Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Saturday, 14 July 2012

Mood kerja di hari sabtu......

Kring.......ala..jam dah berbunyi...dah pukul 4.30pagi.....
Hari ini sabtu...tapi kena kerja.....ermmm...sebab nak cuti raya lama. Jadi kena la korbankan masa cuti minggu dihujung minggu. Ku pandang wajah anak-anak yang sedang tido....sayu je hati...melihat wajah mereka. Ummi dah nak balik keja sayang.......kataku di dalam hati. Ku cium wajah seoarang demi seorang anak-anakku. Nanti bangun jangan menangis ye.....
 Aduhhh....malasnya...sejuk plak pg ni....
Setelah semua dah siap.......so, apa lagi...kemas semua barang.....salam ngan ayah tersayang...sambil ayah berpesan..."hati2 bawa kereta tu"...ok.....kata ku.
Enjin kereta dipanaskan.....aih....sejuknya...best kalo dapat tido disamping anak-anak tersayang. 
Ermmm...apa pun, kerja kena kerja la........sebab nak cuti lamakan!!!! Ya Allah selamatkan perjalananku.....
Jam menunjukkan pukul 5.00am, apa lagi...terus gerak menyusuri jalan yang berliku di suasana pagi yang sunyi dan hening... Kereta terus dipandu sambil melayan radio era.fm.....tak kering gusi kuketawa mendengar gelagat johan dan ril. Ermmm...dah masuk highway.....
Aduih.....ngantuk plak.....harap jangan la..terlelap. Sunyinya pagi ni.....ye la..pg sabtu..sapa nak keja?? Semua cuti la.....kerajaan ke ..swasta ke.......semua tak keja la. 
Lagi 1okm..nak sampai R&R Gurun....wah....cepatnya dah nak smpi.... Berhenti jap..solat subuh....dan kita minum Nescafe Original. hehehe...inilah penawar agar tak tertido semasa memandu. 
Setelah semua tenaga dipulihkan....perjalanan diteruskan.....ala..hujan la plak. Tak bleh laju la...bahaya ni. Dah la....seorang diri je ni....nanti jadi apakan susah plak. teringat plak kes Accident hari tu....pedal minyak yang tengak ditekan mula diangkat sedikit....agar pergerakan menjadi perlahan. Ermmm...serik jugak ye.....
Akhirnya...7.10 pagi...ku memasuki pagar kolej.......terus ke punch card utk mengetip kad masuk kerja.
So...kerja la.....masuk kelas...jumpa pelajar..dengan wajah yang agak suram...dan mood yang cuti.....:))



Sunday, 8 July 2012

Hepi Besday My Beloved Twins.....07-07-2012

Iqbal dan Irfan Tiup Lilin


Potong Kek Sama-Sama Kakak Nisa Dan Abg Lan

 Happy Birthday....anak-anak ummi. Kesian anak-anak ummi.....sambutan ulang tahun kali ke 4tahun...ummi tak ada disisi. Ummi terpaksa berkerja.....coz ganti cuti untuk cuti raya.... Walau apa pun...ummi sentiasa mengingatinya. Riuh rendah....dengar ceritanya dari maktok.  

Sebagai seorang ibu....ummi berdoa kepada Allah agar anak-anak yang Allah kurniakan kepada ummi ini menjadi anak-anak yang soleh...anak-anak yang berjaya di dalam hidup...anak-anak yang tabah dalam menghadapi dugaan hidup......anak-anak yang berjasa kepada masyarakat dan negara.....anak-anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Semoga Allah tidak menguji anak-anak ummi ini di luar kemampuan dan daya kalian.

Iqbal dan Irfan adalah anak-anak yang sentiasa menjadi penawar buat ummi. Andai ummi sedih dan luka, anak-anak inilah penyembuhnya. Dari dalam rahim lagi....anak-anak inilah....yang membuatkan ummi jadi kuat dan tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Ummi bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Kala ini, andai ummi menangis....anak-anak ini akan menyapu dan mengesat airnata ku..... Andai aku sedih...mereka yang akan buat aku tertawa. Petahnya dalam berkata-kata membuatkan ummi tidak kering gusi gelak. Kadang-kadang ada sahaja soalan-soalan maut keluar dari mulut anak-anak ini. 

