Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Sunday 7 September 2014

Sajak : Melayu


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah muallaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu

Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

 - Usman Awang -
 

Friday 15 August 2014

Resepi Biskut Coklat Chip


Bahan-bahannya:

250g buttercup
130g gula kaster
1tsp esen vanila
2 biji telur kuning
300g tepung gandum
1 tbsp tepung jagung
1tsp emplex - perangup biskut
1tsp baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2/3 cawan coklat chips
1 cawan badam cincang - bakar dahulu.

Cara-caranya:-
Putarkan butter bersama gula kaster sehingga kembang. Then, masukkan telur kuning 1 persatu dan esen vanila. Ayak tepung gandum, tepung jagung, baking powder, emplex dan serbuk koko di dalam satu bekas. Masukkan ke dalam adunan butter dan gula tadi, gaul sebati. Kemudian, masukkkan coklat chip dan badam cincang. Kaup balikkan. Bungkus di dalam plastik, dan simpan ke dalam peti sejuk selama 1 jam. Setelah itu, keluarkan, bulatkan doh sebesar guli, dan tekan dengan menggunakan garpu. Buat sampai habis. Suhu untuk membakar bergantung kepada oven masing-masing. 
Sedap, rangup....selamat mencuba ye.

Monday 11 August 2014

Kek Coklat Lembab

Kali ini...saya buat kek coklat lembab untuk kembar bawa ke sekolah sempena Sambutan Hari Raya...... Resepi yang sangat mudah. Saya ambil resepi kek ini dalam fb. Terima kasih kepada  yang  empunya resepi yang sudi share resepi ni. Memang sedap......moist sangat. Tak perlu bakar...hanya kukus ja. So, kali ini...saya post dalam blog ini....untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca blog yang lain. Bahan-bahan yang diperlukan ialah....jom kita tengok.....

Bahan-bahannya:

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak - mdm.lat guna minyak jagung.
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat

Bahan B 
3 biji telur
1tsp esen vanilla.

Bahan C 
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-caranya:-
- Masukkan kesemua bahan A di dalam periuk dan masak di atas api, dan semua bahan dah sebati, tutup api dan sejukkan.
- Masukkan telur di dalam mangkuk besar, dan pukul sehingga kembang.
- Ayak bahan C di dalam satu bekas yang lain.
- Setelah bahan A sejuk, masukkan kedalam bekas bahan B tadi bersama esen vanila, gaul sebati.
- Seterusnya, masukkan bahan C ke dalam adunan tadi. Kaup balikkan dan masukkan ke dalam loyang...dan kukus.
- Sebelum mengukus, pastikan air dipanaskan dahulu.

Topping:-
300 gm coklat cair
1/2 cawan susu cair
2 sudu butter
1 tbs susu pekat
Coklat rice, coklat manik - untuk hiasan.

Cara buat topping:-
Masak bahan secara double boil. Kesemua bahan dah cair....boleh sapukan di atas permukaan kek.
Bahan A
Bahan B
Bahan C
Proses Mengukus
Siap....untuk dimakan.

Sunday 10 August 2014

Kelaku abang yang sangat membahayakan

Ketika orang kalut berbuka puasa 6....dia plak dalam diam menyelam di dalam kolah mandi......Ummi...rasa hairan...bila budak masuk mandi...tapi tak dengar bunyi air dicurah. Diam-diam....rupanya dia ada kerja lain. Berderau darah...rasa berhenti seketika degup jantung ini...apabila melihat anak melakukan sedemikian tanpa pantauan dari orang dewasa. Patut la...nak sangat snorkel dan diving mask. Keberanian abang buat ummi jadi semakin takut untuk membiarkan bermain seorang diri. Ya Allah..lindungi dan selamatkanlah anakku ini walau di mana dia berada.

Saturday 2 August 2014

Resepi::Sayur campur

  
Bahan-Bahan:-
Beberapa keping hirisan daging
2ulas bawang merah - hiris
3ulas bawang putih - ketuk
3 atau sudu sos tiram
1 tsp kicap masin
1/2 kiub pati ikan bilis atau ayam
Kacang pic
Bunga kobis
1/2 batang lobak merah
Jagung muda 
2 sudu makan minyak masak
1/2 cawan air (air tu ikut suka ye)

Cara-caranya:-
Siang semua sayur, ikut suka nak potong macam mana, ikut kreativiti masing-masing.
Panaskan minyak....tumis bahan hiris. Masukkan hirisan daging, goreng seketika, dan masukkan air. Diikuti sos tiram, pati ikan bilis dan kicap masin. setelah air mendidih, baru masukkan sayur. Utamakan sayur yang keras dahulu.....Kacau, jangan biarkan sayur terlalu layu, nanti kurang sedap. Ok, siap untuk dihidangkan. Menu kesukaan ramai.....sayur yang rangup dan penuh dengan zat dan khasiat.

p/s, Sukatan sayur dan bahan boleh ikut suka. Garam pun ikut suka. Tapi saya dah guna kicap masin, so, tak perlu garam lagi. Selamat mencuba!!!!!



