Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, 7 July 2014

07.07.14 - Birthday Kembar Yg ke-6 thn.

Ulang tahun yg ke-6, buat pasangan kembarku. Tahun ni.jatuh di dalam..bulan Ramadhan yg mulia....jadi tak bleh nak celebrate disiang hari. InsyaAllah...pas raya nanti....ummi buat sedikit jamuan di kelas Pra Permata abang adik. Itu janji ummi pada anak-anak ini. 
Walau bagaimanapun....sekadar mengingati detik 7.7.14 itu....ummi buat kek keju jepun untuk anak2 ummi ni. Disamping itu ummi beri peluang untuk abang adik...deco sendiri kek mengikut kreativiti masing-masing. Hentam je la....labu. janji abang adik happy......susun sana sini..... At least...rasa jugak diri diiangati. 
Selamat Hari Lahir iqbal dan irfan.....Doa ummi buat anak2 ummi ni.......semoga kalian berdua membesar dengan sihat...taat dalam menunaikan segala perintah Allah....menjadi anak2 yang soleh buat ummi dan sentiasa cemerlang didunia dan diakhirat. Love u all......
 

Wednesday, 4 June 2014

Ke Pantai Timur Percutiaan Kali Ini....

Alhamdulillah....setelah sekian lama menyepi..kini ku mulakan coretkan sedikit kenangan dipaparan maya ini. Kali ini ku paparkan kenangan mengenai percutian yang pendek bersama anak-anak kembar ku. Ke Kelantan!!!! Ummi, Kelantan tu apa??? Ada salji tak??? Sebagai seorang ibu, cuba menjelaskan setiap persoalan anaknya. Kelantan itu sebuah negeri....seperti Kedah yang abang adik duduk sekarang. Kelantan mana ada salji, sayang oooiiii!!! Begitu teruja anak2 ini bila mendapat khabar yang ummi akan membawa mereka melawat ke Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. 
Akhirnya....melalui jalan yang berbukit, menuruni jalan yang curam serta berliku, akhirnya sampai juga ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu. 
Terdengar juga keluhan anak2....jauhnya Kelantan, bila nak sampai ni......Ummi, Kelantan memang hutan ke??? hahahaha....ummi hanya ketawa mendengar rungutan anak2.....yang jemu dengan sebuah perjalanan yang panjang. 
Akhirnya sampai.....bermalam disebuah hotel. Bila waktu malam, jangan lepaskan peluang mengatur langkah ke Wakaf Che Yeh. Biasala orang perempuan, apa lagi.......ummi bleh shopping kain pasang dengan jayanya. Wahhhh...puas membeli kain. Yang anak2 mula meragam..jemu menuggu ummi membelek kain. Sabar la..sayang....itulah rayuan ummi.
Di pagi hari pula....ke pasar Siti Khadijah. Datang ke sini untuk mencari laksam dan nasi kerabu. Makanan yang memang terkenal di Negeri Kelantan. Kalo tak dapat makan Laksam....memang kempunan la sampai bila2.....anak2 pun suka. Pandai pula si adik bulat makan laksam. Terkejut juga ummi. Yang si abang cute itu...biasalah....susah skit dalam memilih makanan. Itu sebablah....dia kecil ja.
Apa pun...Alhamdulillah....dengan izin Allah, Akhirnya berkesempatan juga aku membawa anak2 untuk bercuti. Syukur....Selamat Pergi dan Balik!!!!

Sunday, 30 March 2014

Aktiviti di Pra Permata.....

Tampal.......
 

 
Gunting.....
Cerita lama....baru sempat dipostkan dalam laman maya ini. Inilah aktiviti yang pertama bersama ibubapa di Pra Permata. Menyiapkan buku bacaan buat anak-anak sendiri. Everyday....kembar berpesan..."ummi jangan lupa tau...nanti ibubapa kena mai sekolah adik abang"." Cikgu suh mai". Wahhhh.....pesanan yang padat dan tegas. "Ok....ummi akan p la".Dalam kepala......heiii nasib ummi ni keja berlainan negeri. Ahad....ummi cuti umum. Selamat!!!!!!!
 Ermmmm....ni la bila anak kembar. Kena siapkan dua buku dalam tempoh masa yang diberikan oleh cikgu. Abang dan adik....tolong ummi buang cebisan kertas yang telah digunting. 
Akhirnya........buku bacaan untuk anak-anak ummi dah telah pun siap.......doa dan harapan ummi, semoga anak-anak ummi tekun dalam menuntut ilmu dan berjaya di dunia dan akhirat, Amiin.