Di suatu ketika...ketika hendak ke KFC, Adik Irfan: Ummi, ummi ni tak ada abah ke?? Ummi : Nape adik tanya ummi mcm tu?? Adik Irfan: Ye la....ummi ni sorang ja...ummi ni tak kawin ke?? Ummi : Hanya tersenyum sahaja..kelu lidah ummi untuk berkata. Wahai anak, suatu hari nanti kamu pasti mengerti.

Ketika diusia kandungan 11 minggu.....ummi terkejut bila Doktor  katakan yang ummi kandungkan adalah bayi kembar. Allahuakhbar.....terkejut dan amat bersyukur kepada Allah. Lelaki atau perempuan belum diketahui. Patutlah....ummi menghadapi alahan yang teruk....langsung tak ada daya utk makan dan sebagainya. Di usia kandungan 13 minggu ummi pitam di hadapan pintu kelas. Hehehe....entah apa2 ja ketika itu... pada usia kandungan 15 minggu...sekali lagi ummi pitam di dalam tandas di tempat kerja. Ermmm...boleh tido dalam toilet....kenangan yang sukar dilupakan ketika mengandungkan anak-anak ini.
Alhamdulillah.....ummi jaga dan belai anak-anak ini disepanjang kandungan ummi. Bacaan Al-quran..diamalkan setiap malam. Hanya kepada Allah ummi memohon dan berserah segala-galanya. Hidup seorang diri dikuarters. Hanya kawan-kawan yang jadi tempat bergantung ketika itu. Di usia kandungan 33 minggu ummi telah dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah. Di jaga rapi oleh DR agar kandungan selamat sehingga tempoh kelahiran matang. Menjadi penghuni yang lama di hospital. Jururawat dan pengawal keselamatan menjadi teman dan menjadi kiriman untuk aku membeli makanan. Mana mampu untuk menjamah  makanan di hospital....dengan menu yang sama setiap hari. Adik Nurul...iaitu cleaner...menjadi rakan bicara.


Usia Kandungan 11 minggu

Sehingga la...detik 07-07-2008...hari isnin....jam 6.18 pm....lahirlah kembar pertama ummi yang beratnya hanya 1.84kg dan jam 6.23pm lahirlah kembar kedua ummi iaitu beratnya 2.06kg. Alhamdulillah...kedua-duanya selamat. Terima kasih kepada Doktor Alvin yang menyambut kelahiranku. Manakala seorang Doktor pelatih iaitu Doktor Ku Azri yang menguruskan bayiku. Doktor Pakar Awlinda hanya tersenyum di sebelahku....Tahniah katanya....seorang ibu yang kuat...walau kecil mampu melahirkan anak kembar dengan cara normal. Aku tersenyum.....puas. Apa yang penting ketika itu hanyalah....nyawa anak-anakku.....jadi itulah yang membuatkan ibu kecil ini kuat. Setelah semuanya selamat...ku namakan putera-putera ini Muhammad Alif Iqbal dan kembar kedua, Muhammad Alif Irfan.
Kini anak-anak ummi sudah berusia 4 tahun.....dah besar pun!!!!!




Sunday, 1 July 2012

Ke mana kau menghilang.....


Inila...rupanya.
Dihujung tahun 2005 ku memilikinya. Jam ini ku beli hasil titik peluhku bekerja sebagai guru ganti. Puas aku mencari mu di merata ceruk.....tapi kau tidak ku temui.... Kemana kau menghilang??? Aku amat menyayangi jam yang bernama Carlo Rino ini.  Biar pun ku mampu mencari penggatinya di masa kini, tetapi nilainya tidak sama dengan jam ini. Rupa bentuk yang begitu ekslufsif. Tidak pernah buat perangai. Amat berjasa buat diriku.
Hingga ke hari ni..ku masih mengharap ianya ditemui. Tapi harapan hanya tinggal harapan..... Yang hilang tetap hilang begitu sahaja. Yang pasti beli baru je la....... Walau bagaimanapun...ia tidak sama dengan yang lama. 
Hanya picture sahaja yang menjadi pengubat rinduku..........

