Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Friday 15 August 2014

Resepi Biskut Coklat Chip


Bahan-bahannya:

250g buttercup
130g gula kaster
1tsp esen vanila
2 biji telur kuning
300g tepung gandum
1 tbsp tepung jagung
1tsp emplex - perangup biskut
1tsp baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2/3 cawan coklat chips
1 cawan badam cincang - bakar dahulu.

Cara-caranya:-
Putarkan butter bersama gula kaster sehingga kembang. Then, masukkan telur kuning 1 persatu dan esen vanila. Ayak tepung gandum, tepung jagung, baking powder, emplex dan serbuk koko di dalam satu bekas. Masukkan ke dalam adunan butter dan gula tadi, gaul sebati. Kemudian, masukkkan coklat chip dan badam cincang. Kaup balikkan. Bungkus di dalam plastik, dan simpan ke dalam peti sejuk selama 1 jam. Setelah itu, keluarkan, bulatkan doh sebesar guli, dan tekan dengan menggunakan garpu. Buat sampai habis. Suhu untuk membakar bergantung kepada oven masing-masing. 
Sedap, rangup....selamat mencuba ye.

Monday 11 August 2014

Kek Coklat Lembab

Kali ini...saya buat kek coklat lembab untuk kembar bawa ke sekolah sempena Sambutan Hari Raya...... Resepi yang sangat mudah. Saya ambil resepi kek ini dalam fb. Terima kasih kepada  yang  empunya resepi yang sudi share resepi ni. Memang sedap......moist sangat. Tak perlu bakar...hanya kukus ja. So, kali ini...saya post dalam blog ini....untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca blog yang lain. Bahan-bahan yang diperlukan ialah....jom kita tengok.....

Bahan-bahannya:

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak - mdm.lat guna minyak jagung.
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat

Bahan B 
3 biji telur
1tsp esen vanilla.

Bahan C 
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-caranya:-
- Masukkan kesemua bahan A di dalam periuk dan masak di atas api, dan semua bahan dah sebati, tutup api dan sejukkan.
- Masukkan telur di dalam mangkuk besar, dan pukul sehingga kembang.
- Ayak bahan C di dalam satu bekas yang lain.
- Setelah bahan A sejuk, masukkan kedalam bekas bahan B tadi bersama esen vanila, gaul sebati.
- Seterusnya, masukkan bahan C ke dalam adunan tadi. Kaup balikkan dan masukkan ke dalam loyang...dan kukus.
- Sebelum mengukus, pastikan air dipanaskan dahulu.

Topping:-
300 gm coklat cair
1/2 cawan susu cair
2 sudu butter
1 tbs susu pekat
Coklat rice, coklat manik - untuk hiasan.

Cara buat topping:-
Masak bahan secara double boil. Kesemua bahan dah cair....boleh sapukan di atas permukaan kek.
Bahan A
Bahan B
Bahan C
Proses Mengukus
Siap....untuk dimakan.

Sunday 10 August 2014

Kelaku abang yang sangat membahayakan

Ketika orang kalut berbuka puasa 6....dia plak dalam diam menyelam di dalam kolah mandi......Ummi...rasa hairan...bila budak masuk mandi...tapi tak dengar bunyi air dicurah. Diam-diam....rupanya dia ada kerja lain. Berderau darah...rasa berhenti seketika degup jantung ini...apabila melihat anak melakukan sedemikian tanpa pantauan dari orang dewasa. Patut la...nak sangat snorkel dan diving mask. Keberanian abang buat ummi jadi semakin takut untuk membiarkan bermain seorang diri. Ya Allah..lindungi dan selamatkanlah anakku ini walau di mana dia berada.

Saturday 2 August 2014

Resepi::Sayur campur

  
Bahan-Bahan:-
Beberapa keping hirisan daging
2ulas bawang merah - hiris
3ulas bawang putih - ketuk
3 atau sudu sos tiram
1 tsp kicap masin
1/2 kiub pati ikan bilis atau ayam
Kacang pic
Bunga kobis
1/2 batang lobak merah
Jagung muda 
2 sudu makan minyak masak
1/2 cawan air (air tu ikut suka ye)

Cara-caranya:-
Siang semua sayur, ikut suka nak potong macam mana, ikut kreativiti masing-masing.
Panaskan minyak....tumis bahan hiris. Masukkan hirisan daging, goreng seketika, dan masukkan air. Diikuti sos tiram, pati ikan bilis dan kicap masin. setelah air mendidih, baru masukkan sayur. Utamakan sayur yang keras dahulu.....Kacau, jangan biarkan sayur terlalu layu, nanti kurang sedap. Ok, siap untuk dihidangkan. Menu kesukaan ramai.....sayur yang rangup dan penuh dengan zat dan khasiat.

p/s, Sukatan sayur dan bahan boleh ikut suka. Garam pun ikut suka. Tapi saya dah guna kicap masin, so, tak perlu garam lagi. Selamat mencuba!!!!!