Sunday, 23 February 2014

KaSih & PeNgOrbaNan MaktOk......

Termanggu aku seketika di atas tikar sejadah setelah selesai menunaikan solat isya'. Tiba-tiba...fikiranku melayang teringatkan pengorbanan ibuku. Jasa beliau dalam membesarkan ku...udah sedia maklum...seorang ibu yang hebat...tabah, cekal dan sabar. Yang ku kaguminya kini...ialah jasa dan pengorbanan beliau dalam mengasuh, menjaga...mendidik dan membesarkan anak-anakku.....cukup hebat beliau. 
Atas permintaan beliau... Sejak anak-anak itu berusia 5hari...iaitu ketika aku di dalam pantang....setelah tamat cuti bersalin...anak-anakku ditinggalkan dikampung. Aku pulang ke Changlun...untuk meneruskan perkhidmatanku sebagai pensyarah. Ketika itu....anak-anak ditinggalkan bersama ibuku dan seorang pembantu rumah. Bila anak kembar....mana mungkin ibuku seorang mampu menjaganya. Anak-anak ini pula.....paru-paru agak sensitif. Perlu jagaan rapi. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan mereka diserang asthma. Kadang kala...berlarutan sampai terkena jangkitan kuman di paru-paru. Itulah...karenah dalam membesarkan anak-anak kembar. 
Sakit demam anak-anak ini....semua diuruskan oleh ibuku. Pada suatu hari...kembar pertamaku diserang asthma.....sanggup ayah dan ibuku menyewa sebuah kereta untuk membawa kembar pertamaku mendapatkan rawat di klinik yang memang serasi dengannya. Terkejut dan kagum aku dengan pengorbanan datuk dan nenek ini.......
Kini, usia anak-anak sudah 6 tahun. sudah mula melangkah ke alam persekolahan. Aku pernah bersuara untuk mengambil anak-anakku untuk bersekolah di kawasan tempat kerjaku. Namun...ditolak mentah-mentah diringi dengan seribu alasan yang sukar untuk ku tepis. Pada sebelah pagi....anak-anakku...ke pra sekolah...dan sebelah petang ke kelas Alquran untuk belajar Iqra. Aku memang runsing dengan urusan pengangkutan pergi dan balik anak-anakku ke sekolah. Alhamdulillah...Allah telah mempermudahkan urusan ku.....akhirnya anak-anakku sudi untuk menaiki van sekolah. Apa pun...semoga Allah....melindungi anak-anakku sepanjang perjalanan pergi dan balik ke sekolah. Risaunya bukan kepalang....tapi sebagai hamba....kita yakin, Allah ada. Dia yang mengatur semua. Selesai urusan disebelah pagi......belum lagi urusan pergi dan balik anak-anakku ke kelas Alquran.....Adehhhh..menjadi keruan lagi aku seketika. Ku bersuara lagi pada ibuku....yang aku ingin mengambil anak-anakku untuk tinggal bersamaku agar mudah untuk aku menguruskan hal-hal anakku...dari segi penghantaran dan pengambilan mereka untuk ke mana-mana. Namun...itu bukan alasan untuknya. Beliau menegaskan...urusan pergi dan balik cucu-cucunya ke kelas Alquran...dia akan antar dan ambil sendiri....dengan menaiki basikal. Adehhhh.....pening kepala. Nape la...mak ni susah sangat nak lepaskan abang dan adik untuk tinggal dengan adik ni?????? (adik adalah panggilan mak terhadap aku).Sanggup tu....nak kayuh basikal tengah-tengah panas rembang ni!!!! Orang lain mungkin beranggapan yang aku sengaja membiarkan anak-anak untuk terus menetap dengan mak. Sebenarnya tidak!!! Aku sebenarnya tidak sanggup untuk melukakan hati ibuku dan ayahku....katanya....."kalo ambil anak-anak ni..ibarat aku membunuhnya". Dia tidak boleh hidup tanpa anak-anak ku ini.......
Baginya...penat atau letih...itu bukan alasan buat beliau. Demi cucu....sanggup berkorban apa sahaja.....Itu yang membuat ku kagum dengan ketabahan dan semangat ibuku dalam mendidik dan membesarkan anak-anakku. Pelbagai alasan telah ku utarakan untuk mengambil anak-anakku untuk tinggal bersamaku...namun semua dapat beliau tepis dan buktikan yang beliau mampu untuk melakukannya. 
Teringat aku ketika aku bersekolah.....dengan berbasikal jugak beliau menghantar dan mengambil ku dan adikku. Sehinggalah..suatu hari aku mula berani untuk menaiki bas sekolah. 
Kini...aku sudah dewasa. Setiap hari ku tak pernah lepas peluang menelefon ibuku untuk bertanyakan khabar......dari anak dara..sehingga berkahwin. Biar ke luar negara sekalipun.....akan cuba hubungi untuk bertanyakan khabar dan mendengar suaranya. 
Inilah..sedikit sebanyak...cerita tentang perngorbanan ibuku....yang ingin ku kongsi bersama pembaca blog ini. 
Semoga suatu hari....bila iqbal dan irfan dah besar....mereka boleh baca dan mengetahui...begitu besar pengorbanan maktok terhadap mereka. Begitu tinggi kasih sayang yang telah maktok curahkan. 

