Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Monday, 30 April 2012

Kerabu Epal Hijau

Kerabu Epal Hijau




Bahan-Bahan

2 biji epal hijau - dicincang halus
2 batang serai - dihiris halus
kacang gajus atau kacang tanah - goreng dan dikisar
1/2 labu bawang besar - hiris halus
2 Sudu Besar udang kering - dikisar
Cili Api - Dikisar
Gula
Garam
Limau kasturi atau limai nipis - ambil airnya

Cara-caranya:-
1. Potong halus epal hijau, serai.
2. Tumbuk halus kacang.
3. Hiris bawang besar
4. Campur semua di dalam satu bekas, campur semua bahan di atas..dan gaul bersama sehingga sebati.
5. Boleh dihidangkan.

*resepi...ni sy ambil dr rakan sekerja.....memang sedap.


Tuesday, 10 April 2012

Kenangan Bersama Pelajar Sesi 2011/2012

Waktu dan ketika mula meninggalkan kita. Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya. Bulan mei 2011, pelajar-pelajaku sekalian menjejakkan kaki ke Kolej Matrikulasi Kedah. Di sinilah telah bermulanya sebuah episod pertemuan. Kenangan mula dibina dari hari ke sehari. Insan yang dikenali sebagai seorang insan yang garang...mula didekati oleh beratus pelajar.......itu la saya. 
Banyak kenangan yang terbina......lagak, gaya....ragam....pelajar2 ku. Akmal Manan...student yang pernah ku ajar ditingkatan satu...pada ketika itu aku sebagai guru ganti SMK Serdang...kini menjadi pelajarku sekali lagi di Kolej Matrikulasi Kedah..... Nakalnya sudah biasa.... Bersama kumpulannya....Farizuddin, Ikhsan, Aizat...dan ramai lagi...membuat kelas menjadi gempak.....Nak marah..pun tak jadi marah. Pandai mengambil hati di kala hati tengah sakit dengan sikap segelintir pelajar. Shahiran....razhiman....izzuddin dan amirul....4jejaka di dalam kelas modul 3....ditambah dengan usikan dari gadis2...yang riang....membuatkan kelas menjadi ceria dan gamat. Fatin ridzuana...yang kuat menyakat razhiman....mcm ada jodoh la....hahaha....suka saya!!! Farhana yang bulat menjadi usikan razhiman.....amirul dan din...diam yang hanya tersenyum mendengar usikan rakan2.... Kelas kaki masuk lambat ke kelas.....abi, firdaus....azam anuar....mawi....hahaha....penat nak berleter dan denda. Still sama sampai hujung sem. Masuk kelas lambat....mata merah...bangun lambat la tu!!!! Cukup susah utk memulakan kelas di awal pg. Sabar je la...... Kelas yang riuh sekampung.....rozila, intan dengan pelek terengganunya.....sulaiha.....amanina...dan ramai lagi....yang riuh. Geng lelaki....jadi tersipu...senyap. Macam xwujud pun ada........nakalnya.
Berakhir di semester satu, Episod baru bermula di semester dua...Ku terima anak didik yang baru dan lama. Ada yang dah mengenali dan ada yang belum......Ya rabbi...kelas menjadi riuh rendah...yang lambat masuk kelas...yang kaki ponteng...semuanya ada. Kali ini ku hadapi pelajar yang suka ponteng kelas...atiqulrahman..farhan dan geng2nya...wah..sabar je la..ngan gelagat mereka....Tapi dah letih dan penat untuk berleter. Di episod ini..hubungan semakin erat bersama pelajar. Nasihat demi nasihat ku berikan. Semester dua adalah semester paling mencabar...kerana pelajar akan belajar Programming C++. So, tak bleh nak relaks la......Bermacam ragam karenah aku layan.....
Tup..tup..dah nak abis semester...memang agak sedih ketika itu.....teringat gelagat aswad, zaim..abi..amirul...yang sentiasa datang untuk menyapaku di kubikal. Lalu saja...terus tegur....ermmm...kecoh betul diorang ni....
Apa pun masa telah berlalu pergi....kini...anak-anak didikku...tengah gembira menanti untuk meneruskan pengajian di peringkat sarjana muda pada bulan september ni.....Tahniah pada kalian semua......:)). Bakal-bakal jurutera....doktor....guru...dan lain-lain.Tak kisah la...jurusan apa..janji keluar nanti...sebagai graduan universiti. Bersyukur pada Allah..kerana kalian berjaya melangkah ke menara gading.
Diakhir cerita...saya mohon maaf..andai ada nama yang tidak disebut...bukan lupa...tapi malas nak menaip panjang....hehehe...:)). Apapun kalian tetap diingatan saya......Salam sayang dari saya...Pn.Latifah.

