Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Thursday 14 June 2012

Luahan rasa........

Genap setahun aku hidup sebagai ibu tunggal. Pelbagai dugaan dan cubaan yang datang. Segala-galanya perlu dilakukan sendiri. Semua aspek perlu difikirkan. Semua tugas....dari segi perbelanjaan sendiri...anak-anak...makan minum, sakit demam, pakai memakai, api, air dan segala bil.  Inilah kehidupan ku.

Sebelum ini, aku cukup takut dengan gelaran ibu tunggal atau janda....aku merasakan diriku tidak mampu dan begitu kuat.....serta rasa malu dan takut untuk menjadi ibu tunggal. Ku sedaya upaya cuba mempertahankan rumahtangga yang dibina, walau ia menyakitkan. Tapi...Allah Maha Mengetahui mana yang lebih baik buat diriku dan anak-anakku. Terlerai juga ikatan yang dibina, maka terlerai jugak seksaku selama itu.

Allah maha mengetahui....Allah menukar status ku dari seorang isteri kepada seorang pelajar. Mashaallah. Paginya dimahkamah syariah..untuk mendengar keputusan hakim...Petangnya...ku terima surat untuk sambung pengajian di Universiti Utara Malaysia. Alhamdulillah. Secara automatik..rutinku mula berubah. Allah menggantikan sesuatu yang berharga buatku dan anak-anak. Jadi...tumpuanku kini hanya pada anak-anak, kerja dan study.

Berat memang berat...sakit memang sakit....sedih memang sedih....sunyi memang sunyi. Inilah hakikat hidup sebagai wanita yang bergelar ibu tunggal. Bagi mereka yang tidak tahu menahu tentang kehidupan kita...hanya tahu menunding jari, dan merasa hina serta benci dengan seorang wanita yang bergelar ibu tunggal. Tiada siapa yang hendak jadi begini. Tiada siapa dimuka bumi ini tidak mahu sebuah kebahagiaan dalam kehidupan ini. Tetapi apakah kita mampu melawan takdir Ilahi........Kita perlu yakin....setiap yang berlaku, pasti ada hikmah yang menanti.

Seorang wanita yang perlu memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah..dalam mencari rezeki buat anak-anak....dan seorang ibu yang perlu mendidik dan memberi kasih sayang buat anak-anak untuk menjadi insan berguna. Inilah yang harus aku lakukan. Kadang-kadang perasaan cemburu wujud dikala melihat rakan-rakan yang bahagia bersama keluarga masing-masing. Kadang kala hati kecil ini bersuara....nape aku ditakdirkan begini. Astaghfirullah......maafkan hambamu Ya Allah. Bukan niat mempersoalkan takdirMu.

Sekarang hidupku hanya untuk anak-anak yang telah diamanahkan Allah. Iaitu Muhammad Alif iqbal dan Muhammad Alif Irfan. Inilah keutamaan hidupku. Kegigihanku, ketekunanku dalam mencari rezeki..hanyalah buat anak-anak ini. Ku cuba sedaya upaya...untuk jadikan anak-anak ini bahagia seperti anak-anak yang lain yang ada ibu dan bapa. Ku cuba untuk mereka tidak menagih kasih seorang ayah. Biar mereka merasakan....kasih seorang ibu, kasih seorang nenek dan kasih seorang datuk...sudah mencukupi buat mereka. Bukan niat untuk mempertikaikan kasih seorang ayah.....tetapi inilah hakikat hidup mereka.

Jika ku rasa lemah dan tak terdaya....hanya kepada Allah tempat aku mengadu....aku bersujud dan berserah sepenuhnya kepada Yang Maha Esa. Kerana ku yakin....Dia lah tempat yang paling sesuai untukku mengadu dan memohon segala pertunjuk. Dengan cucuran airmata yang mengalir....dengan rintihan kata-kata dan luahan....hanya kepadaNya  yang kuharapkan. 

Ya Allah...tabahkan hati hambamu ini, berikan aku kekuatan dalam meneruskan hidup ini. Aku bermohon kepadaMu.....permudahkanlah..segala urusan hidupku. Limpahkan rahmat kepada diriku dan anak-anakku. Amiin. 

 


11 comments:

a i m z said...

" bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,yang mencipta segalanya, yang menimpakan uijan, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya... "
kata kata dari shbt saya.. :)

Mdm.Lat said...

Terima kasih atas kata2 semangat ini..yang buatkan sy lebih redha dalam menghadapi ujian ini. Terima kasih juga pada Mu YaAllah...kerana aku adalah insan yang kau pilih dalam menerima ujian ini.

Unknown said...

Tiada perkara yang Allah jadikan itu sia-sia.Pasti ada sesuatu hikmah disebalik dugaanNya.. Mungkin selepas nieh Puan Siti Nor Latifah damai dengan rahmatNya..Kerana anda adalah insan yang terpilih untuk orang lain yang lebih menyayangi anda.. Dari anak muridmu Akbar,Aiman, Faridzul Asyraf, Zamirul Ikmal dan Amirul Arief, Ridzuan,Fahmi, Hafizuddin, Prem.. Dari S2K4T1A dan B...Semoga anda ceria n epy selalu..

Mdm.Lat said...

Alhamdulillah....sy ok ja..hepi2 selalu. Itu semua kejadian ms lalu sy. Sy terima semua dugaan ini. Terima kasih di atas kata2 semangat ini... sy doakan kalian berjaya....di dalam kehidupan ini.

Kakak said...

sy nak jd follower seumo idup cikgu la.. =)

Norizan said...

salam..sya kagum dgn puan sanggup memikul tanggungjwb ivu tunggal. puan mmg kuat..semoga puan akn dirahmati selali

Wak Lat said...

salam singgah ;p

Unknown said...

Hemmm....
Kisah kita sama......cuma tragis yg berbeza.
Kita tergolong hamba yg kuat sebab itu kita di uji.....

Unknown said...

Hemmm....
Kisah kita sama......cuma tragis yg berbeza.
Kita tergolong hamba yg kuat sebab itu kita di uji.....

Unknown said...

Terima kasih di atas perkongsian..Allah Maha Mengetahui..

Iyan_ayix said...

Allah uji akk sebb Allah tau akk mampu.naise🤲💯

Post a Comment