Tuesday, 24 December 2013

Trip Ke Monkey Beach Anjuran Jabatan Matematik KMPP.......

Program keluarga bagi jabatan matematik kmpp. Aku dan rakan-rakan lain turut menyertainya. Masing-masing membawa ahli keluarga bagi memeriahkan aktiviti yang telah dianjurkan. Aku, tidak lupa membawa kembarku....iaitu abang dan adik. Begitu seronok dan teruja mereka apabila diberitahu akan menaiki bot. Macam-macam andaian dan anganan yang mereka buat. 

Setelah selesai solat subuh...aku kejutkan dua anak ini untuk bangun membersihkan diri. Jam 6.30am, aku bertolak dari serdang ke kolej. Ku melihat wajah anak-anak yang penuh keriangan dengan perjalanan kali ini. Bukan mudah sebenarnya aku ingin bersama-sama seperti ini. Masa yang terhad dan keadaan tertentu yang membuatkan aku jarang melibatkan anak-anak dengan program kolej. 

Semua pensyarah dan seluruh ahli keluarga berkumpul di perkarangan bangunan pentadbiran. Bas kolej sudah bersedia untuk memulakan perjalanan. Riuh rendah anak-anak pensyarah......semua peringkat umur pun ada. Seronok masing-masing. Apa pun, perjalanan didoakan selamat. Itu yag penting. 

Bas terus bergerak menyusuri jalan raya yang agak tenang. Jambatan Pulau Piang mula dilintasi. Terpegun anak-anak ini apabila pertama kali mereka melihat keindahan laut selat melaka ini. Keunikan jambatan Pulau Pinang yang menjadi mercu utama kemegahan di Pulau Mutiara ini. 

Taman Negara......itu yang menjadi destinasi utama. Berkumpul.....untuk menaiki bot ke "Monkey Beach". Hatiku mula berdegup kencang.....Ya Allah, takutnya. Bot kecil je....ishhhhh....ngeri. Laut yang biru....begitu tenang....dengan alunan ombak yang mendamaikan. Jangan sangka yang kecil, tidak ada apa-apa..... Apa pun, aku hanya doakan selamat sampai ke destinasi yang ditujui. Itu je yang ku harapkan........ Kalo nak ikut keberanian....memang rasa tak berani....tapi....ingatkan anak-anak....oooo ku kena tabahkan juga untuk terus menaiki bot ini. 

Wahhhhh......lajunya bot. Aduhhhh....sakit pinggang apabila melambung sebegini kuat. Anak-anak puas menjerit keseronokan apabila bot di lambung ombak. Luncuran bot yang laju sangat menakutkan. Gelombang air laut yang mengalun membuatkan ku rasa begitu gerun dan membimbangkan. Di dalam hati....hanya berdoa agar selamatlah semua. Semoga tidak berlaku yang bukan-bukan.......Adehhhhh....serik rasa.