Tuesday, 6 March 2012

This I Promise You



My love, here I stand before you
I am yours now from this moment on
Take my hand, only you can stop me shaking
We'll share forever, this I promise you


[Chorus]
And when I look in your eyes
All of my life is before me
And I'm not running anymore
'Cause I already know I'm home
With every beat of my heart
I'll give you my love completely
My darling, this I promise you


My love, I can feel your heartbeat
As we dance now closer than before
Don't let go, 'cause I could almost cry now
This is forever, I make this vow to you


[Repeat chorus]


My darling, this I promise you
My darling, this I promise you

Monday, 5 March 2012

Motor Kecil

Kisah motor kecil, membuatkan ku tersenyum seorang diri apabila teringatkan anak-anak. Apa tidaknya...kerana nak kan motor kecil ni...sehingga sanggup tak nak makan. Merengek je...si adik kerana nak kan motor kecik. Ummi:" adik mai kita makan nasi lemak ni".....adik: "adik tak mau nasi lemak....adik nak motor tucik ja"......maktok: "nantila...nanti maktok dapat duit kutu..maktok beli"...nampaknya...pujukan maktok and ummi tak berjaya......
Diwaktu lain.....adik: "ummi, adik nak duit... ummi: " adik nak buat apa duit"...adik: "adik nak beli motor tucik la". Alamak...anak aku ni...dengan RM1 nak beli motor keciknya.....ya rabbi. Sukarnya nak mengajar anak kecil yang berumur 3 tahun lebih memahami erti penantian dan kesabaran. Waktu sebesar ini.....pasti mengharapkan semua kehendak dituruti. Nak marah pun tak ada gunanya........





Sehingga la......ayah, mak dan aku...beralah......terpaksa jugak membelinya......bukan terlalu menurut.....tapi kalo anak dah tak nak makan....asyik menangis dan merengek.....apa lagi yang harus kita lakukan. Maka turuti jugakla.......akhirnya terpaksala beli dua. Untuk abang dan adik. Dua-dua....RM500.00

Friday, 24 February 2012

Trip Kl-Genting

Dua minggu berturut-turut ku jadi pensyarah pengiring pelajar kmk ni....kali ini trip kl-genting. Bertolak dari kmk kul 4pm.....then sampai di shah alam....xsilap waktu tu kul 1.30pg. Ngantuk yang teramat....angkat beg terus ke tempat penginapan. Tak ada cakap banyak....terus tido. Esok paginya....mula la langkah lawatan.....aku bersama seorang rakan yang juga pensyarah pengiring...dan pelajar bertolak ke Taman Tema Genting Highland. Dah lama xjalan ke genting ni.....nak naik cabel car....rasa takut dan gayat pun ada...tapi nak kena naik jugak...kalo tak....tak akan sampai la ke atas. Bila sampai di atas.....tunggu semua pelajar cukup.....aku dan kumpulan pelajar bergerak ke taman tema......masa diperuntukan sehingga 4pm. Main la sepuas hati.....agar bayaran RM50 seorang itu berbaloi. Sapa yang takut...memang rugi. Then...setelah seharian di genting.....aku dan pelajar teruskan lawatan ke i-city shah alam.......tapi, kesian la plak kat student, dok berangan nak masuk rumah salji, xkesampaian.....coz tengah proses renovation......so, jalan2...sekitar i-city je la.......sampai kul 11pm...then balik tido.
Hari kedua lawatan......diteruskan dengan melawat sekitar putrajaya.....lepas tu....terus ke klcc....student nak masuk petrosains......pensyarah....ronda2...and shopping. Bukan mudah jadi pensyarah pengiring......nampak best.....tapi tanggungjawab....berat. Hilang anak orang jenuh nak menjawab. Apa pun...minta semuanya selamat. Hampir 2jam di KLCC....aku dan pelajar terus ke sogo dan sekitar jalan tar. Biasa la.....student nak shopping. Jalan-jalan.........and then....jam 5pm...bergerak pulang ke kmk. Ye la.....esoknya kelas.....sampai lewat...nanti tak kekuliah plak.....enjoy sangat.







