Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Featured Posts

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Monday 24 September 2018

Kenangan Di Bumi Beijing


Di KLIA 2. 


Perjalanan bermula pada 13 September 2018.....dengan menaiki flight jam 6.35 petang Air Asia terbang ke Beijing pada 2.35 pagi pada 14 September 2018. 

Sampai di hotel pada 3.00 pagi, kemas dan bersihkan bada....tunggu seketika untuk solat subuh dan tidur. 

Jam 7.00 pagi....matahari tegak terpacak...bergegas bangun...bersihkan pada untuk bersiap dan turun sarapan. 

14 September 2018

Tempat pertama yang dilawati ialah Forbidden City (Bandar Terlarang)






Forbidden City (Kota Terlarang)

Setelah selesai berjalan di Kota Teralarang, kami di bawa ke kilang Jade. Di sini harga jade memang ribu-ribu. Semasa dia bagi penerangan...memang kita rasa tak mampu beli. Tapi....last dia jual harga yang mampu beli. Saya beli sebentuk cincin jade buat suami tersayang dengan harga 200 yuen sahaja. 

Selepas itu, Kami di bawa Ke Masjid Tertua di Beijing. Sempat bersolat zohor dan asar di sini. 
Masjid Niujie 




15 September 2018

Hari Kedua....seawal pagi terus ke Great Wall. Alhamdulillah.....saya mendaki sehingga ke Nine Fortrees. Mendaki Great Wall tidak seteruk mendaki Bukit Bendera.









Selesai ke Great Wall, Kami di bawa ke Beijing National Stadium. Dari jauh nampak seperti sarang Burung. Kalo nak beli cenderamata atau souvenier bleh beli kat kedai area sini. Murah sangat-sangat.


16 September 2018, Adalah hari terakhir berada di bumi Beijing. so, hari ini adalah hari untuk shopping.
Selesai sarapan, kami di bawa ke kilang Rubber. Tilam membuat bantal dan tilam yang mempunyai batu...sori saya tak ingat nama. Tapi ia sangat baik...kerana menghasilkan ion-ion negatif. Saya ada membeli Neck Pillow dengan harga 380 yuen.
Selepas itu, kami di bawa ke Tiananmen Square atau Tiananmen street. Kat sini memang best kalo nak shopping baju. Murah-murah.




Di Tiananmen Street.

Seterusnya....kami bergerak ke WanFuji. Di sini barang-barang yang import dari negara luar. Harga pun mahal la......

Seterusnya kami di bawa ke Silk Street Market. Di sini memang banyak barang-barang tempatan. Tetapi di sini...perlu hati-hati skit dan kena pandai tawar. saya beli seluar dari harga 1285 yuen....saya tawar sampai dapat harga 200 yuen. Sama jugak dengan Tshirt Polo...saya tawar dari harga 280 yuen ke 50 yuen untuk sehelai. 
Dekat sini....memang kena tawar betul-betul. Kalo tak mau beli...jangan tanya dan tawar. Itu nasihat saya.....

Itulah serba sedikit pengalaman saya semasa berada di Bumi Beijing. 


Saturday 16 September 2017

Resepi Tart Nenas

Cuti hari Malaysia....saya penuhi dengan membuat biskut tart. Dah lama rasanya saya tak buat biskut ni......bukannya apa....biskut tart ni...renyah skit. Dulu masa time rajin....memang ambil order masa raya....tapi kali ni hanya tumpukan pada tempahan Almond London ja. Itu pun...dah tak menang tangan...sampai saat akhir masih ada permintaan Almond London. 
Di sini saya nak kongsikan resepi tart. Bolehlah nanti anda mencubanya sendiri. Ok......jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahannya:-

250gm butter cup
2 1/2 sudu gula kaster
1 biji telur kuning
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
Selebihnya tepung gandum. (Saya pakai tepung gandum halus @ super fine).


Bahan jem:-

5 biji nenas bersaiz kecil
Gula secukup rasa
Perwarna kuning telur
Kulit kayu manis
Secubit garam

Cara-caranya:-





Sunday 7 September 2014

Sajak : Melayu


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah muallaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu

Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

 - Usman Awang -
 

Friday 15 August 2014

Resepi Biskut Coklat Chip


Bahan-bahannya:

250g buttercup
130g gula kaster
1tsp esen vanila
2 biji telur kuning
300g tepung gandum
1 tbsp tepung jagung
1tsp emplex - perangup biskut
1tsp baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2/3 cawan coklat chips
1 cawan badam cincang - bakar dahulu.

Cara-caranya:-
Putarkan butter bersama gula kaster sehingga kembang. Then, masukkan telur kuning 1 persatu dan esen vanila. Ayak tepung gandum, tepung jagung, baking powder, emplex dan serbuk koko di dalam satu bekas. Masukkan ke dalam adunan butter dan gula tadi, gaul sebati. Kemudian, masukkkan coklat chip dan badam cincang. Kaup balikkan. Bungkus di dalam plastik, dan simpan ke dalam peti sejuk selama 1 jam. Setelah itu, keluarkan, bulatkan doh sebesar guli, dan tekan dengan menggunakan garpu. Buat sampai habis. Suhu untuk membakar bergantung kepada oven masing-masing. 
Sedap, rangup....selamat mencuba ye.

Monday 11 August 2014

Kek Coklat Lembab

Kali ini...saya buat kek coklat lembab untuk kembar bawa ke sekolah sempena Sambutan Hari Raya...... Resepi yang sangat mudah. Saya ambil resepi kek ini dalam fb. Terima kasih kepada  yang  empunya resepi yang sudi share resepi ni. Memang sedap......moist sangat. Tak perlu bakar...hanya kukus ja. So, kali ini...saya post dalam blog ini....untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca blog yang lain. Bahan-bahan yang diperlukan ialah....jom kita tengok.....

Bahan-bahannya:

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak - mdm.lat guna minyak jagung.
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat

Bahan B 
3 biji telur
1tsp esen vanilla.

Bahan C 
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-caranya:-
- Masukkan kesemua bahan A di dalam periuk dan masak di atas api, dan semua bahan dah sebati, tutup api dan sejukkan.
- Masukkan telur di dalam mangkuk besar, dan pukul sehingga kembang.
- Ayak bahan C di dalam satu bekas yang lain.
- Setelah bahan A sejuk, masukkan kedalam bekas bahan B tadi bersama esen vanila, gaul sebati.
- Seterusnya, masukkan bahan C ke dalam adunan tadi. Kaup balikkan dan masukkan ke dalam loyang...dan kukus.
- Sebelum mengukus, pastikan air dipanaskan dahulu.

Topping:-
300 gm coklat cair
1/2 cawan susu cair
2 sudu butter
1 tbs susu pekat
Coklat rice, coklat manik - untuk hiasan.

Cara buat topping:-
Masak bahan secara double boil. Kesemua bahan dah cair....boleh sapukan di atas permukaan kek.
Bahan A
Bahan B
Bahan C
Proses Mengukus
Siap....untuk dimakan.