Sampai di Monkey Beach.....cantik. Memang banyak monyet-monyetnya. Takutttt.....begitu memerhati...monyet-monyet ni...menyambut kehadiran para pengunjung. Baik-baik bekalan semua....nanti abis dibawanya lari!!!!!!!

Sesampai sahaja...semua dah tak sabar nak terjun kelaut untuk bermain air....termasuklah anak ku yang si adik debab ini. Sabar dik.....ummi risau la....

Hampir 3jam berada di Monkey Beach.....semua keluarga....bersiap untuk bergerak pulang. Sabar menunggu bot.....Aktiviti seterusnya......melawat tempat menarik yang ada di lautan Pulau Mutiara.

Letih kelesuan semua. Naik bas...semua dah tido dalam keletihan. Alhamdulillah....semuanya selamat sepanjang lawatan.

Adik di atas buaian.....menangis.

Ummi dan kembar


Di padang Kota Lama......

Bermain buih sabun.....
Adik bermain air......

Abang yang merajuk......




Sukanya dia......
Adik....

Abang.......


Batu yang disumpah menjadi buaya........
Batu yang disumpah menjadi penyu.................


Thursday, 17 October 2013

Jalan jalan hujung minggu



Setelah beberapa tahun....tiada aktiviti-aktiviti jalan-jalan dihujung minggu. Kini...aktiviti bermula kembali setelah ummi dah sem akhir untuk pengajian master. 22 September 2013, adalah tarikh yang sesuai dengan semua keadaan. Alhamdulillah...berkat kesabaran anak-anak ummi.....menanti saat-saat begini.
 Last keluar berjalan-jalan dengan anak-anak di akhir tahun 2010. Zoo taiping....destinasinya. Kini....Zoo Taiping juga destinasi yang dipilih oleh anak-anak. Ye la....nak bersiar di tepi pantai dan mendaki gunung...agak tidak sesuai dengan kanak-kanak yang berusia 5 tahun ini.
Begitu teruja anak-anak ini apabila dapat melihat haiwan-haiwan liar yang terdapat di Zoo ini. Beginilah...anak-anak...selama ini hanya menyimpan dendam.....hanya melihat di kaca televisyen.....kini menjadi realiti. Dapat melihat gajah....harimau belang.....kuda belang.....zirafah....kangroo dan sebagainya......
Setelah penat berjalan-jalan di zoo.....destinasi seterusnya adalah pekena mee udang Mak Jah di Kuala sepetang yang begitu terkenal di kawasan Taiping......
Melihat anak-anak yang keletihan.....ummi pun turut keletihan.....so, tanpa membuang masa...pergerakan pulang diteruskan.....
InsyaAllah.....andai ada masa dan ruang.....kita akan berjalan lagi....:))

Sunday, 13 January 2013

Wajah-Wajah Kesayangan Hamba.......

Sunyi suana malam ni........hanya kedengaran suara cengkerik menyanyi. Sayu hati ini.....teringatkan anak-anak kembarku. Apalah yang mereka buat diwaktu malam-malam begini???? Ye la....cuti lama...bersama anak-anak....Macam-macam andaian yang berlegar diruang fikiranku. Mungkin tengah menguyah makanan....mungkin tengah bermain PcTab.....mungkin jugak....sudah lali beralaskan lengan maktok!!!! 

 Ummi rindu la.....pada adik dan abang!!!! Nape la...adik dan abang tak nak datang duk ngan ummi??? Sudi2kanlah diri tu ye......asyik nak berkepit ngan maktok dan ayahwan je...... Kesian ummi duk sorang-sorang kat sini. Ermmm.....InsyaAllah...pas ummi habis master nanti....abang dan adik kena jugak sudi-sudikan diri ye!!!!

Kalo tidur berpelukkan adik...memang best. Adik badannya berisi dan bulat. Kebiasaannya....ummi akan tunggu anak-anak ummi tidur....pastu mula la..bangun dan bacakan ayat thoha...1-5 dan tiup diubun anak-anak..... Hehehe....kadang-kadang kalo iqbal tak tidur lagi...pas ummi tiup diubunnya...dia pun  kalut dan bangun nak tiup jugak dikepala ummi. hehehe...lawak betul anak ummi sorang ni..... Yang si adik memang tak kisah....nak tiup....tiup la....janji adik bleh tidur. Mata lagi penting...ummi. 