 

Monday 21 July 2014

Kejohanan sukan SKJS.

Kejohanan sukan telah sebulan berlalu...ummi baru berkesempatan mempotretkan kenangan anak-anak ummi di dalam laman maya ini. Apa pun sedikit rasa sedih...kerana ummi tidak dapat menghadirkan diri semasa kejohanan sukan berlangsung. Kejohanan sukan merupakan aktiviti yang wajib diadakan bagi setiap sekolah-sekolah di Malaysia. Walau bagaimanapun tidak terkecuali bagi murid-murid pra sekolah.
Agak lucu di sini....bila...seorang anak ummi menang dalam acara lari dan seorang lagi kalah. Meraung adik bila abang dapat pingat...sedangkan dia tidak dapat apa2. Biasalah....ibarat gajah dan kancil. Tentulah kancil yang lari laju. Puas memujuk agar adik dapat terima hakikat kalah. Akhirnya pingat ummi yang lama2 dulu...menjadi penawar buat adik. Si abang...rasa kasihan pada adik sehingga sanggup memotong dua pingatnya....baiknya abang. Inilah dugaan dan karenah anak kembar.
Terima kasih buat adikku yang sudi menggantikan ummi untuk hadir di acara sukan sekolah anak-anak. Foto-foto ini turut dirakam oleh achu. Baru ku tahu..hati seorang ibu.....bila ada anak yang berjaya di dalam sesuatu pertandingan....hati ummi ini berasa seronok sangat. Tahniah...abang. Tahniah juga buat adik kerana turut serta dalam acara lari....walau kalah dalam larian...ummi tahu adik juga hebat dalam bidang lain. Adat pertandingan, ada menang dan kalah. 
Ummi bersyukur dengan kehadiran kalian dalam hidup ummi.
Barisan anak-anak Pra Permata
Si bulat ummi....tersenyum riang. Manisnya anak ummi ni.
Nape terkerut-kerut muka tu.....Comelnya anak ummi ni.
Gelagat anak-anak Pra Permata
Senyuman Si Jantung Hati Ummi.....Iqbal dan Irfan.
Gelagat adik

Wednesday 9 July 2014

Peria Goreng Bersama Udang

Pening memikirkan juadah berbuka. Akhirnya....mak bagi idea dan meminta saya memasak peria digoreng bersama udang dengan telur. So, tanpa membuang masa.....saya terus membuat persediaan untuk memasak peria goreng bersama udang. 
Disini, saya ingin kongsikan serba sedikit tentang khasiat peria. Secara umumnya peria boleh merawat penyakit kencing manis. Itu rasanya memang ramai yang telah mengetahuinya. Selain itu, bagi pakar perubatan china, mereka menggunakan peria bagi merawat penyakit asma dan haid yang lewat dari masanya. Banyak khasiat peria ini sebenarnya....kalo pembaca ingin mengetahui dengan lebih lanjut.....boleh klik Di sini. Cara untuk menghilangkan pahit peria, bolehlah rendamkan peria yang telah dihiris dengan air garam sebelum memasaknya.

 Bahan-bahanya:

Sebiji peria - dibelah dan dihiris nipis secara serong
5 ekor udang besar - saya potong dua
1/2 tsp kunyit 
1/2 tsp garam halus
1/2 biji cili merah - potong serong
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1/2 cm halis - hiris nipis
1 biji telus - dikacau ringan
Minyak utk menumis

Cara-caranya:
Panaskan minyak, goreng udang yang telah digaul dengan garam dan kunyit.
Bila udang nampak berubah warna, terus masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan hirisan cili.
Goreng hingga garing, then masukkan peria....masak sehingga peria layu. Masukkan sedikit garam....jika rasa kurang masin dan perasakan. Setelah itu, masukkan telur. Biarkan seketika agar telur membeku. Then baru kacau agar telur tidak hancur.
Akhirnya...tutup api, dan hidangkan.

Monday 7 July 2014

07.07.14 - Birthday Kembar Yg ke-6 thn.

Ulang tahun yg ke-6, buat pasangan kembarku. Tahun ni.jatuh di dalam..bulan Ramadhan yg mulia....jadi tak bleh nak celebrate disiang hari. InsyaAllah...pas raya nanti....ummi buat sedikit jamuan di kelas Pra Permata abang adik. Itu janji ummi pada anak-anak ini. 
Walau bagaimanapun....sekadar mengingati detik 7.7.14 itu....ummi buat kek keju jepun untuk anak2 ummi ni. Disamping itu ummi beri peluang untuk abang adik...deco sendiri kek mengikut kreativiti masing-masing. Hentam je la....labu. janji abang adik happy......susun sana sini..... At least...rasa jugak diri diiangati. 
Selamat Hari Lahir iqbal dan irfan.....Doa ummi buat anak2 ummi ni.......semoga kalian berdua membesar dengan sihat...taat dalam menunaikan segala perintah Allah....menjadi anak2 yang soleh buat ummi dan sentiasa cemerlang didunia dan diakhirat. Love u all......
 

