Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Tuesday 28 August 2012

Resepi : Almond London

Gula Halus

Butter cup

Badam yang telah dibalut dengan tepung.

Biskut Almond London

Bahan-bahan:
250gm butter cup
150gm gula halus
2 biji kuning telur
2 sudu kecil emplex (Perangup Biskut)
1 sudu kecil esen vanila
300gm tepung gandum (plus minus)
Badam (Bakar terlebih dahulu)
Badam Cincang (Bakar terlebih dahulu)
Coklat Masakan.

Cara-caranya:
- Pukul butter dan gula hingga kembang
- Masukkan kuning telur, dan pukul lagi......
- Masukkan esen vanila dan emplex
- Masukkan tepung gandum....sedikit demi sedikit....agak2 boleh di bentuk.
- Balut badam yang telah dibakar dengan doh tadi......
dan bakar.

Hiasan:
Masak coklat masakan dengan didihkan air dan letakkan coklat masakan dalam bekas lain dan letakkan pada air mendidih tadi. Biarkan cair.
Celupkan biskut yang telah dibakar dan taburkan dengan badam cincang. Masukkan di dalam cup.
Simpan di dalam bekas kedap udara.

Monday 27 August 2012

Suatu Hari DiHari Raya.......

Selamat Hari Raya.....Aidilfitri.....pada seluruh umat islam di dunia ini. Sebulan kita berpuasa....Kini..tibanya syawal dalam meraikannya. Bestttt.....cuti awal seminggu sebelum raya. Dok umah..hanya melayan karenah anak2......sambil menolong mak buat kuih raya...sebab ada orang order. Tart nenas dan almond london memang menjadi tugas ku. Setiap tahun....inilah rutin aku sekeluarga. Mak tak abis2...dengan tempahan dodol. Berkil-kilo orang order. Haaaa...penatnya nak mengacaunya........
Persiapan raya..semua dah siap.....Alhamdulillah...raya tahun ini..aku dapat rasa kemewahannya.....Duit gaji...dan bonus...hanya untuk aku dan anak-anak sahaja. Tidak lagi perlu memikirkan orang lain. Walau aku sudah tidak bersuami lagi......hati aku tetap gemira bersama anak2....dan keluarga yang sentiasa memberi aku semangat untuk terus bangun dalam hidup. Untuk apa kita mengungkit kisah silam yang menyakitkan..... Pandang ke depan....dalam mendaki puncak kejayaan.........
Dua hari sebelum syawal.....adik aku yang berada diperantauan....sudah tiba....kakak ku..bersama family..turut tiba dalam membuat persiapan raya...... Rumah dihias.....dengan kemas dan rapi. 
Di pagi....syawal...setelah selesai solat hari raya.....aku bersalam-salaman bersama ayah bonda.....adik beradik yang lain. Masing-masing memohon keampunan...sudah menjadi lumrah raya.......setiap kali raya...semua bermaaf-maafan antara satu sama lain..........Ermmm....sian adik ku yang sorang ni....ada suami tapi terpaksa sambut raya sorang2....suami terpaksa bertugas di hari raya....jauh plak tu...mana lagi kalo xseberang laut...sarawak la...:(( Apa pun..tabah ya....dikbah. InsyaAllah tahun depan...leh raya bersama.
Ermmm.....bila dah abis cuti.....semua adik beradik...dan aku akan meninggalkan kampung halaman. Sedih..pilu...semua mula terasa.Bagi aku...sayu nak tinggalkan..kembar yang comel ni la....alahai anak2 ummi....terpaksa ummi meninggalkan kalian..demi mencari rezeki....:((
InsyaAllah...andai di panjangkan umur...tahun hadapan...akan dapat merasa lagi nikmat aidilfitri......:))

Gelagat Iqbal dan Irfan

Bersama adik bah

Anak-anaku bermaafan

Bermaaf-maafan di pagi raya (malu kononnya....kalo bergaduh xtahu malu)

Iqbal dan Ummi

Iqbal dan Ummi

Adik maria dan Adik bah

Ibu, Iqbal dan Irfan

Family tersayang......mak dan ayah.

Ku cium tangan bonda.......

Cium tangan ayahanda.

Achu bersalam dengan mak....

Mak dan Ayah......bermaaf-maafan.

Aku dan family......
Bersama Kak Azah....

Bersama pelajarku....Fadzirul.....

Saturday 4 August 2012

Resepi: Puding Roti




Loyang yang digunakan.

Bahan-bahannya:
13gm Agar-agar serbuk
1000ml air
4 senduk gula (ikut citarasa)
1 1/2 tin susu cair
2 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan tepung kastard
6 keping roti (saya guna roti Finergrain Wholemeal)

Cara-cara:
Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
Sambil itu....blend roti, susu, tepung kastard.
Setelah agar-agar cair dan mendidih....masukkan bahan yang dikisar tadi.
Perlahankan api..dan kacau hingga pekat.
Angkat..dan masukkan ke dalam bekas....dan biar sejuk.


Thursday 2 August 2012

Wajah Unit Ku Di Bulan Ogos

Tiba sahaja bulan ogos......semua pensyarah, masing-masing akan sibuk menghiasi unit masing-masing dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Bermacam teknik dan gaya....di kolarasikan.....hehehe........memang best. Ye la....ini menunjukkan semua pensyarah mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Semangat inilah yang perlu wujud di dalam diri seluruh warga rakyat Malaysia.....
Tanahiar tumpahnya darahku......:))...wah!!! berkorbar2 nak sambut merdeka ni........

Antara picture yang sempat di snap.......





 
 
 Semoga.....Negara Ku ini...terus aman...dan makmur. Malaysia oh tanahair ku..........


Wednesday 1 August 2012

Sambutan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KMK....

Tanggal 1 Ogos 2012, Jam 3.20ptg.....Perasmian mengibarkan jalur gemilang peringkat Kolej Matrikulasi Kedah telah dilancarkan. Dengan semangat patriotik, semua pensyarah berkumpul di hadapan lobby Bangunan Seri Jerai untuk bersama-sama menjayakannya. Setelah Perasmian Mengibarkan Jalur Gemilang dilaksanakan oleh Tuan Pengarah...semua hadirin...bersemangat menyanyikan Lagu Jalur Gemilang.


Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan

Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya

Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu

Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah

Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang