Pencetus
ekonomi di daerah terpinggir
Kehadiranmu
dinanti seisi pertiwi
Menggamit
nak wangsa ke daerah sepi
2003,
melakar sejuta sejarah
Kau
menerima generasi pertama
Kau
menerima pendidik anak bangsa
Menjana
generasi terulung dunia
Melalui
keringat pendidik watan
Di sini
terukir pelbagai peristiwa
Rencah-rencah
kehidupan sama dirasa
Dalam
usaha menuju ke menara
Tahun
demi tahun
Kotak-kotak
cendekia dibina
Gedung-gedung
ilmu dibuka
Menjadi
saluran anak muda
Menimba
ilmu mengambil manfaat
Dibumi ini kau subur jua
Harapan indah kian terselah
Sedekad
sudah usiamu
Kita
menyingkap tabir
Menyusur
laluan jaya
Generasi
demi generasi
Silih
berganti memakna pertiwi
Menggendong
visi
Menggalas
misi
Menjunjung
matlamat, hasrat yang bakal dirai
Satu dekad kita terlusuri
Kejayaan
demi kejayaan kita kecapi
Mimpi
yang dahulu menjadi realiti
Jelapang
padi melakar sejuta harapan
Anak
muda yang dahulunya gersang
Kini
bisa menggarap nusa
Mencipta
tamadun bangsa
Terus
gemilang dipersada dunia
Satu
dekad kita terlusuri
Mengadun
ramuan para intelek
Mencorak
jati diri membina peribadi
Melahir
modal insan sejati
Memberi
cahaya menyuluh sanubari
Kini,
namamu meniti di bibir segenap masyarakat
Segala
keringatmu dahulu terbalas jua
Harum
namamu dipuncak persada.
Sedekad
usiamu,
Kolej
Matrikulasi Kedah
Nukilan Bersama :
Hanafi Shamsuddin
0 comments:
Post a Comment