Thursday 3 July 2014

Kari kepala ikan.....

Bahan-bahannya:
 Seketul kepala ikan seludu - belah dua
Pati santan - hasil sebiji kelapa
1 genggam asam jawa - ambil airnya
1/2 cawan minyak masak - boleh kurang atau tambah

Bahan Kisar:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih 
1 bungkus rempah kari Babas
1 bungkus rempah kari cap O

Bahan Tumis:
3 biji bawang merah
Daun kari - 2 @ 3 bilah
1 tsp halba campur

Bahan tambahan:
Tomato
2 biji terung bulat - belah 4
Bendi

Cara-caranya:-
Bersihkan kepala ikan.
Panaskan minyak. 
Masukkan bahan tumis, tunggu sehingga garing atau kekuning-kuningan.
Setelah itu, masukkan bahan kisar, tambahkan sedikit air.
Masak rempah tadi sehingga pecah minyak. (Semasa proses memasakkan rempah tu, kalau dah pekat tapi rempah tak masak lagi, bleh tambahkan air lagi)
Then, masukkan air asam jawa,
diikuti dengan kepala ikan.
Masukkan santan, diikuti bahan2 tambahan lain. Didihkan sehingga pecah minyak.
Masukkan garam. Jangan sesekali letak perasa kerana ia akan membuatkan kari hilang rasa asli.
Selamat Mencuba!!! 

Saturday 14 June 2014

Kursus membuat biskut bersama Chef Ros

 
Setelah  sekian lama tidak menghadiri kelas dihari sabtu.....hari ini saya cuba mengisi masa lapang saya dengan menghadirkan diri ke kelas masakan.
Iaitu berkursus membuat biskut. Selama ini....kalo kursus je....mesti tentang meningkatkan professionalisma dalam bidang pendidikan. Tapi kali ini....cari kursus diluar bidang....Iaitu dunia masakan. Selama ini asyik pegang pen dan marker....tapi kali ni kita pegang besen dan senduk pula!!!!
Syukur....sangat. Banyak input yang saya dapat menganai membuat biskut dengan menggunakan teknik yang betul. 
Bagi saya....untuk mendapatkan resepi membuat biskut ni.....mudah dan senang je sebab klik je google....semua ada......tapi teknik dan penggunaan bahan-bahan itu yang perlu dipelajari dengan betul. 
Alhamdulillah.....ilmu yang selama ini saya mencari......akhirnya saya dapat. Chef Ros yang memang profesional....tenang sahaja mengajar saya dan rakan-rakan yang banyak karenah. 
Akhirnya.......10 jenis biskut dapat saya pelajarinya.
Terima Kasih Chef Ros.

Thursday 12 June 2014

Kari ikan temenung @ kembung

Hari ni menu makan malam, saya masak kari ikan temenung. Menu kesukaan saya. Orang sebelah utara ni tak panggil kari, dipanggilnya gulai. Menu ni tiba2 je muncul masa kat opis ketika tengah makan biskut kering ngan air kopi. Heiii...sedap plak kalo dpt cicah roti ngan gulai ye.....
So...apa lagi....pas keja kena p cari bahan....buat banyak skit untuk.....dibawa ke opis esoknya utk cicah ngan roti benggali (roti buku). Balik keja...terus ke Pasar Wanita (nama pasar kat tempat ni). Wahhh....segar2nya temenung lemak hari ini. Pilih punya pilih....10 ekor....cukup la.....kut. So...balik umah terus siang ikan dan sediakan bahan-bahan untuk buat kari. Daun kari jangan lupa petik ye.........

Bahan-bahannya:
10 ekor ikan kembung
2 ulas bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
Rempah kari babas - kisar
100 gm pati santan
Air asam jawa
Minyak masak
Garam

Bahan tumis:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Daun kari
1sd halba campur

Bahan tambahan:
Bendi
Tomato

Cara-caranya:
Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis tadi. Biarkan hingga garing. Selepas itu, masukkan rempah yang dikisar bersama bahan kisar....tambah sedikit air. Biarkan rempah masak...atau pecah minyak. Seolah-olah macam kari perangat tu. Then..masukkan air asam jawa. Kena bagi masam skit....baru sedap. So...agak2 la ye...asamnya. setelah itu...masukkan santan...bagi didih kuahnya baru masukkan ikan...kacang bendi dan tomato jika suka. Petua kat sini...jangan masukkan asam selepas santan...nanti kari jadi payau. Ikut peraturan. Tambahkan garam. Then..boleh dihidangkan. Memang uummmmpppphhhhh!!!!!

Gulai kembung @ temenung