Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Tuesday 31 December 2013

"Bicara Penutup Tahun 2013"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani......Salam Muhibbah, Salam Sayang.....Salam Sejahtera buat rakan-rakan yang melayari blog kehidupanku ini......
Kehidupanku.....kehidupan semua makhluk alam....selagi kita diberi nafas...selagi itu kita diberi kehidupan. Kiranya panjang umur la. 
Lantaran itu....hari ini merupakan hari terakhir buat tahun 2013. 2013 akan melabuhkan tirainya....manakala 2014 akan membuka tirai....dan bermulalah kehidupan bagi tahun 2014. 
Alhamdulillah....aku melafazkan syukur kehadrat Ilhai dengan izinnya aku terus dapat menikmati kehidupan disepanjang tahun 2013. Pelbagai suka duka, ketawa dan air mata, sakit dan sihat....dendam dan restu terukir dan terpahat dihati dan sanubari serta bermain diminda. Itulah dinamakan kehidupan yang sememangnya adalah ketentuan Allah pada hamba-hambanya. 
Tahun 2013, merupakan tahun terakhir aku sebagai penuntut UUM. Alhamdulillah...segalanya sudah selamat. Segalanya sudah selesai. Menjadi seorang pelajar....sangat terindah buat diriku. Rindu kembali keadaan di dalam kelas, rindu suasana ribut dengan kesibukan menyiapkan assignment. Rindu untuk bergelar pelajar lagi...rindu sangat-sangat. Aku suka menjadi pelajar....... Gembira apabila cita-cita  untuk menyiapkan projek paper tercapai.....tetapi sedih apabila setelah projek paper dihantar kepda Penyelia....dengan itu.....maka berakhirlah tugasan segala. Maka rehat la......InsyaAllah....ada rezeki dan sihat tubuh badan...akan ku panjat setapak lagi untuk capai ke puncak. Inilah cita-citaku sejak dibangku sekolah rendah lagi......
Azam tahun baruku 2014....adalah memberi tumpuan kepada anak-anak....masa yang ada ini...akan ku manfaatkan bersama anak-anakku yang akan mula berganjak ke alam persekolahan. Ku harus pastikan mereka berjaya mencapai objektif pra sekolah yang telah ditentukan oleh KPM. Ini Amanah Allah yang harus aku jaga dan didik menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. 
Semoga Allah mengizinkannya. Semoga Allah mempermudahkannya. Semoga Allah menentukan yang terbaik buat diriku dan anak-anakku bagi tahun 2014. Semoga Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah dan penuh dengan keberkatan hidup. Amiin Ya Allah.
 Iqbal dan Irfan selalu dihati ummi......

Tuesday 24 December 2013

Trip Ke Monkey Beach Anjuran Jabatan Matematik KMPP.......

Program keluarga bagi jabatan matematik kmpp. Aku dan rakan-rakan lain turut menyertainya. Masing-masing membawa ahli keluarga bagi memeriahkan aktiviti yang telah dianjurkan. Aku, tidak lupa membawa kembarku....iaitu abang dan adik. Begitu seronok dan teruja mereka apabila diberitahu akan menaiki bot. Macam-macam andaian dan anganan yang mereka buat. 

Setelah selesai solat subuh...aku kejutkan dua anak ini untuk bangun membersihkan diri. Jam 6.30am, aku bertolak dari serdang ke kolej. Ku melihat wajah anak-anak yang penuh keriangan dengan perjalanan kali ini. Bukan mudah sebenarnya aku ingin bersama-sama seperti ini. Masa yang terhad dan keadaan tertentu yang membuatkan aku jarang melibatkan anak-anak dengan program kolej. 

Semua pensyarah dan seluruh ahli keluarga berkumpul di perkarangan bangunan pentadbiran. Bas kolej sudah bersedia untuk memulakan perjalanan. Riuh rendah anak-anak pensyarah......semua peringkat umur pun ada. Seronok masing-masing. Apa pun, perjalanan didoakan selamat. Itu yag penting. 