Saturday, 23 June 2012

Renungan Bersama


Allah lebih tahu, samada kita luahkan atau tidak, tak kira kita menangis ataupun tidak, Dia tahu segalanya.. Sedangkan Nabi saw pun pernah menangis, inikan pula kita yang lemah.

 Menangis bukan bererti lemah, atau marah, bukan bererti kalah. Bukan tidak redha bukan tidak bersyukur tapi hati yang berduka dan terluka selalunya mudah benar menyebabkan airmata mengalir di pipi. 

Itu lumrah, manusia biasa.

Menangis tapi pada masa yang sama, teruslah bersangka baik kepada Allah, redha, tiap apa yg berlaku ada hikmah yg tersembunyi. 

Menangislah, kemudian sapula airmata, bangkit dari kedukaan dan kesedihan, dari kegagalan dan kesilapan, mulakan hidup baru dengan semangat yang baru.

Air mata tidak mampu mengubah sejarah. Tapi nilainya tinggi pada orang yang tahu menghargainya.




Copy from FB: Renungan Buat Insan.

Thursday, 21 June 2012

Mak oh Mak.......


Seorang Ibu yang tabah....inilah ibuku..yang ku panggil 'mak'. Mak sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anaknya. Bersusah payah siang dan malam dalam membesarkan 5 orang anak perempuan. Pengorbanan mak bukan sahaja ketika anak-anaknya masih kecil...malah sehingga anak-anaknya dewasa. 

Apa yang adik kagum dengan mak....walau sakit macam mana sekali pun....mak tak pernah merungut dengan anak-anaknya. Sedaya upaya bangun mencari rezeki dengan berniaga kedai makan..... Andai sakit....sendirian ke klinik hanya dengan mengambil ubat....then...jualan tetap diteruskan. 

Hari ini....kaki mak yang dikatakan sakit sebab uratla....dan sebagainya..rupa-rupanya adalah gout. Apabila mak dikatakan oleh doktor telah menghidapi gout....hati adik mula berdegup kencang. Usia mak kini 58tahun..... Macam-macam perasaan timbul....Ya Allah......sihat lah mak.

Mak adalah seorang yang susah betul nak pantang....pantang jumpa adalah...Ini yang buat lagi adik risau tentang mak. Banyak plak benda yang tak boleh makan. Sayur bayam, Pucuk paku, udang ketam...sotong, lala.....wah!!!! banyaknya mak kena pantang. Boleh ke ni??? Apa pun..mak kena juga pantang...........

Adik dan adik beradik yang lain....cucu-cucu mak...amat perlukan mak. Kami semua belum puas dengan kasih sayang yang mak curahkan....belum puas dengan belaian mak...belum puas dengan leteran mak.....
Mak adalah kekuatan bagi adik. Mak adalah tempat adik berpaut....adik amat sayangkan mak.
Adik doakan mak sihat sejahtera.........I love u..mak!!!

Thursday, 14 June 2012

Luahan rasa........

Genap setahun aku hidup sebagai ibu tunggal. Pelbagai dugaan dan cubaan yang datang. Segala-galanya perlu dilakukan sendiri. Semua aspek perlu difikirkan. Semua tugas....dari segi perbelanjaan sendiri...anak-anak...makan minum, sakit demam, pakai memakai, api, air dan segala bil.  Inilah kehidupan ku.

Sebelum ini, aku cukup takut dengan gelaran ibu tunggal atau janda....aku merasakan diriku tidak mampu dan begitu kuat.....serta rasa malu dan takut untuk menjadi ibu tunggal. Ku sedaya upaya cuba mempertahankan rumahtangga yang dibina, walau ia menyakitkan. Tapi...Allah Maha Mengetahui mana yang lebih baik buat diriku dan anak-anakku. Terlerai juga ikatan yang dibina, maka terlerai jugak seksaku selama itu.

