Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Thursday, 15 August 2013

Kebahagiaan Adalah Anugerah Dari Allah......

Setiap insan di muka bumi ini rindu dan inginkan kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian hati. Kita ingin disayangi dan menyayangi. Kadang kala kita dapat merasakan perasaan itu. Sebagai seorang anak perlu dan ingin disayangi oleh ibubapanya. Seorang isteri pula perlu dan ingin disayangi serta dibelai oleh seorang suami. Seorang rakan perlu dan ingin dikasihi dan disukai oleh rakan-rakannya. Apabila semua ini kita dapat....kita pasti akan merasakan kita sudah bahagia.

 Istilah bahagia ini...sungguh subjektif untuk ditafsirkan. Ada yang kaya akan rasa bahagia dengan kesenangan yang ada. Ada yang merasakan bahagia adalah dari cinta sejati seorang suami walau hidup dalam kesederhanaan. Ada yang rasa bahagia setelah apa yang diinginkan telah dikecapi. Oleh itu....rasa bahagia hanya boleh dirasa oleh diri kita sahaja. Bagi saya...bahagia adalah ketenangan dari dalam rohani. Jiwa tidak memberontak, hati tidak sakit...dan mempunyai keseronokan walau di mana kita berada. Bahagia adalah satu anugerah dari Allah.

Walau bagaimanapun kita sebagai manusia sentiasa dan selalu diuji. Pelbagai cara Allah menguji hambanya. Setiap ujian yang diberikan bukan bererti Allah membenci hambanya tetapi setiap ujian itu adalah menandakan Allah sayang dan rindu mendengar suara hambanya berdoa kepadaNya. Terima setiap ujian dengan minda yang positif. 


Bagi mendapatkan kebahagian hati dan ketenangan jiwa.....kita boleh amalkan  membaca surah yasiin setiap hari....dan berdoa apa yang dihajati. Selain itu....selalu bangun malam untuk bersolat tahajud....diwaktu sunyi dan sepi....merayu dan berdoalah kepadaNya dengan tulus dan ikhlas serta merendah diri sebagai hambaNya. Apabila di siang hari andai ada ruang....teruskan dengan melakukan solat dhuha. Segala tingkah laku juga perlu diambil kira bagi mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa iaitu.....buang segala sifat iri hati dan dengki di dalam diri.  Jangan suka membandingkan apa yang orang lain ada dengan apa yang kita ada di dalam kehidupan kita. Seandainya kita telah dizalimi....jangan bersedih....terus berdoa kepada Allah....dan serahkan segala kezaliman yang mereka lakukan itu kepadaNya...kerana Allah sahaja yang berhak ke atas sesuatu.


Di sini saya ingin berkongsi motivasi  diri daripada Prof Dr Muhaya:......"orang yang mempunyai hati yg bersih dan kuat sentiasa tabah dengan dugaaan yang dihadapinya. Biar pun ditimpa musibah dia tidak mengeluh. Walaupun pada hakikatnya dia sedang menghadapi kesulitan, dia tetap tenang. Orang yang tenang sentiasa menang".

Oleh itu, bersyukur kepada Allah...apabila kita dianugerahkan ketenangan dan kedamaian hati. Oleh itu, bagi mengekalkan rasa kebahagiaan ini adalah bersyukur dengan setiap yang kita ada. Amiin.

Friday, 9 August 2013

Lobak asin goreng bersama telur


Bahan-bahan:
Lobak masin - dipotong kecil
Bawang Besar - hiris nipis
Cili kering - potong serong
Telur - hancurkan dan masukkan secubit garam
Minyak untuk menumis  

Cara- caranya:-
Panaskan minyak
Goreng lobak sehingga layu, masukkan bawang dan cili kering
Goreng lagi sehingga garing
Dan tuangkan telur....biar seketika, bila telur nampak beku...baru dikacau hancur.
Setelah telur dah garing....dah boleh untuk dihidangkan.