Bas terus bergerak menyusuri jalan raya yang agak tenang. Jambatan Pulau Piang mula dilintasi. Terpegun anak-anak ini apabila pertama kali mereka melihat keindahan laut selat melaka ini. Keunikan jambatan Pulau Pinang yang menjadi mercu utama kemegahan di Pulau Mutiara ini. 

Taman Negara......itu yang menjadi destinasi utama. Berkumpul.....untuk menaiki bot ke "Monkey Beach". Hatiku mula berdegup kencang.....Ya Allah, takutnya. Bot kecil je....ishhhhh....ngeri. Laut yang biru....begitu tenang....dengan alunan ombak yang mendamaikan. Jangan sangka yang kecil, tidak ada apa-apa..... Apa pun, aku hanya doakan selamat sampai ke destinasi yang ditujui. Itu je yang ku harapkan........ Kalo nak ikut keberanian....memang rasa tak berani....tapi....ingatkan anak-anak....oooo ku kena tabahkan juga untuk terus menaiki bot ini. 

Wahhhhh......lajunya bot. Aduhhhh....sakit pinggang apabila melambung sebegini kuat. Anak-anak puas menjerit keseronokan apabila bot di lambung ombak. Luncuran bot yang laju sangat menakutkan. Gelombang air laut yang mengalun membuatkan ku rasa begitu gerun dan membimbangkan. Di dalam hati....hanya berdoa agar selamatlah semua. Semoga tidak berlaku yang bukan-bukan.......Adehhhhh....serik rasa.

Sampai di Monkey Beach.....cantik. Memang banyak monyet-monyetnya. Takutttt.....begitu memerhati...monyet-monyet ni...menyambut kehadiran para pengunjung. Baik-baik bekalan semua....nanti abis dibawanya lari!!!!!!!

Sesampai sahaja...semua dah tak sabar nak terjun kelaut untuk bermain air....termasuklah anak ku yang si adik debab ini. Sabar dik.....ummi risau la....

Hampir 3jam berada di Monkey Beach.....semua keluarga....bersiap untuk bergerak pulang. Sabar menunggu bot.....Aktiviti seterusnya......melawat tempat menarik yang ada di lautan Pulau Mutiara.

Letih kelesuan semua. Naik bas...semua dah tido dalam keletihan. Alhamdulillah....semuanya selamat sepanjang lawatan.

Adik di atas buaian.....menangis.

Ummi dan kembar


Di padang Kota Lama......

Bermain buih sabun.....
Adik bermain air......

Abang yang merajuk......




Sukanya dia......
Adik....

Abang.......


Batu yang disumpah menjadi buaya........
Batu yang disumpah menjadi penyu.................


Monday 25 November 2013

Sambal Tumis Buah Putat

Buah Putat

Bahan-bahannya:-
Buah Putat - dihiris nipis 
Cili Kering - Agak2 la ye.......
2 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 alas bawang besar - hiris bulat
Ikan Bilis kecil
Air asam jawa
Minyak masak untuk menumis
Garam dan Gula Secukup rasa

Cara-caranya :- 
- Rendam buah putat di dalam air panas bersama sedikit garam,  biarkan seketika.
- Setelah agak layu.... toskan.
- Blend cili kering bersama bawang merah dan putih.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar, biarkan sehingga cili garing.
- Setelah garing, masukkan air asam jawa , garam dan gula
- Seterusnya masukkan buah putat, ikan bilis, bawang besar.......masak biar kering dan pekat. 
- Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas. 

Sambal Putat

Tuesday 29 October 2013

Resepi Kuih Melayu : Cucur Badak....


