Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Wednesday 30 November 2011

Lagu Orang Dulu-Dulu.....

Setiap hujung minggu aku akan pulang ke kampung yang terletak di selatan kedah. Sedang ku berehat menghilangkan penat ku terdengar anak-anakku menyanyikan lagu orang dulu-dulu....lagu yang diajar oleh ayahku. Ayahku berusia 80tahun. Perjalanan hidup beliau yang merangkumi dari zaman penjajahan jepun sehinggalah ke zaman melinium ini. Lagu ini jarang kudengar dinyanyikan oleh ibu-ibu muda zaman sekarang. lirik lagu ini seperti berikut:

Tom-tom bak mak yong dedek
Pecah sebiji tinggal serangkap
Ram-ram pisang, pisang masak layu
Jatuh dalam lubang..sambar bapak yu
Umbuk-umbuk nyior belalang kodek-kodek
Siapa mulut banyak kawan tu kena cobek

Dek-dek dam
Anak lembu patah tanduk
Cek mek kena godam
Cek awang kena tumbuk

Tumbuk damar batu
Nak pasang malam raya
Tumbuk lubang pintu
Nak intai anak dara

Anak dara datuk
Mandi tepi kolam
Balik habaq kat tok
Orang kirim salam

Rumah datuk tinggi
Gulai ikan talang
Datuk tak ada gigi
Ronyeh-ronyeh telan

Rengke-rengke periuk
Periuk dari jawa
Datang maksu cabuk
Hembus api tak menyala

Sebenarnya lagu ini mempunyai maksud yang tersirat yang bermakna dalam kehidupan kita seharian. Apabila anak berusia 3tahun menyanyikan lagu ini, secara tidak langsung semangat patriotik akan tertanam di dalam jiwa mereka.

Monday 24 October 2011

AYAM PERCIK RESEPI IBU

Bahan-bahan
1 ekor ayam - potong 4 atau 10
Santan
Jintan Manis*
Lengkuas*
Cili kering*
Buah Keras*
Serai diketuk
Gula merah dan garam.

Cara-cara
-Kisar semua bahan yang bertanda Bintang *.
-Setelah itu, rendam ayam bersama bahan kisar, gula merah, garam, santan dan serai.
-Renehkan diatas api setengah masak.
-Tutup api dah perap selama 2 jam.
-Selepas itu bakar ayam yang diperap...kuah yang lebih renehkan sehingga pekat.
-Setelah ayam masak.....susun di dalam pinggan dan tuangkan kuah yang pekat tadi.
-Siap untuk hidangan.
Ayam yang direndam bersama bahan. (3ekor ayam)

Ayam yang telah dibakar (3ekor ayam)

Ayam yang dihidang.


Thursday 20 October 2011

IKAN SUMBAT

Bahan -bahan

1 ekor ikan terubuk
*4 biji cili merah
*7 biji cili api
*1 inci kunyit hidup
1 labu bawang besar (hiris nipis)
Secubit garam dan gula
Sedikit air asam jawa atau air perahan limau nipis

Cara - cara
- Siang ikan, belah belakang dan basuh bagi bersih.
- tumbuk bahan yang bertanda *, dan gaul bersama bawang, garam, gula dan air asam jawa atau limau nipis.
- Sumbatkan ke dalam ikan.
- dah siap, ikan boleh dibakar atau digoreng.

Ikan yang telah disumbat.

Ikan yang disiap di goreng.

Sambutan Kemerdekaan Peringkat KMK 2011

Setiap tahun negara kita akan menyambut Ulangtahun Kemerdekaan. Pada tahun ini kita menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-54tahun. Begitu juga, kami warga Kolej Matrikulasi Kedah yang turut menyambut Ulang tahun Kemerdekaan negara kita. Berbagai acara menarik telah disusun dan diatur oleh Ahli Jawatankuasa yang telah ditetapkan. Pada tahun ini, aku masih lagi memikul tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Persembahan Bulan Kemerdekaan. Tugas ini memang sebati dengan diriku. Bersama - sama dengan kelompok pelajar tidak kira siang atau malam bagi menjalankan latihan. Masing - masing bertungkus lumus membuat latihan untuk dapatkan hasil yang terbaik. Bagi kumpulan nasyid....latihan bermula sejak dibulan puasa lagi.....gedum gedam.....bersama -sama dengan pelajar dibilik muzik memukul choga, temboring, shaker dan sebagainya. Serius....gelak ketawa..gurau senda itu yang membuatkan rasa bosan dan penat hilang begitu sahaja.  Apa pun ku ucapkan terima kasih dan sekalung tahniah kepada pelajar-pelajar ku yang bertungkus lumus dalam menjayakan persembahan ini. Kegembiraan dan keasyikan penonton adalah bukti kecemerlangan sesuatu persembahan.

