili padi (dicincang halus)@3biji cili merah 
2 sudu besar serbuk kari

Bahan B(kastad)
5 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
3/4 tin susu (susu cair)
  
Bahan lain
1 cawan makaroni
100g cheese(mozarella@cheddar@mix cheese diparut)
garam secukup raser... cubit2 garam
Bawang goreng(utk taburan)
 

Cara-Caranya:
  • Rebus makaroni sampai separa lembut.
  • Untuk buat inti, tumis bawang besar dan putih... kemudian masukkan serbuk kari..sampai naik minyak..tambahkan air sedikit sudu kalau kering.
  • Then masukkan daging dan gaul sampai masak.. masukkan cili merah dan masukkan garam secukup rasa.
  • Angkat dan gaulkan dengan  makaroni dan masukkan dlm adunan bakar.......taburkan cheese yg dah diparut
  • Buat kastard dengan masukkan susu dlm bowl,kemudian masukkan telur.. pukul adunan .. kemudian masukkan tepung gandum
  • Tapis adunan kastad terus ker adunan makaroni dan daging tadik
  • Bakar adunan, agak separuh masak......taburkan dengan bawang goreng.....dan biarkan terus masak. 
  • Bleh dihidangkan.....memang sedap.  



 * Terima kasih kepada Pn. Norly kerana berkongsi resepi ini. Family saya memang suka sangat makaroni bakar ini.

Wednesday, 5 September 2012

Trip Ke Rumah Seri Kenangan dan Cameron Highlands

Setelah selasai sambutan ambang merdeka....esoknya...31/8/2012.....aku dan sekumpulan pelajar bergerak ke Negeri Perak Darul Ridzuan....melawat Rumah Seri Kenangan, Ulu Kinta, Tg. Rambutan dan Cameron Highlands. Perjalanan yang bermula jam 5.30 pg. Awal tu....mata masih belum mampu terbuka luas. Ye la....masih terasa penat menyambut ambang merdeka pada malamnya. Tido hanya beberapa jam...dan seawal pagi dah bangun. Alhamdulillah.....semua perjalanan selamat. 

Sehinggala....kami tiba di RSK pada jam 9.00pg. Kami disambut oleh kakitangan dari RSK dan seorang penghuni RSK yang mempunyai ikon tersendiri. Lambaian dan salam...tersenyum wajah tua melihat kedatangan kami. Ibu-ibu....bapa-bapa....kami dari kmk datang untuk menjenguk kalian. Terkedu aku seketika.....terkenang wajah orang tuaku. Wahai anak-anak di mana kalian....sehinggakan...dibiarkan ibu tua ini di sini. Hati kecilku mula bersuara. 

Pengurus RSK....memberi taklimat berkenaan RSK dan Latar belakang tentang penghuni-penghuni RSK. Kami mula diberi tugas......hehehe...tugas yang mudah sahaja. Iaitu tugas menyuap makanan pada ibu-ibu tua yang uzur. Aku meminta pelajar-pelajarku menjalankan tugas tersebut. Suapan dengan rasa hormat dan penuh kasih sayang. Tiba-tiba airmata ku....mengalir deras dipipi ini. Ya Allah....sayu hati aku melihat keadaan ibu ini. Begitu uzur.....dengan mata yang tidak nampak. Mana anak-anakmu, ibu??? Tanya hatiku. Tergamaknya.....mereka...membiarkan ibu tua yang begitu uzur di sini. Sedangkan...ibu ini hanya meniti hari dalam meghabiskan sisa-sisa hidupnya sahaja. Makanlah...wahai, ibu. Anggaplah...ini anakmu yang menyuap makanan ke mulutmu. Makanlah..sehingga kenyang.

Tak mampu menahan airmata semasa menyuapkan makanan ke mulut ibu ini.

Makan lah...wahai ibu.


Bersama Insan Terpilih

Kasih Seorang Ibu Tua.......

Kasih Ibu Hingga Ke Syurga.....

Setelah..semua tugas selesai.....kami dihidangkan makanan tengahari oleh pihak RSK. Selepas itu kami berehat....dan petangnya...adakan majlis penutup.

Setelah itu....Kami berjalan di Jusco, Ipoh...dan terus ke KMPk...untuk bermalam di sana. Keesokan harinya...jam 10.00am...kami mula bergerak ke Tanah Tinggi Cameron. Disana..kami berjalan....melihat permandangan...ke kilang Teh Boh...membeli dan belah....hahaha.....memang xcukup tangan punya membeli. Sakan jugak...ngan pelajar-pelajarku menshopping......hehehe...:)))..tu belum elaun masuk. Kalo elaun masuk....rasanya...tauke cameron pun diangkutnya:)))

Bas....KMK

Taman Cactus

Bee Farm


Bersama Pelajar.......


Di Kilang Teh Boh

Di Hadapan Rumah Penginapan

Bersama....pelajarku

 Then...esoknya....2/9/2012...jam 2pm...kami bergerak pulang ke KMK. Alhamdulillah.....perjalanan yang selamat. InsyaAllah...ada rezeki bleh berjalan lagi.:)))

Tuesday, 4 September 2012

Malam Ambang Merdeka Tahun 2012

Merdeka! Merdeka! Merdeka!.....setiap tahun negara kita akan menyambut Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Negara.

Alhamdulillah....Sambutan Malam Ambang Merdeka Peringkat Kolej bagi tahun 2012 telah berjalan seperti yang dirancang. Sambutan yang dirasmikan oleh Tuan Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah, telah bermula pada jam 10.00malam dan tamat pada jam 12.30 tengah malam.

Pelbagai acara menarik telah di persembahkan. Hehehe....biasala.....semua acara persembahan ini terletak dibawah tanggungjawab aku sebagai AJK Persembahan Malam Ambang Merdeka. Terima kasih kepada En. Azri, kerana sudi membantu saya membimbing pelajar-pelajar pengkisahan kemerdekaan. 
Antara persembahannya ialah Persembahan Nasyid Sawtol Latif.....di bawah pimpinan ku sendiri. Deklamasi Puisi Kemerdekaan, Nyanyian lagu patriotik oleh pelajar yang bernama Vailet dan Pengkisahan Kemerdekaan oleh dua orang pelajar iaitu hakim dan syifa.

Kami telah menjalani latihan dalam tempoh seminggu selepas cuti hari raya. Aku dan pelajar-pelajar bertungkus lumus dalam membuat latihan...terutama nasyid. Nasyid yang paling aku risaukan.....bukan senang nak mainkan alat muzik....bersesuaian dengan lagu. Lagu hanyut dan bersatu menjadi pilihan. Akhirnya....satu persembahan yang baik telah dipersembahkan. Hahahaaa......KFC......sabar ye....nanti saya belanja ye.

Terima kasih kepada rakan-rakan pensyarah yang terlibat.....Kak Zaiton...sebagai Pengerusi Ajk 1Malaysia, Pengerusi yang sporting...tak marah walau diganggu pagi2...buta. Hahahaha....call tanya bajet baju. Kak Nora....yang sporting...yang sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada ku....tq, kak dan tq kepada semua ajk yang lain.........InsyaAllah...andai ada masa...umur panjang....kita akan bekerjasama lagi.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Latihan Terakhir
Bersama Pelajar Nyanyian Patriotik dan Pengkisahan Kemerdekaan


Pelajar-pelajar teknikal.......

Rythm Section........azim, leh dan fatih (bulat)

Mengasyikkan......Farid, Fikri,dan Azim.
Kumpulan Nasyid Sowtul Latif dan Hakim.
Latihan Vokal.........

Latihan...terakhir sebelum persembahan.......