Bahan-bahanya:-

Ubi Keledek - Ikut saiz....
Tepung gandum
1 biji kelapa - diparut
Segenggam cili kering - kisar
1/2 sudu besar jintan manis - kisar
2ulas bawang merah - kisar
2ulas bawang putih - kisar
2batang serai - kisar
1 sudu besar udang kering - kisar
Daum kesum dirincik halus
Minyak masak untuk menumis inti dan menggoreng cucur.
Galam dan Gula

Cara-caranya:

Inti - Kisar semua bahan. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar hingga garing dan pecah minyak. Setelah cili dah garing, masuk garam dan gula dan hirisan daum kesum. Kacau dan rasa. Biar ia rasa pedas-pedas manis. Setelah itu, masukkan kelapa parut......kacau hingga kering. Angkat dan sejukkan.

Kulit - Rebus Ubi hingga empuk dan toskan...dan terus lenyekkan sehingga hancur. Setelah itu gaulkan dengan tepung gandum. Agak-agak ye tepung gandumnya. Jangan terlalu banyak, nanti cucur akan menjadi agak keras.

Setelah itu, masukkan inti kedalam tepung dan betukkan menjadi bulat. Buat sehingga abis adunan. Dan boleh goreng untu dimakan panas-panas.
 

Thursday 17 October 2013

Jalan jalan hujung minggu



Setelah beberapa tahun....tiada aktiviti-aktiviti jalan-jalan dihujung minggu. Kini...aktiviti bermula kembali setelah ummi dah sem akhir untuk pengajian master. 22 September 2013, adalah tarikh yang sesuai dengan semua keadaan. Alhamdulillah...berkat kesabaran anak-anak ummi.....menanti saat-saat begini.
 Last keluar berjalan-jalan dengan anak-anak di akhir tahun 2010. Zoo taiping....destinasinya. Kini....Zoo Taiping juga destinasi yang dipilih oleh anak-anak. Ye la....nak bersiar di tepi pantai dan mendaki gunung...agak tidak sesuai dengan kanak-kanak yang berusia 5 tahun ini.
Begitu teruja anak-anak ini apabila dapat melihat haiwan-haiwan liar yang terdapat di Zoo ini. Beginilah...anak-anak...selama ini hanya menyimpan dendam.....hanya melihat di kaca televisyen.....kini menjadi realiti. Dapat melihat gajah....harimau belang.....kuda belang.....zirafah....kangroo dan sebagainya......
Setelah penat berjalan-jalan di zoo.....destinasi seterusnya adalah pekena mee udang Mak Jah di Kuala sepetang yang begitu terkenal di kawasan Taiping......
Melihat anak-anak yang keletihan.....ummi pun turut keletihan.....so, tanpa membuang masa...pergerakan pulang diteruskan.....
InsyaAllah.....andai ada masa dan ruang.....kita akan berjalan lagi....:))

Monday 7 October 2013

::Amalan Mandian Herba Jangan Dilupakan::

Mandian Herba.....biasanya diamalkan oleh ibu-ibu di dalam pantang sahaja....Ini adalah trend atau budaya masyarakat orang melayu. Amalan ini, makin dilupakan di zaman moden ini. Resepi warisan zaman ini sangat baik diamalkan dan menjadikan wanita yang pernah melahirkan anak akan menjadi segar dan sihat seperti anak dara.Ia juga boleh diamalkan oleh anak-anak dara.....
Di sini saya ingin mengajak....semua pembaca......untuk mengamalkan mandian herba walau tidak di dalam pantang. Kita boleh amalkan sebulan sekali....Ini adalah petua dari bidan yang berpengalaman. Banyak kebaikan yang di perolehi dari hasil mandian herba ini, antaranya:- 
1. Membersihkan Vagina
2. Membuang angin yang berlebihan dalam badan
3. Menghangatkan tubuh
4. Melancarkan aliran darah dalam tubuh.
5. Memulihkan Vagina yang terkoyak di dalam pantang
6. Merapatkan Vagina selepas bersalin
7. Menyegarkan kesihatan serta kesihatan badan
8. Memperbaiki otot yang kendur dan memberi tenaga pada tubuh
9. Mengatasi imsonia