Kumpulan Nasyid Shoutul Shabab
Peserta Deklamasi Puisi - Kitalah Tuan
Peserta Lagu Patriotik - Pahlawanku

Wednesday 12 October 2011

Kebaikan Doa Syifa'


 Doa ini memang perlu diamalkan setiap hari. Doa ini boleh menjadi penawar bagi anak-anak yang degil, malas dan tidak mendengar nasihat. Amallah setiap hari, agar ia boleh jadi penawar buat hati kita. 

Ulangtahun anak-anakku yg ke-3tahun (7-7-2011)

Pada 7-7-2011, genaplah usia anak-anakku 3tahun.Happy Birthday abang dan adik....Ummi doakan Anak-anak ummi ni menjadi anak-anak yang soleh, taat pada Allah, hormat pada Ummi dan org yang lebih tua.......Semoga kalian juga berjaya di dunia dan di akhirat. Apa yang penting jadilah anak-anak yang berjasa.


Adik dan Abang memotong kek......Hepi besday, sayang......
Suap menyuap antara satu sama lain....
Kasih ummi hanya untukmu, sayang........abang dan adik

Wajah putera-putera ummi.......

Tuesday 11 October 2011

RESEPI - Puding Jagung


Puding Jagung

Bahan - bahan
1/2 paket agar-agar
1 tin susu cair
1 tin jagung
1500ml air
gula secukup rasa
sebiji telur
2 sudu makan tepung kastard

Cara-cara
1. Masak agar-agar bersama dengan gula dan air.
2. Sambil itu, blend tepung kastard, susu cair dan telur.
3. Setelah agar-agar cair dan mendidih, masukkan bahan yang telah diblend, jagung kedalam agar-agar yang telah cair, perlahankan api dan kacau sehingga pekat.
4. Akhirnya, tuanglah ke dalam bekas yang sesuai.
5. Biar beku dan siap untuk dihidangkan......

Pelajar-palajarku sesi 2011/2012 (Anasuha, Ain dan Syazana)
*Rakan-rakan tempat kerja ku memang menyukainya.

Wednesday 20 July 2011

Anugerah Pertama Dalam Perkhidmatan

          Sejak ku melangkah kaki ke Kolej Matrikulasi Kedah, ku telah menerima tugas dan amanah yang besar iaitu sebagai pendidik anak bangsa. Dengan penuh bangga dan gembira......ku jalani tugas ku setiap hari sebagai pensyarah. Masuk kelas, keluar kelas, beri tugasan dan ambil markah. Selain tanggungjawab sebagai pensyarah, setiap pensyarah di sini diberi tugas-tugas khas contohnya sebagai Ajk aktiviti untuk kolej.  Semua tugas-tugas yang diberikan dilaksanakan degan penuh tanggngjawab dan dedikasi.
          Pada tahun ini, setelah 4 tahun berkhidmat di Kolej Matrikulasi Kedah, Aku menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010. Ini adalah anugerah yang pertama di dalam perkhidmatan ku. Dengan anugerah yang telah diberikan, aku jadikan ini sebagai peransang pada diriku untuk terus berbakti di Kolej Matrikulasi Kedah dan berjanji akan terus menjadi pendidik anak-anak bangsaku dengan lebih cemerlang.  Terima Kasih Ya Allah.....ini adalah rezeki dariMu.


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010

    

Bersama rakan-rakan Unit Sains Komputer

Wednesday 15 June 2011

Malam Ambang Merdeka 2010

Malam  31 Ogos 2010, ku telah deklamasikan  sebuah  sajak yang bertajuk Serikandi Merdeka. Di sini ku dapat luahkan perasaan sayang dan cintakan tanahair. Begitu besar pengorbanan pejuang-pejuang dahulu dalam memerdekakan tanahair agar bebas dari genggaman penjajah. Rasa semangat, sayu, sedih dan bangga menyeliputi diri ketika bait-bait sajak diluahkan.

Deklamasi Puisi Kemerdekaan



Pensyarah Paling Patriotik 2010

Sunday 29 May 2011

Pengalaman Ku...

Pengalaman menjadi Pengacara Majlis yang melibatkan VIP sangat berharga dalam hidupku...Daripada pengalaman ini, ku dapat mempelajari protokol gelaran VIP. Pada mulanya, aku memng takut, macam-macam yang ada difikiran...aku takut majlis rosak kerana aku. Pengacara la menentukan sesebuah majlis itu berjaya atau tidak. Alhamdulilah...syukur pada Allah..Kedua-dua majlis yang telah diacarakan berjalan dengan lancar dan cemerlang.

Perasmian Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda Dan Puteri Umno Bahagian KBB 2011.

