Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Wednesday, 24 April 2013

:::Ukhwah Sahabat:::

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA ☆:*´✿ (❤◕‿◕❤) ✿`*:.☆
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
Saat kau senyum dan ketawa, fikirlah walau sesaat tentang sahabatmu. Barangkali saat dan ketika kau menikmati keindahan langit biru, hatinya sedang terluka dan diselubungi awan mendung. Setelah kau sedari betapa bernilainya dirimu kepadanya, janganlah kau tinggalkannya sendirian. Ketika sahabat melukai hatimu, tulislah di atas pasir, biar angin kemaafan menghembus membawa bersama kelukaanmu itu. Sebaliknya ketika sahabatmu membuat kebaikan padamu, maka tulislah di atas batu hatimu, agar terpahat utuh walau dilanda badai….”Bila menjalin ukhwah hanya keranaNya, pasti ada ujian dariNya kerana Dia mahu melihat sejauh mana keikhlasan hati hamba-hambaNya”.


Kawan-kawan seperjuanganku, ingatlah…

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,

Begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita,

Segala rasa kecewa dan ketakutan,

Harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,

Rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,

Kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.


Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan. Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu…tetapi kita boleh tahu jika kita ikhlas bersahabat dengannya.

Sahabat adalah cerminan diri, sahabat menguji ketulusan hati,
sahabat menilai ikhlasnya budi, sahabat menyubur kasih yang bersemi,
carilah sahabat sejati, terbina ukhuwah, mendapat kasih Ilahi,
secebis kasih membuat kita sayang,
seucap janji membuat kita percaya,
sekecil luka membuat kita kecewa,
namun sebuah ukhwah selamanya bermakna.☆:*´✿ (❤◕‿◕❤) ✿`*:.☆

Note Daripada Pelajar ku: Asmalini Ashri

0 comments:

Post a Comment