 Ramuan untuk mandian herba ini.....tidak begitu susah untuk mendapatkannya.... ianya adalah seperti  Daun Inai, Daun Pandan, Daun serai wangi dan Daun Lengkuas......
Daun-daun ini mudah didapati...dan boleh ditanam di belakang rumah kita.Daun Beringan juga boleh dicampurkan sekali.....tetapi daun ini agak sukar sedikit untuk mendapatkannya. Selain itu, Daun pisang kelat juga boleh dibuat ramuan mandian herba.....Seandainya di tempat anda....ada daun-daun ini...boleh dicampur bersama untuk mendapatkan hasil yang lebih baik......

Cubalah kita amalkannya....insyaAllah....anda pasti merasakan nikmatnya.......:))


Daun Pandan

Daun Lengkuas

Daun Inai



Daun Serai Wangi



Tuesday 10 September 2013

Kenali Lelaki Dalam Memberi Kasih Sayang.......

Bukan Satu perkara yang mudah bagi kita seorang wanita untuk mengenali dan mengetahui kasih sayang lelaki yang sebenar terhadap kita.....Mereka ini jenis yang pandai bersandiwara dan berpura-pura....tidak ubah seperti seekor sesumpah...... Walau bagaimana pun, kita boleh mengenali dan mempercayai kasih sayang yang tulus dari mereka melalui tingkah laku mereka seperti berikut:-

1.  Melakukan sesuatu tanpa disuruh....
Jika seseorang lelaki itu betul-betul menyayangi kamu, dia akan melakukan sesuatu dengan rela hati dan bersungguh-sungguh demi kamu.  Si dia juga akan sentiasa memastikan keselamatan diri mu hingga adakalanya mengabaikan kepentingan diri sendiri.  Ini kerana bagi mereka kamu adalah segala-galanya.

2. 
Berusaha untuk berubah jadi yang terbaik.....
Si dia sanggup berubah kepada yang lebih baik demi kamu.  Mereka akan meninggalkan perkara-perkara yang kamu tidak sukai dan berusaha sedaya upaya menghiburkan mu dan sedaya upaya tidak akan membuat kamu bersedih.

3. 
Sangat mencintai dan menyayangi kamu
Lelaki kadangkala sukar mengucapkan kata sayang kepada kamu, tetapi mereka akan menunjukkannya dengan perbuatan iaitu dengan sifat yang mengambil berat. Apabila berada disisinya.....mereka akan membelai....sambil mengungkapkan..kata-kata yang berbentuk gurauan dan dengan sendirinya membuktikan yang si dia menyanyangi kamu.... 

4. 
Menampakkan sedikit rasa cemburu dan takut kehilangan
Mereka sanggup mengintip pergerakan kamu seandainya kamu keluar rumah untuk berurusan dan selalu call untuk mengetahui apa yang kamu buat......Cemburu adalah tanda sayang.  Jika sifat ini tiada pada dirinya, maka tiadalah perasaan sayang di dalam dirinya terhadap kamu.

5.  Selalu ingin meluangkan masa dengan kamu
Si dia akan berusaha untuk selalu bersama mu walaupun kadangkala terpaksa mengorbankan masa mereka sendiri. Kata-kata rindu ketika berjauhan membuktikan mereka sayang kamu........

6.  Menerima dirimu seadanya
Si dia akan menerima kekurangan yang ada pada dirimu seadanya dan cuba memahami diri mu. Mereka memahami yang manusia tidak semuanya sempurna......Oleh itu, kita juga harus menerima kekurangan yang ada pada diri mereka.......Kesempurnaan bukan milik kita.

7.  Sanggup menitiskan air mata demi kamu
Jika kamu ditimpa musibah atau ketika dia takut kehilangan mu, mereka akan menitiskan air mata.  Apabila.....telah atau hampir kehilangan kamu......mereka rasa tidak sanggup......dan terus memeluk kamu untuk menyatakan sayang mereka pada kamu.........
Ini menunjukkan mereka sangat-sangat menyayangi mu seikhlas hati.

