Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Saturday, 23 June 2012

Renungan Bersama


Allah lebih tahu, samada kita luahkan atau tidak, tak kira kita menangis ataupun tidak, Dia tahu segalanya.. Sedangkan Nabi saw pun pernah menangis, inikan pula kita yang lemah.

 Menangis bukan bererti lemah, atau marah, bukan bererti kalah. Bukan tidak redha bukan tidak bersyukur tapi hati yang berduka dan terluka selalunya mudah benar menyebabkan airmata mengalir di pipi. 

Itu lumrah, manusia biasa.

Menangis tapi pada masa yang sama, teruslah bersangka baik kepada Allah, redha, tiap apa yg berlaku ada hikmah yg tersembunyi. 

Menangislah, kemudian sapula airmata, bangkit dari kedukaan dan kesedihan, dari kegagalan dan kesilapan, mulakan hidup baru dengan semangat yang baru.

Air mata tidak mampu mengubah sejarah. Tapi nilainya tinggi pada orang yang tahu menghargainya.




Copy from FB: Renungan Buat Insan.

Thursday, 21 June 2012

Mak oh Mak.......


Seorang Ibu yang tabah....inilah ibuku..yang ku panggil 'mak'. Mak sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anaknya. Bersusah payah siang dan malam dalam membesarkan 5 orang anak perempuan. Pengorbanan mak bukan sahaja ketika anak-anaknya masih kecil...malah sehingga anak-anaknya dewasa. 

Apa yang adik kagum dengan mak....walau sakit macam mana sekali pun....mak tak pernah merungut dengan anak-anaknya. Sedaya upaya bangun mencari rezeki dengan berniaga kedai makan..... Andai sakit....sendirian ke klinik hanya dengan mengambil ubat....then...jualan tetap diteruskan. 

Hari ini....kaki mak yang dikatakan sakit sebab uratla....dan sebagainya..rupa-rupanya adalah gout. Apabila mak dikatakan oleh doktor telah menghidapi gout....hati adik mula berdegup kencang. Usia mak kini 58tahun..... Macam-macam perasaan timbul....Ya Allah......sihat lah mak.

Mak adalah seorang yang susah betul nak pantang....pantang jumpa adalah...Ini yang buat lagi adik risau tentang mak. Banyak plak benda yang tak boleh makan. Sayur bayam, Pucuk paku, udang ketam...sotong, lala.....wah!!!! banyaknya mak kena pantang. Boleh ke ni??? Apa pun..mak kena juga pantang...........

Adik dan adik beradik yang lain....cucu-cucu mak...amat perlukan mak. Kami semua belum puas dengan kasih sayang yang mak curahkan....belum puas dengan belaian mak...belum puas dengan leteran mak.....
Mak adalah kekuatan bagi adik. Mak adalah tempat adik berpaut....adik amat sayangkan mak.
Adik doakan mak sihat sejahtera.........I love u..mak!!!

Thursday, 14 June 2012

Luahan rasa........

Genap setahun aku hidup sebagai ibu tunggal. Pelbagai dugaan dan cubaan yang datang. Segala-galanya perlu dilakukan sendiri. Semua aspek perlu difikirkan. Semua tugas....dari segi perbelanjaan sendiri...anak-anak...makan minum, sakit demam, pakai memakai, api, air dan segala bil.  Inilah kehidupan ku.

Sebelum ini, aku cukup takut dengan gelaran ibu tunggal atau janda....aku merasakan diriku tidak mampu dan begitu kuat.....serta rasa malu dan takut untuk menjadi ibu tunggal. Ku sedaya upaya cuba mempertahankan rumahtangga yang dibina, walau ia menyakitkan. Tapi...Allah Maha Mengetahui mana yang lebih baik buat diriku dan anak-anakku. Terlerai juga ikatan yang dibina, maka terlerai jugak seksaku selama itu.

Allah maha mengetahui....Allah menukar status ku dari seorang isteri kepada seorang pelajar. Mashaallah. Paginya dimahkamah syariah..untuk mendengar keputusan hakim...Petangnya...ku terima surat untuk sambung pengajian di Universiti Utara Malaysia. Alhamdulillah. Secara automatik..rutinku mula berubah. Allah menggantikan sesuatu yang berharga buatku dan anak-anak. Jadi...tumpuanku kini hanya pada anak-anak, kerja dan study.

Berat memang berat...sakit memang sakit....sedih memang sedih....sunyi memang sunyi. Inilah hakikat hidup sebagai wanita yang bergelar ibu tunggal. Bagi mereka yang tidak tahu menahu tentang kehidupan kita...hanya tahu menunding jari, dan merasa hina serta benci dengan seorang wanita yang bergelar ibu tunggal. Tiada siapa yang hendak jadi begini. Tiada siapa dimuka bumi ini tidak mahu sebuah kebahagiaan dalam kehidupan ini. Tetapi apakah kita mampu melawan takdir Ilahi........Kita perlu yakin....setiap yang berlaku, pasti ada hikmah yang menanti.

