Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Friday, 26 April 2013

***Ulang tahun yg ke-33 tahun***

26 hb April 1980, lahir seorang insan....anak kepada Hj. Darus dan Pn. Azizah. Kini usianya telah menjangkau 33tahun. Kerjaya sebagai seorang pendidik dan ibu kepada dua orang putera kembar, Iqbal dan Irfan....isteri kepada seorang suami yang sangat dihormati.
Saya bersyukur kepada Allah kerana masih diberi nafas untuk terus hidup di muka bumi ini. Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan kepada saya pada hari ini. Setiap segala kesenangan yang dikurniakan, amat saya mensyukurinya, dengan lafaz Alhamdulillah. Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa, kita akan diuji dan setiap cubaan dan dugaan yang Allah uji itu, dengan lafaz Alhamdulillah...saya terima dan redha. Segala ujian itu, menandakan Allah amat sayangkan kita. Saya mohon kepada Allah semoga agar terus diberi kekuatan dan ketabahan serta keimanan yang tinggi agar dapat saya tempuhi setiap ujianNya dengan penuh kesabaran dengan minda yang positif.
Di akhir bicara,
Terima kasih rakan-rakan seunit....kerana sudi meraikan ulang tahun kelahiran saya yg ke-33tahun.






Wednesday, 24 April 2013

:::Ukhwah Sahabat:::

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA ☆:*´✿ (❤◕‿◕❤) ✿`*:.☆
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
Saat kau senyum dan ketawa, fikirlah walau sesaat tentang sahabatmu. Barangkali saat dan ketika kau menikmati keindahan langit biru, hatinya sedang terluka dan diselubungi awan mendung. Setelah kau sedari betapa bernilainya dirimu kepadanya, janganlah kau tinggalkannya sendirian. Ketika sahabat melukai hatimu, tulislah di atas pasir, biar angin kemaafan menghembus membawa bersama kelukaanmu itu. Sebaliknya ketika sahabatmu membuat kebaikan padamu, maka tulislah di atas batu hatimu, agar terpahat utuh walau dilanda badai….”Bila menjalin ukhwah hanya keranaNya, pasti ada ujian dariNya kerana Dia mahu melihat sejauh mana keikhlasan hati hamba-hambaNya”.


Kawan-kawan seperjuanganku, ingatlah…

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,

Begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita,

Segala rasa kecewa dan ketakutan,

Harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,

Rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,

Kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.


Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan. Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu…tetapi kita boleh tahu jika kita ikhlas bersahabat dengannya.

Sahabat adalah cerminan diri, sahabat menguji ketulusan hati,
sahabat menilai ikhlasnya budi, sahabat menyubur kasih yang bersemi,
carilah sahabat sejati, terbina ukhuwah, mendapat kasih Ilahi,
secebis kasih membuat kita sayang,
seucap janji membuat kita percaya,
sekecil luka membuat kita kecewa,
namun sebuah ukhwah selamanya bermakna.☆:*´✿ (❤◕‿◕❤) ✿`*:.☆

Note Daripada Pelajar ku: Asmalini Ashri

Sunday, 14 April 2013

Sajak Sedekad Kolej Matrikulasi Kedah

























Di tanah ini kau dibangunkan
Pencetus ekonomi di daerah terpinggir
Kehadiranmu dinanti seisi pertiwi
Menggamit nak wangsa ke daerah sepi

2003, melakar sejuta sejarah
Kau menerima generasi pertama
Kau menerima pendidik anak bangsa
Menjana  generasi terulung dunia
Melalui keringat pendidik watan
Di sini terukir pelbagai peristiwa
Rencah-rencah kehidupan sama dirasa
Dalam usaha menuju ke menara

Tahun demi tahun
Kotak-kotak cendekia dibina
Gedung-gedung ilmu dibuka
Menjadi saluran anak muda
Menimba ilmu mengambil manfaat
Dibumi ini kau subur jua
Harapan indah kian terselah

Sedekad sudah usiamu
Kita menyingkap tabir
Menyusur laluan jaya
Generasi demi generasi
Silih berganti memakna pertiwi
Menggendong visi
Menggalas misi
Menjunjung matlamat, hasrat yang bakal dirai

Satu dekad kita terlusuri
Kejayaan demi kejayaan kita kecapi
Mimpi yang dahulu menjadi realiti
Jelapang padi melakar sejuta harapan
Anak muda yang dahulunya gersang
Kini bisa menggarap nusa
Mencipta tamadun bangsa
Terus gemilang dipersada dunia

Satu dekad kita terlusuri
Mengadun ramuan para intelek
Mencorak jati diri membina peribadi
Melahir modal insan sejati
Memberi cahaya menyuluh sanubari

Kini, namamu meniti di bibir segenap masyarakat
Segala keringatmu dahulu terbalas jua
Harum namamu dipuncak persada.

Sedekad usiamu,
Kolej Matrikulasi Kedah



Nukilan Bersama : Hanafi Shamsuddin

Friday, 12 April 2013

Resepi : Pizza Roti Sardin






Bahan-bahannya:-

4 keping roti potong.
1 tin sardin -kecil (masak sehingga kering kuahnya dan masukkan sedikit air asam jawa)
1 tin tuna pedas.
1 labu bawang besar (dicincang dadu)
Cili kecil - dihiris nipis
Planta 
2 keping cheese.

Cara-caranya:-

1. Gaulkan sardin bersama tuna.
2. Sapukan planta pada kepingan roti dan susun di atas dulang pembakar.
2. Letakkan sardin yang telah dihancurkan pada roti.
3. Taburkan bawang, cili dan carikkan cheese pada roti.
4. Bakar sehingga cheese cair dan roti garing.

* Boleh tambah sosej untuk banyakkan inti. Tapi saya tak letak sebab bekalan tak ada di rumah. Jadi buat mana yang ada saja.
* Sedap dimakan sewaktu panas.

*Tq Fb Buku Resepi.