Penulisan ini adalah hasil bacaan dan pengalaman sendiri......Sama-sama kita menghayatinya....agar ia menjadi panduan buat kita......Terima pasangan seadanya.....jangan bercerita buruk tentang pasangan kepada orang lain......kelak diri sendiri yang merana......

Friday 9 August 2013

Lobak asin goreng bersama telur


Bahan-bahan:
Lobak masin - dipotong kecil
Bawang Besar - hiris nipis
Cili kering - potong serong
Telur - hancurkan dan masukkan secubit garam
Minyak untuk menumis  

Cara- caranya:-
Panaskan minyak
Goreng lobak sehingga layu, masukkan bawang dan cili kering
Goreng lagi sehingga garing
Dan tuangkan telur....biar seketika, bila telur nampak beku...baru dikacau hancur.
Setelah telur dah garing....dah boleh untuk dihidangkan. 

Wednesday 31 July 2013

Daging masak kicap special


 Bahan-bahan:-

300gram daging - hiris nipis
Minyak masak....
1 sudu kecil jintan manis - tumbuk halus
Bawang Goreng - Potong Bulat
Bawang putih - hiris nipis
1cm halia - hiris nipis
Cili api atau cili besar - potong serong
1sudu kecil - serbuk sup
Kicap manis kipas udang
Garam dan perasa

Cara Membuatnya:-

Rebus daging sehingga kering airnya.
Masukkan minyak masak......dan selepas itu masukkan bawang besar, putih, halia dan cili api.
Setelah semua bahan yang digoreng layu....masukkan sedikit air, serbuk sup...dan kicap.
masukkan garam dan perasa, biarkan sehingga kuahnya pekat.



* Resepi dari ibu saya, inilah resepi penambat mertua saya dahulu.......Pesanan saya buat para wanita, setinggi mana kita belajar,  duduk di ceruk dapur jangan dilupakan.




Thursday 25 July 2013

Kerabu mangga muda


Kerabu yang telah siap.
Bahan-bahannya:-
1biji mangga muda - dicincang halus
Sedikit udang kering - ditumbuk
Cili padi (ikut pedas) - ditumbuk
Serai - ditumbuk
Limau nipis - ambil perahan airnya
Kacang tanah - Goreng dan ditumbuk kasar
Garam dan Gula.

Cara membuatnya:-
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk, dan gaul sehingga sebati.
- Boleh dihidangkan. Memang menyelerakan di bulan Ramadhan ini. 

* Boleh gantikan udang kering dengan ikan bilis yang telah digoreng. Ikut selera masing-masing. 

 

Tuesday 23 July 2013

Terung goreng belacan dan bilis


Bahan-bahannya:-
2biji terung bulat atau panjang - dipotong tebal 1/2cm
1ulas bawang merah - hiris nipis
2ulas bawang merah - kisar
1ulas bawang putih - kisar
3 atau 4biji cili merah - kisar
sedikit cili api - kisar
sedikit belacan - kisar
ikan bilis - kisar
kicap manis atau pekat
secubit garam
1sudu teh gula

Cara memasak:-
-  Panaskan minyak, tumis bawang hingga garing dan masukkan bahan yang telah dikisar.
- biarkan hingga cili masak dan sambal garing.
- Setelah itu masukkan terung, kacau hingga layu dan masukkan kicap garam dan sedikit gula.
- Biarkan sehingga masak. 
- Hidangkan bersama nasi panas.

* Kisar bahan jangan terlalu halus. Agak-agak kasar, seperti kita tumbuk menggunakan lesung.
 

