Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Monday, 5 March 2012

Motor Kecil

Kisah motor kecil, membuatkan ku tersenyum seorang diri apabila teringatkan anak-anak. Apa tidaknya...kerana nak kan motor kecil ni...sehingga sanggup tak nak makan. Merengek je...si adik kerana nak kan motor kecik. Ummi:" adik mai kita makan nasi lemak ni".....adik: "adik tak mau nasi lemak....adik nak motor tucik ja"......maktok: "nantila...nanti maktok dapat duit kutu..maktok beli"...nampaknya...pujukan maktok and ummi tak berjaya......
Diwaktu lain.....adik: "ummi, adik nak duit... ummi: " adik nak buat apa duit"...adik: "adik nak beli motor tucik la". Alamak...anak aku ni...dengan RM1 nak beli motor keciknya.....ya rabbi. Sukarnya nak mengajar anak kecil yang berumur 3 tahun lebih memahami erti penantian dan kesabaran. Waktu sebesar ini.....pasti mengharapkan semua kehendak dituruti. Nak marah pun tak ada gunanya........





Sehingga la......ayah, mak dan aku...beralah......terpaksa jugak membelinya......bukan terlalu menurut.....tapi kalo anak dah tak nak makan....asyik menangis dan merengek.....apa lagi yang harus kita lakukan. Maka turuti jugakla.......akhirnya terpaksala beli dua. Untuk abang dan adik. Dua-dua....RM500.00

Friday, 24 February 2012

Trip Kl-Genting

Dua minggu berturut-turut ku jadi pensyarah pengiring pelajar kmk ni....kali ini trip kl-genting. Bertolak dari kmk kul 4pm.....then sampai di shah alam....xsilap waktu tu kul 1.30pg. Ngantuk yang teramat....angkat beg terus ke tempat penginapan. Tak ada cakap banyak....terus tido. Esok paginya....mula la langkah lawatan.....aku bersama seorang rakan yang juga pensyarah pengiring...dan pelajar bertolak ke Taman Tema Genting Highland. Dah lama xjalan ke genting ni.....nak naik cabel car....rasa takut dan gayat pun ada...tapi nak kena naik jugak...kalo tak....tak akan sampai la ke atas. Bila sampai di atas.....tunggu semua pelajar cukup.....aku dan kumpulan pelajar bergerak ke taman tema......masa diperuntukan sehingga 4pm. Main la sepuas hati.....agar bayaran RM50 seorang itu berbaloi. Sapa yang takut...memang rugi. Then...setelah seharian di genting.....aku dan pelajar teruskan lawatan ke i-city shah alam.......tapi, kesian la plak kat student, dok berangan nak masuk rumah salji, xkesampaian.....coz tengah proses renovation......so, jalan2...sekitar i-city je la.......sampai kul 11pm...then balik tido.
Hari kedua lawatan......diteruskan dengan melawat sekitar putrajaya.....lepas tu....terus ke klcc....student nak masuk petrosains......pensyarah....ronda2...and shopping. Bukan mudah jadi pensyarah pengiring......nampak best.....tapi tanggungjawab....berat. Hilang anak orang jenuh nak menjawab. Apa pun...minta semuanya selamat. Hampir 2jam di KLCC....aku dan pelajar terus ke sogo dan sekitar jalan tar. Biasa la.....student nak shopping. Jalan-jalan.........and then....jam 5pm...bergerak pulang ke kmk. Ye la.....esoknya kelas.....sampai lewat...nanti tak kekuliah plak.....enjoy sangat.







Tuesday, 14 February 2012

Trip Kl-Melaka

Rasa gembira, apabila dapat menjadi pensyarah pengiring bagi rombongan pelajar. Kebetulan pada waktu ini aku tengah cuti semester bagi pengajianku. Jadi dapat la ku ikuti rombongan yang telah dirancang oleh pelajar. Setelah selesai pelajar-pelajar menduduki Ujian Pertengahan Semester (UPS), Kami terus bertolak ke Kuala Lumpur dan menginap di Wisma Belia Kuala Lumpur. Pada Esoknya...tempat pertama yang dilawati ialah Universiti Malaya....Di sana kami disambut oleh seorang pegawai bertugas. Pelaja-pelajar dibawa melawat Galeri Seni. Setelah hampir 2jam di UM...kami bertolah ke KLCC...pada mulanya merancang untuk melawat jejantas yang mengabungkan dua menara kembar...tapi disebabkan kesuntukan masa...kami hanya melawat sekitar KLCC....setelah sejam di klcc, pelajar-pelajar dibawa untuk membeli belah disekitar Sogo dan Masjid Jamek...inilah temapat yang dinantikan oleh pelajar-pelajarku......Masa diberikan lebih kurang 2jam untuk mereka membeli belah.....saya dan rakan Supia nazma...apa lagi....shopping jugak la... Seronok.....sangat....kain pasang murah2....ishhh....rasa satu Kl nak borong.....hihihi. Selepas selesai membeli belah....kami bertolak ke putrajaya....rasa kagum sangat...dengan Putrajaya....susun atur bangunan yang cantik....seni bina yang diukir begitu kreatif. Kawasan yang dulunya...ladang kelapa sawit....telah berubah menjadi Pusat Kerajaan. Ke hulu ke hilir...menikmati keindahan putrajaya....dan solat dimasjid putrajaya.....kami seterusnya bergerak ke Bandaraya Bersejarah, Melaka. Sampai di sana..kami bermalam di Kolej Matrikulasi Melaka. Aduh....letih..penat...so, malamnya..tido hingga tiada mimipi. Esoknya....kami terus bertolak ke bandaraya bersejarah...bagi melawat muzium samudera, Kota A famosa...River Cruisse....Menara Taming Sari....dan membeli belah. Then....last sekali....kami melawat zoo melaka. Setelah itu...semuanya penat...dan terus bertolak pulang ke Changlun...dan tiba pada jam 1.30pg....balik rumah..dan tido.