Sekarang sudah pandai berbicara....semua dialog yang dilontarkan agak berbisa dan perkataan yang digunakan agak skema. Ni semua...terpengaruh dengan ayat-ayat kartun. Apa yang diiklankan ditelevisyen semuanya nak. Adehhhh.....dah pandai tanya gaji ummi bila dapat....untuk beli mainan adik abang.....cute sangat bila pertanyaan itu diutarakan. Tersentak ummi bila adik sound..." tu la...beli I-Pad china sangat..tu la cepat rosak"...Wah!!! pandainya anak ummi. Kalo tak China macam mana ye???? Bleh tahu ke budak-budak sebesar ini perbezaan China atau tak...... Ermmm....ni mesti pasang telinga bila dengar orang tua-tua berbicara. 

 Alhamdulillah....tahun 2013...anak-anak ummi dah terbuka dan rela hati untuk ke Tadika. Cuma si abang je...yang macam berat sikit. Tapi abang tahun ni....asyik tak sihat je.....kejap demam dan penat....dan sakit mata.....Alahai anak...... Ummi risau sangat kat abang ni. Ummi doakan abg sihat sentiasa hendaknya....sayang ummi kena kuat semangat ye......

Apa pun terima kasih pada mak dan ayah yang tolong jaga anak-anak adik. Jasa kalian akan adik kenang sepanjang hayat adik. Semoga Allah sentiasa merahmati kedua orang tuaku....Amiin.

 

Adik main air.

Aksi yang sama

Adik tertidur..bila kebosanan

Wajah abang yang demam

Mula belajar sikat rambut - Adik

Mula belajar sikat rambut - Abang

Monday, 17 December 2012

Kembar Tunjuk Perasaan....Ummi Hanya Tersenyum.....

Ketika ku pulang dihujung minggu yang lalu iaitu 13/12/12 yang lalu......ku dapat melihat gelagat anak-anak kembar ku yang sedikit memberontak...protes la...kononnya. Hati kecil ini bertanya.....apa yang anak-anak ini sedang rasakan dan mahukan dari seorang ibu??? Ummi tak berniat nak menjauhkan atau mengasingkan diri ummi dengan anak-anak ummi ini. Ummi terpaksa tinggalkan anak-anak ummi ini di bawah jagaan maktok. 
Wahai anak, ummi minta maaf andai ummi kurang beri tumpuan dan curahan kasih sayang terhadap anak-anak ummi. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor tertentu yang sukar kita fahami. Ya Allah....berilah anak-anak ini dapat merasakan kasih sayangku walaupun jauh. Sebenarnya......anak-anak ummi adalah anak-anak yang kuat sebab tu kalian diuji. Yakin lah wahai anak.......suatu hari kalian akan menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat.  












Ku mulakan cerita ini di malam harinya....ketika aku sedang berehat di kamar tidur....ingin menghilangkan penat memandu kereta selama 2jam setengah.......anak-anak ku datang dengan semangkuk bubur kacang yang ku beli di R&R Gurun.......terus duduk di hadapan pintu bilik.....dan makan di situ bersama-sama. Aku yang ketika sedang baring......terus mulakan bicara....nape abang adik makan kat sini?? Nape tak makan di dapur??? Dengan lantas......si kembar menjawab.....sebab ummi tak mau jaga abang dan adik makan kat dapur. Aku tersentak seketika......oooo....Ya Allah.....rupanya anak-anak ini nakkan perhatian dariku. Bukan ummi tak mahu teman....ummi letih..sayang.....mengantuk sangat-sangat. Mata ini ingin saja tertutup....tapi ku tahan....sebab ingin melihat gelagat anak-anak. Di dalam hati ku berbicara......Maafkan ummi.....ummi sekarang memikul dua tugas......sebagai seorang bapa yang mencari nafkah dan sebagai seorang ibu yang patut membelai dan mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anaknya. Apa pun....ummi akan cuba yang terbaik buat anak-anak ummi. Ummi sayang sangat-sangat anak-anak ummi ni. Lantas ku bangun dan duduk bersama-sama.....melayan karenah si kembar ini sehingga kedua-duanya tertidur.