Monday 22 July 2013

Resepi singgang daging (Versi Kelantan)

Bahan-bahan yang diperlukan
 Bahan-Bahan:-
300gram daging -dihiris
1labu bawang besar - dihiris
2ulas bawang putih - dihiris
1inci halia - dihiris
1ketul lengkuas - dihiris
2/3 keping asam keping
 2/3 tangkai cili kering - dipotong
2sudu besar ketumbar - ditumbuk
Garam dan perasa

Cara Memasak:-
- Daging dihiris nipis
- Ketumbar ditumbuk kasar
- Campur kesemua bahan ke dalam periuk.
- Didihkan di atas api sehingga daging empuk dan masukkan sedikit garam dan perasa.
- Sedap dimakan ketika nasi panas bersama budu dan ikan kering atau pekasam.
- Pembuka selera di bulan Ramadhan

 
Siap untuk di makan...:)

Monday 27 May 2013

KMK Tetap di Hati........

Kedatangan ku ke KMK adalah diundang dengan  sehelai kertas putih...... Pemergianku dari KMK adalah kehendak hati ku yang ketika itu gusar dengan masalah yang menimpa. Biar pun aku sedar, bukan sepenuhnya hati ini merelakan...tapi keadaan dan situasi ketika itu membuatku pantas mengisi ruang-ruang kosong pada setiap helaian borang pertukaran..........
Akhirnya....ketika semua warga pendidik meraikan hari guru...iaitu 16 Mei 2013, aku pula dikejutkan dengan berita pertukaran ku ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang........ Bercampur aduk perasaanku......Rasa gembira apabila aku dekat dengan dua buah hatiku.......tetapi kesedihanku ialah.....aku amat sayang Kolej Matrikulasi Kedah. Di sini, terpahat sejuta kenangan..... Di sini, tercipta pelbagai memori suka dan duka...... kehadiran rakan-rakan seperjuangan seperti kakak dan adik......begitu mesra dan rapat......sehingga tiada rahsia di antara kita. Usik mengusik...gelak ketawa.....sering menjadi hiburan membuatkan perasaan duka bertukar menjadi riang........
Indah sungguh kenangan di KMK ini. Suasana yang begitu damai.....berada di antara dua kampung...... Jauh dari hiruk pikuk kota yang membingitkan telinga.

Kata hati ini....hendak menerima atau menolak..tersepit di antara dua persimpagan. Ya Allah, andai ini takdirmu buatku....maka relakan hati ini meninggalkan KMK. Mungkin di KMPP ada yang lebih baik sedang menanti.......kita sebagai hamba yang hanya mampu merancang..tetapi tuhan yang menentukan segala. Aku teringat kata-kata Ustazah Bahiyah, Rezeki akan bertambah dengan sebuah penghijrahan. Oleh yang demikian, setelah lebih 5 tahun ku berkhidmat di KMK mungkin perlu ku berhijrah ke KMPP. Pasti ada yang lebih baik di sana. 

20 hb Mei....tarikh ku lapor diri, 19 hb Mei adalah tarikh terakhirku sebagai pensyarah KMK. Inilah hakikat kehidupan.....yang mula pasti berakhir, yang bertemu pasti akan berpisah....yang hidup pasti akan menemui kematian. Lumrah kehidupan sebagai hamba Allah.

Terima kasih buat semua rakan-rakan seperjuangan di KMK. Ukhwah persahabatan sesama kita yang terjalin sejak 2007 di harap akan terus kekal dan terpahat buat selama-lamanya walau di mana jua berada. 
Masih panjang perkhidmatanku di dalam bidang ini, InsyaAllah suatu masa nanti andai ada rezeki pasti kita akan bertemu kembali dan menjadi sebuah keluarga dalam kehidupan di KMK.