Seorang wanita yang perlu memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah..dalam mencari rezeki buat anak-anak....dan seorang ibu yang perlu mendidik dan memberi kasih sayang buat anak-anak untuk menjadi insan berguna. Inilah yang harus aku lakukan. Kadang-kadang perasaan cemburu wujud dikala melihat rakan-rakan yang bahagia bersama keluarga masing-masing. Kadang kala hati kecil ini bersuara....nape aku ditakdirkan begini. Astaghfirullah......maafkan hambamu Ya Allah. Bukan niat mempersoalkan takdirMu.

Sekarang hidupku hanya untuk anak-anak yang telah diamanahkan Allah. Iaitu Muhammad Alif iqbal dan Muhammad Alif Irfan. Inilah keutamaan hidupku. Kegigihanku, ketekunanku dalam mencari rezeki..hanyalah buat anak-anak ini. Ku cuba sedaya upaya...untuk jadikan anak-anak ini bahagia seperti anak-anak yang lain yang ada ibu dan bapa. Ku cuba untuk mereka tidak menagih kasih seorang ayah. Biar mereka merasakan....kasih seorang ibu, kasih seorang nenek dan kasih seorang datuk...sudah mencukupi buat mereka. Bukan niat untuk mempertikaikan kasih seorang ayah.....tetapi inilah hakikat hidup mereka.

Jika ku rasa lemah dan tak terdaya....hanya kepada Allah tempat aku mengadu....aku bersujud dan berserah sepenuhnya kepada Yang Maha Esa. Kerana ku yakin....Dia lah tempat yang paling sesuai untukku mengadu dan memohon segala pertunjuk. Dengan cucuran airmata yang mengalir....dengan rintihan kata-kata dan luahan....hanya kepadaNya  yang kuharapkan. 

Ya Allah...tabahkan hati hambamu ini, berikan aku kekuatan dalam meneruskan hidup ini. Aku bermohon kepadaMu.....permudahkanlah..segala urusan hidupku. Limpahkan rahmat kepada diriku dan anak-anakku. Amiin. 

 


Wednesday, 13 June 2012

Cucur Udang

Tepung yang telah dibancuh

Cucur yang telah siap digoreng.
Bahan-bahan:-
  • Udang
  • Daun Kucai - dipotong sepancang 2cm
  • Bawang Besar - dihiris nipis
  • Cili Besar - dikisar atau tumbuk
  • Udang Kering - dikisar atau tumbuk
  • Tepung gandum
  • Garam dan Gula.
  • Minyak masak
 Cara-caranya:-
  • Kisar Cili besar bersama udang kering.
  • Masukkan di dalam bekas dan masukkan air.
  • Masukkan hirisan bawang besar, daun kucai, garam gula dan tepung.
  • Kacau sebati tambahkan air jika terlalu keras...
  • Masukkan udang.
  • Panaskan minyak....dan boleh digoreng.
**** Sukatan air dan tepung ikut suka dan ikut kuantiti udang dan bahan. Saya tidak sukat bahan-bahannya. Main agak je.
**** Tips berjimat: Pokok kucai tanam sendiri.1 pasu dah cukup. :))
Selamat Mencuba

Saturday, 9 June 2012

Daging Masak Hitam Manis (Resepi Bonda)


Bahan-bahannya:
1/2 kg daging - dihiris nipis
Segenggam Cili Kering - (Goreng dan Kisar)
Bawang kecil - hiris nipis
Bawang besar - hiris bulat
1 Sudu makan biji ketumbar - Kisar
1 Sudu kecil jintan manis - Kisar
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Buah Pelaga
Kulit Kayu Manis
Daun Kari
Gula merah
Kerisik
Kicap Pekat
Asam Jawa
Gula putih dan garam.

Cara-caranya:
  • Hiris daging dan perap bersama kicap pekat. Panaskan minyak dan goreng daging seketika. Angkat dan toskan.
  • Cili kering di goreng dan dikisar bersama jintan manis dan ketumbar.
  • Tumis bawang kecil bersama buah pelaga, bunga cengkih dan lawang, daun kari dan kulit kayu manis.
  • Biar garing dan masukkan cili kering yang telah dikisar bersama bahan2 tadi.
  • Goreng sambal sehingga masak dan naik bau....sambil kacau, nanti hangus dah tak sedap.
  • Setelah sambal dah garing...masukkan daging dan tambahkan air...biarkan mendidih dan pecah minyak.
  • Masukkan kerisik (1 sudu dah cukup)
  • Then, masukkan perahan air asam jawa, kicap pekat, gula merah, gula putih dan garam.
  • Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat.
  • Biarkan kering dan boleh dihidangkan.
* Sedap dimakan bersama nasi dan juga roti potong.