Allah maha mengetahui....Allah menukar status ku dari seorang isteri kepada seorang pelajar. Mashaallah. Paginya dimahkamah syariah..untuk mendengar keputusan hakim...Petangnya...ku terima surat untuk sambung pengajian di Universiti Utara Malaysia. Alhamdulillah. Secara automatik..rutinku mula berubah. Allah menggantikan sesuatu yang berharga buatku dan anak-anak. Jadi...tumpuanku kini hanya pada anak-anak, kerja dan study.

Berat memang berat...sakit memang sakit....sedih memang sedih....sunyi memang sunyi. Inilah hakikat hidup sebagai wanita yang bergelar ibu tunggal. Bagi mereka yang tidak tahu menahu tentang kehidupan kita...hanya tahu menunding jari, dan merasa hina serta benci dengan seorang wanita yang bergelar ibu tunggal. Tiada siapa yang hendak jadi begini. Tiada siapa dimuka bumi ini tidak mahu sebuah kebahagiaan dalam kehidupan ini. Tetapi apakah kita mampu melawan takdir Ilahi........Kita perlu yakin....setiap yang berlaku, pasti ada hikmah yang menanti.

Seorang wanita yang perlu memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah..dalam mencari rezeki buat anak-anak....dan seorang ibu yang perlu mendidik dan memberi kasih sayang buat anak-anak untuk menjadi insan berguna. Inilah yang harus aku lakukan. Kadang-kadang perasaan cemburu wujud dikala melihat rakan-rakan yang bahagia bersama keluarga masing-masing. Kadang kala hati kecil ini bersuara....nape aku ditakdirkan begini. Astaghfirullah......maafkan hambamu Ya Allah. Bukan niat mempersoalkan takdirMu.

Sekarang hidupku hanya untuk anak-anak yang telah diamanahkan Allah. Iaitu Muhammad Alif iqbal dan Muhammad Alif Irfan. Inilah keutamaan hidupku. Kegigihanku, ketekunanku dalam mencari rezeki..hanyalah buat anak-anak ini. Ku cuba sedaya upaya...untuk jadikan anak-anak ini bahagia seperti anak-anak yang lain yang ada ibu dan bapa. Ku cuba untuk mereka tidak menagih kasih seorang ayah. Biar mereka merasakan....kasih seorang ibu, kasih seorang nenek dan kasih seorang datuk...sudah mencukupi buat mereka. Bukan niat untuk mempertikaikan kasih seorang ayah.....tetapi inilah hakikat hidup mereka.

Jika ku rasa lemah dan tak terdaya....hanya kepada Allah tempat aku mengadu....aku bersujud dan berserah sepenuhnya kepada Yang Maha Esa. Kerana ku yakin....Dia lah tempat yang paling sesuai untukku mengadu dan memohon segala pertunjuk. Dengan cucuran airmata yang mengalir....dengan rintihan kata-kata dan luahan....hanya kepadaNya  yang kuharapkan. 

Ya Allah...tabahkan hati hambamu ini, berikan aku kekuatan dalam meneruskan hidup ini. Aku bermohon kepadaMu.....permudahkanlah..segala urusan hidupku. Limpahkan rahmat kepada diriku dan anak-anakku. Amiin. 

 


Wednesday, 13 June 2012

Cucur Udang

Tepung yang telah dibancuh

Cucur yang telah siap digoreng.
Bahan-bahan:-
  • Udang
  • Daun Kucai - dipotong sepancang 2cm
  • Bawang Besar - dihiris nipis
  • Cili Besar - dikisar atau tumbuk
  • Udang Kering - dikisar atau tumbuk
  • Tepung gandum
  • Garam dan Gula.
  • Minyak masak
 Cara-caranya:-
  • Kisar Cili besar bersama udang kering.
  • Masukkan di dalam bekas dan masukkan air.
  • Masukkan hirisan bawang besar, daun kucai, garam gula dan tepung.
  • Kacau sebati tambahkan air jika terlalu keras...
  • Masukkan udang.
  • Panaskan minyak....dan boleh digoreng.
**** Sukatan air dan tepung ikut suka dan ikut kuantiti udang dan bahan. Saya tidak sukat bahan-bahannya. Main agak je.
**** Tips berjimat: Pokok kucai tanam sendiri.1 pasu dah cukup. :))
Selamat Mencuba