Thursday 16 May 2013

Resepi Ayam Masak Merah


  
Bahan - bahan:-

1/2 Ekor Ayam
1/2 biji kelapa (santan)
2 ulas bwng kecil dihiris
Kayu manis, bunga lawang dan cengkih.
Segenggam cili kering - kisar
1/2 sdt jintan manis - kisar
1 labu bwng besar - kisar
2 ulas bwng putih - kisar
1/2 inci halia - kisar
1/2 inci lengkuas - kisar
Serai di ketuk
Garam dan gula.
Cara-cara:
1.  Ayam dibasuh dan digaul dengan kunyit + garam dan di goreng.
2.  Tumis bawang, dan masukkan bahan kisar. Masak sehingga garing dan masak cilinya. Keuk serai dan masukkan bersama.
3.  Setelah cili masak, masukkan garam dan gula....dan ayam...serta santan.
4. Potong bulat bawang besar, dan masukkan bersama...bila dah kuah agak kering...tutup api dan hidangkan.

Sunday 12 May 2013

Saja suka-suka...

Cakkkk!!!!!!

Alamak!!!!!

Salam kasih sayang....kepada teman-teman pembaca blog saya.....aaaiiissshhhh...dah lama rasanya saya tidak mencoretkan bicara di laman ini. Kekalutan disaat ini...yang tidak berapa mengizikan untuk saya meluahkan idea yang ada. Bukan mudah sebenarnya.....penulisan atau luahan karya...perlukan ketenangan dan kedamaian hati yang tinggi. Baru la...idea yang hendak kita coretkan mencurah-curah bak air sungai yang mengalir deras. 
Idea tengah kering.....jadi buat pengisiannya...saya postkan picture-picture saya yang kononnya macam model. hahahaaa....ketawa besar rasa. Nak jadi model....konon!!! Gaya dan rupa memang seolah-olah dah dicop sebagai pendidik...mana jadi nak aksi seperti model!!!! Ini lah kita sebagai manusia.....seharusnya bersyukur dengan apa yang Allah tentukan. 
Apa pun...picture ni sebenarnya diambil ketika majlis graduasi pelajar Kolej Matrikulasi Kedah. Saya yang ketika itu ditugaskan sebagai pengacara penganugerahan. Jadi picture ni diambil ketika rehat.....tak ada kerja. Jumpa saja En.Zainal yang sememangnya tak lekang dengan kameranya....jadi dengan tak sengaja....berposing la. Hahahaha....student-student..yang ada semua ketawa...."Amboi madam....macam model"...ada yang bersuara. Hahaha....memang teringin nak jadi model...tapi saya ni pendek. Balas saya dengan selamba. Tinggi tak 4 kaki 8 inci je. Apa pun...bersyukur dengan kejadian yang Allah berikan.
Syukur Alhamdulillah......
Di akhir bicara...semoga kita sentiasa dirahmati Allah....Amiin.

Adeehhhhh...lentok tak jadi plak!!!!!

Friday 26 April 2013

***Ulang tahun yg ke-33 tahun***

26 hb April 1980, lahir seorang insan....anak kepada Hj. Darus dan Pn. Azizah. Kini usianya telah menjangkau 33tahun. Kerjaya sebagai seorang pendidik dan ibu kepada dua orang putera kembar, Iqbal dan Irfan....isteri kepada seorang suami yang sangat dihormati.
Saya bersyukur kepada Allah kerana masih diberi nafas untuk terus hidup di muka bumi ini. Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan kepada saya pada hari ini. Setiap segala kesenangan yang dikurniakan, amat saya mensyukurinya, dengan lafaz Alhamdulillah. Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa, kita akan diuji dan setiap cubaan dan dugaan yang Allah uji itu, dengan lafaz Alhamdulillah...saya terima dan redha. Segala ujian itu, menandakan Allah amat sayangkan kita. Saya mohon kepada Allah semoga agar terus diberi kekuatan dan ketabahan serta keimanan yang tinggi agar dapat saya tempuhi setiap ujianNya dengan penuh kesabaran dengan minda yang positif.
Di akhir bicara,
Terima kasih rakan-rakan seunit....kerana sudi meraikan ulang tahun kelahiran saya yg ke-33tahun.