Bukan Satu perkara yang mudah bagi kita seorang wanita untuk mengenali dan mengetahui kasih sayang lelaki yang sebenar terhadap kita.....Mereka ini jenis yang pandai bersandiwara dan berpura-pura....tidak ubah seperti seekor sesumpah...... Walau bagaimana pun, kita boleh mengenali dan mempercayai kasih sayang yang tulus dari mereka melalui tingkah laku mereka seperti berikut:-
1. Melakukan sesuatu tanpa disuruh....
Jika seseorang lelaki itu betul-betul menyayangi kamu, dia akan melakukan sesuatu dengan rela hati dan bersungguh-sungguh demi kamu. Si dia juga akan sentiasa memastikan keselamatan diri mu hingga adakalanya mengabaikan kepentingan diri sendiri. Ini kerana bagi mereka kamu adalah segala-galanya.
2. Berusaha untuk berubah jadi yang terbaik.....
Si dia sanggup berubah kepada yang lebih baik demi kamu. Mereka akan meninggalkan perkara-perkara yang kamu tidak sukai dan berusaha sedaya upaya menghiburkan mu dan sedaya upaya tidak akan membuat kamu bersedih.
3. Sangat mencintai dan menyayangi kamu
Lelaki kadangkala sukar mengucapkan kata sayang kepada kamu, tetapi mereka akan menunjukkannya dengan perbuatan iaitu dengan sifat yang mengambil berat. Apabila berada disisinya.....mereka akan membelai....sambil mengungkapkan..kata-kata yang berbentuk gurauan dan dengan sendirinya membuktikan yang si dia menyanyangi kamu....
4. Menampakkan sedikit rasa cemburu dan takut kehilangan
Mereka sanggup mengintip pergerakan kamu seandainya kamu keluar rumah untuk berurusan dan selalu call untuk mengetahui apa yang kamu buat......Cemburu adalah tanda sayang. Jika sifat ini tiada pada dirinya, maka tiadalah perasaan sayang di dalam dirinya terhadap kamu.
5. Selalu ingin meluangkan masa dengan kamu
Si dia akan berusaha untuk selalu bersama mu walaupun kadangkala terpaksa mengorbankan masa mereka sendiri. Kata-kata rindu ketika berjauhan membuktikan mereka sayang kamu........
6. Menerima dirimu seadanya
Si dia akan menerima kekurangan yang ada pada dirimu seadanya dan cuba memahami diri mu. Mereka memahami yang manusia tidak semuanya sempurna......Oleh itu, kita juga harus menerima kekurangan yang ada pada diri mereka.......Kesempurnaan bukan milik kita.
7. Sanggup menitiskan air mata demi kamu
Jika kamu ditimpa musibah atau ketika dia takut kehilangan mu, mereka akan menitiskan air mata. Apabila.....telah atau hampir kehilangan kamu......mereka rasa tidak sanggup......dan terus memeluk kamu untuk menyatakan sayang mereka pada kamu.........Ini menunjukkan mereka sangat-sangat menyayangi mu seikhlas hati.

Penulisan ini adalah hasil bacaan dan pengalaman sendiri......Sama-sama kita menghayatinya....agar ia menjadi panduan buat kita......Terima pasangan seadanya.....jangan bercerita buruk tentang pasangan kepada orang lain......kelak diri sendiri yang merana......
0 comments:
Post a Comment