Tuesday, 14 February 2012

Trip Kl-Melaka

Rasa gembira, apabila dapat menjadi pensyarah pengiring bagi rombongan pelajar. Kebetulan pada waktu ini aku tengah cuti semester bagi pengajianku. Jadi dapat la ku ikuti rombongan yang telah dirancang oleh pelajar. Setelah selesai pelajar-pelajar menduduki Ujian Pertengahan Semester (UPS), Kami terus bertolak ke Kuala Lumpur dan menginap di Wisma Belia Kuala Lumpur. Pada Esoknya...tempat pertama yang dilawati ialah Universiti Malaya....Di sana kami disambut oleh seorang pegawai bertugas. Pelaja-pelajar dibawa melawat Galeri Seni. Setelah hampir 2jam di UM...kami bertolah ke KLCC...pada mulanya merancang untuk melawat jejantas yang mengabungkan dua menara kembar...tapi disebabkan kesuntukan masa...kami hanya melawat sekitar KLCC....setelah sejam di klcc, pelajar-pelajar dibawa untuk membeli belah disekitar Sogo dan Masjid Jamek...inilah temapat yang dinantikan oleh pelajar-pelajarku......Masa diberikan lebih kurang 2jam untuk mereka membeli belah.....saya dan rakan Supia nazma...apa lagi....shopping jugak la... Seronok.....sangat....kain pasang murah2....ishhh....rasa satu Kl nak borong.....hihihi. Selepas selesai membeli belah....kami bertolak ke putrajaya....rasa kagum sangat...dengan Putrajaya....susun atur bangunan yang cantik....seni bina yang diukir begitu kreatif. Kawasan yang dulunya...ladang kelapa sawit....telah berubah menjadi Pusat Kerajaan. Ke hulu ke hilir...menikmati keindahan putrajaya....dan solat dimasjid putrajaya.....kami seterusnya bergerak ke Bandaraya Bersejarah, Melaka. Sampai di sana..kami bermalam di Kolej Matrikulasi Melaka. Aduh....letih..penat...so, malamnya..tido hingga tiada mimipi. Esoknya....kami terus bertolak ke bandaraya bersejarah...bagi melawat muzium samudera, Kota A famosa...River Cruisse....Menara Taming Sari....dan membeli belah. Then....last sekali....kami melawat zoo melaka. Setelah itu...semuanya penat...dan terus bertolak pulang ke Changlun...dan tiba pada jam 1.30pg....balik rumah..dan tido.


Bersama pelajar dan salah satu lukisan di dalam Galeri Seni

Bersama Kak Su

Bersama Pelajar-Pelajar

Masjid Putrajaya

Pelajar - pelajar yang nakal.

Bersama Kak Supia Nazma

Pelajar yang mengelola program...kesian...selalu kena marah.

Amira....and the geng

Bersama pelajar dan Kak Su...di dalam Menara Tamingsari

Bergaya di hadapan Kota A Famosa

Pak Belang....Besar.

Pandai jeling rupanya gajah ni....

Sajak : Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar 
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979