Bersama pelajar dan salah satu lukisan di dalam Galeri Seni

Bersama Kak Su

Bersama Pelajar-Pelajar

Masjid Putrajaya

Pelajar - pelajar yang nakal.

Bersama Kak Supia Nazma

Pelajar yang mengelola program...kesian...selalu kena marah.

Amira....and the geng

Bersama pelajar dan Kak Su...di dalam Menara Tamingsari

Bergaya di hadapan Kota A Famosa

Pak Belang....Besar.

Pandai jeling rupanya gajah ni....

Sajak : Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar 
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


 

Friday, 13 January 2012

Puding Buah Pic

Puding Buah Pic

Bahan - bahan
1/2 paket agar-agar (Cap Bunga Raya)
1 tin susu cair
1 tin buah pic
1500ml air
gula secukup rasa
2 sudu makan tepung kastard

Cara-cara
1. Masak agar-agar bersama dengan air. Setelah agar-agar  cair masukkan gula.
2. Sambil itu, blend tepung kastard dan susu cair.
3. Setelah agar-agar cair dan mendidih, masukkan bahan yang telah diblend, air buah pic kedalam agar-agar yang telah cair, perlahankan api dan kacau sehingga pekat. Jangan terlalu lama...nanti tak cantik.
4. Susun buah pic didalam loyang.
5. Akhir.....tuanglah puding tadi ke dalam bekas loyang yang telah disusun bersama buah pic.
6. Biar beku dan siap untuk dihidangkan......

Wednesday, 30 November 2011

Lagu Orang Dulu-Dulu.....

Setiap hujung minggu aku akan pulang ke kampung yang terletak di selatan kedah. Sedang ku berehat menghilangkan penat ku terdengar anak-anakku menyanyikan lagu orang dulu-dulu....lagu yang diajar oleh ayahku. Ayahku berusia 80tahun. Perjalanan hidup beliau yang merangkumi dari zaman penjajahan jepun sehinggalah ke zaman melinium ini. Lagu ini jarang kudengar dinyanyikan oleh ibu-ibu muda zaman sekarang. lirik lagu ini seperti berikut:

Tom-tom bak mak yong dedek
Pecah sebiji tinggal serangkap
Ram-ram pisang, pisang masak layu
Jatuh dalam lubang..sambar bapak yu
Umbuk-umbuk nyior belalang kodek-kodek
Siapa mulut banyak kawan tu kena cobek

Dek-dek dam
Anak lembu patah tanduk
Cek mek kena godam
Cek awang kena tumbuk

Tumbuk damar batu
Nak pasang malam raya
Tumbuk lubang pintu
Nak intai anak dara

Anak dara datuk
Mandi tepi kolam
Balik habaq kat tok
Orang kirim salam

Rumah datuk tinggi
Gulai ikan talang
Datuk tak ada gigi
Ronyeh-ronyeh telan

Rengke-rengke periuk
Periuk dari jawa
Datang maksu cabuk
Hembus api tak menyala

Sebenarnya lagu ini mempunyai maksud yang tersirat yang bermakna dalam kehidupan kita seharian. Apabila anak berusia 3tahun menyanyikan lagu ini, secara tidak langsung semangat patriotik akan tertanam di dalam jiwa mereka.

Monday, 24 October 2011

AYAM PERCIK RESEPI IBU

Bahan-bahan
1 ekor ayam - potong 4 atau 10
Santan
Jintan Manis*
Lengkuas*
Cili kering*
Buah Keras*
Serai diketuk
Gula merah dan garam.

Cara-cara
-Kisar semua bahan yang bertanda Bintang *.
-Setelah itu, rendam ayam bersama bahan kisar, gula merah, garam, santan dan serai.
-Renehkan diatas api setengah masak.
-Tutup api dah perap selama 2 jam.
-Selepas itu bakar ayam yang diperap...kuah yang lebih renehkan sehingga pekat.
-Setelah ayam masak.....susun di dalam pinggan dan tuangkan kuah yang pekat tadi.
-Siap untuk hidangan.
Ayam yang direndam bersama bahan. (3ekor ayam)

Ayam yang telah dibakar (3ekor ayam)

Ayam yang dihidang.