Perasmian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian KBB 2011
AJK Puteri Umno KBB

Puteri Umno KBB

Kek Ulangtahun Puteri Umno KBB 2011

Friday 27 May 2011

Hari ini.....

Ku lalui hari-hari hidup ku seperti biasa....Biasanya hari khamis, selepas habis waktu kerja aku akan bergegas pulang ke kampung untuk menjenguk anak-anakku yang dirindui.. tapi minggu ini aku tidak dapat berbuat demikian...Esok (Jumaat) ada program di tempat kerja ku....jadi kerinduan ku terhadap anak-anak terpaksa ku pendam. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa rindunya aku terhadap anak-anak. Ku sampaikan Salam Rinduku kepada anak-anak dan ayah bonda diangin lalu.....




















Wednesday 25 May 2011

Pengorbanan IbuKu...


Ini adalah kisah sebenar hidupku...Aku adalah seorang anak yang kedua daripada lima orang adik beradik. Ibuku seorang yang penyayang dan tegas dalam mendidik anak-anaknya. Ku ceritakan kisah ini setelah ku berumahtangga.
Ditakdirkan Allah..aku dijodohkan dengan seorang lelaki yang aku namakan Farid (bukan nama sebenar). Aku pun hidup seperti suami isteri yang lain. Cuma apa yang membezakan ialah...suamiku tidak pernah memberi nafkah sepanjang perkahwinanku. Tapi bagi aku pada mulanya aku tidak kisah kerana aku mempunyai gaji sendiri dan bekerjaya. Ditakdirkan Allah...aku mengandung dan apabila Doktor membuat imbasan, aku ditakdirkan mengandung anak kembar. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana Allah telah menggantikan dengan dua orang anak sekaligus.....kerana kandungan pertamaku mengalami keguguran.
Disinila...mula kisah duka hidupku...Sepanjang aku mengandung, suami masih tidak memberi nafkah akan tetapi, sebaliknya...duit gaji aku yang diminta. Aku masih bersabar. Sehinggala...aku selamat melahirkan anak kembarku. Alhamdulillah...anakku kedua-duanya lelaki.
Disini aku mula terasa yang ekonomi rumahtangga tidak mencukupi untuk menyara kedua anak-anakku... Jadi, ibuku lah tempat aku mengadu dan ibukulah yang menjaga dan mengasuh anak-anakku sehingga kini.
Suamiku...masih seperti biasa...duit tidak pernah cukup. Aku mula bingung dan malu pada keluargaku. Aku tidak dapat berselindung lagi dengan masalah ini. Hanya kepada tuhan tempat aku meluahkan rasa. Jadi setelah rahsia rumahtanggaku sudah tidak dapat ditutup lagi....aku jadi malu. Dan ibuku mula memarahi suamiku. Biarlah....yang penting anak-anakku ada tempat bergantung. Sehingga kini, ibuku lah yang mengasuh dan menjaga anak-anakku....Bukan itu sahaja...anak-anakku boleh dikatakan tiap-tiap bulan akan selsema dan lelah...Jadi segala perbelanjaan perubatan ibuku yang tanggung andai aku tidak cukup wang. Cukup besar pengorbanan ibuku terhadap aku dan anak-anakku. Kasih sayang yang diberikan tidak terhingga. Ditatang bagai minyak yang penuh. Panggilan yang dipanggil oleh anak-anakku kepada ibuku ialah "mak". Aku akan pulang melihat anak-anakku hanya pada hujung minggu sahaja... Jadi duit gajiku hanya untuk perjalanan dari utara ke selatan. Pergi dan balik lebih kurang RM100.
Sehingga la kini....ditakdirkan Allah...aku dan suami jodoh tidak panjang..kerana Taklik yang dia buat sendiri. Ibuku amat sedih dengan nasibku. Ibuku banyak berkorban masa, wang ringgit untukku. Anak-anakku ditanggung tanpa meminta sesen pun dari aku. Ya Allah...bertapa besarnya pengorbanan ibuku kepadaku... Dulu beliau telah membesarkan aku, mendidik aku sehingga aku berjaya...kini beliau terpaksa membesarkan anak-anakku... Tiada apa yang dapat aku ungkapkan lagi untuk menggambarkan betapa besarnya pengorbanan ibuku..Terima kasih ibu.....

Salam Muhibbah



Asalamualaikum...
Alhamdulillah...Ku kini telah berjaya mencipta blog tentang kehidupanku। Disinilah tempat ku meluahkan rasa duka dan bahagiaku. Aku teruskan kehidupanku kini bersama anak-anak kembarku. Merekalah penawar segala suka dukaku. Andai ku sedih dan menangis, merekalah yang membuatkan aku tertawa. Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah....disebalik ujian dan dugaan yang kau berikan, Terselit jua penawar untukku. Terima kasih Ya Allah.