Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Sunday, 30 March 2014

Aktiviti di Pra Permata.....

Tampal.......
 

 
Gunting.....
Cerita lama....baru sempat dipostkan dalam laman maya ini. Inilah aktiviti yang pertama bersama ibubapa di Pra Permata. Menyiapkan buku bacaan buat anak-anak sendiri. Everyday....kembar berpesan..."ummi jangan lupa tau...nanti ibubapa kena mai sekolah adik abang"." Cikgu suh mai". Wahhhh.....pesanan yang padat dan tegas. "Ok....ummi akan p la".Dalam kepala......heiii nasib ummi ni keja berlainan negeri. Ahad....ummi cuti umum. Selamat!!!!!!!
 Ermmmm....ni la bila anak kembar. Kena siapkan dua buku dalam tempoh masa yang diberikan oleh cikgu. Abang dan adik....tolong ummi buang cebisan kertas yang telah digunting. 
Akhirnya........buku bacaan untuk anak-anak ummi dah telah pun siap.......doa dan harapan ummi, semoga anak-anak ummi tekun dalam menuntut ilmu dan berjaya di dunia dan akhirat, Amiin.

Thursday, 27 March 2014

Sebuah Penantian....MH370

Ku tak pernah mengenalmu....
Ku tak pernah menyentuhmu....
Tapi...ku telah dikejutkan berita kehilangan mu....
Hatiku tersentuh...rasa sayu meruntun jiwa....
Hatiku gusar....terasa sedih pilu dan hiba.....
Tanpa isyarat kau tinggalkan....
Terus kau hilang sekelip mata.....
Setiap detik waktu....ku menanti khabar mu....
Astro Awani menjadi temanku.....
Tanpa ku sedari...titisan air jernih terus mengalir di pipi....
Kehilangan mu....meruntun jiwa segenap lapisan masyarakat.....
Kehilangan mu....menjadikan dunia terus bersatu...
Kehilangan mu....seluruh hamba Allah terus bersujud memohon pertunjuk Ilahi.....
Hari menanti hari.....
Siang malam...silih berganti....
Kemunculanmu...sentiasa dinanti.....
Kepada Pencipta ku bermohon....
Agar....MH370 dalam lindunganNya.....
Pulanglah....seluruh rakyat Malaysia menantimu......

Akhirnya....Khabar beritamu yang dinanti....
Telah terjawab.....
Khabarnya....kau telah berakhir disebuah lautan yang tidak berpenghuni...
Lautan hindi menjadi misteri.......
Oh Tuhan...bagaimana hati mereka yang kehilangan insan tersayang....
Ku cuba selami......segala perasaan.....
Ku cuba dalami....keperitan yang dirasai.....
Semoga segala persoalan akan terungkai memberi seribu jawapan......
Tidak ku duga.....lautan yang sepi menjadi pusara MH370...
Alfatihah buat mereka........
Takdir tuhan tidak bisa dilawan....
Takdir tuhan tidak bisa dihalang.....
Segala yang berlaku....pasti ada hikmah yang menanti.....
Sebagai hamba...kepada Allah kita kembali......

Sunday, 23 February 2014

KaSih & PeNgOrbaNan MaktOk......

Termanggu aku seketika di atas tikar sejadah setelah selesai menunaikan solat isya'. Tiba-tiba...fikiranku melayang teringatkan pengorbanan ibuku. Jasa beliau dalam membesarkan ku...udah sedia maklum...seorang ibu yang hebat...tabah, cekal dan sabar. Yang ku kaguminya kini...ialah jasa dan pengorbanan beliau dalam mengasuh, menjaga...mendidik dan membesarkan anak-anakku.....cukup hebat beliau. 
Atas permintaan beliau... Sejak anak-anak itu berusia 5hari...iaitu ketika aku di dalam pantang....setelah tamat cuti bersalin...anak-anakku ditinggalkan dikampung. Aku pulang ke Changlun...untuk meneruskan perkhidmatanku sebagai pensyarah. Ketika itu....anak-anak ditinggalkan bersama ibuku dan seorang pembantu rumah. Bila anak kembar....mana mungkin ibuku seorang mampu menjaganya. Anak-anak ini pula.....paru-paru agak sensitif. Perlu jagaan rapi. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan mereka diserang asthma. Kadang kala...berlarutan sampai terkena jangkitan kuman di paru-paru. Itulah...karenah dalam membesarkan anak-anak kembar. 
Sakit demam anak-anak ini....semua diuruskan oleh ibuku. Pada suatu hari...kembar pertamaku diserang asthma.....sanggup ayah dan ibuku menyewa sebuah kereta untuk membawa kembar pertamaku mendapatkan rawat di klinik yang memang serasi dengannya. Terkejut dan kagum aku dengan pengorbanan datuk dan nenek ini.......
Kini, usia anak-anak sudah 6 tahun. sudah mula melangkah ke alam persekolahan. Aku pernah bersuara untuk mengambil anak-anakku untuk bersekolah di kawasan tempat kerjaku. Namun...ditolak mentah-mentah diringi dengan seribu alasan yang sukar untuk ku tepis. Pada sebelah pagi....anak-anakku...ke pra sekolah...dan sebelah petang ke kelas Alquran untuk belajar Iqra. Aku memang runsing dengan urusan pengangkutan pergi dan balik anak-anakku ke sekolah. Alhamdulillah...Allah telah mempermudahkan urusan ku.....akhirnya anak-anakku sudi untuk menaiki van sekolah. Apa pun...semoga Allah....melindungi anak-anakku sepanjang perjalanan pergi dan balik ke sekolah. Risaunya bukan kepalang....tapi sebagai hamba....kita yakin, Allah ada. Dia yang mengatur semua. Selesai urusan disebelah pagi......belum lagi urusan pergi dan balik anak-anakku ke kelas Alquran.....Adehhhh..menjadi keruan lagi aku seketika. Ku bersuara lagi pada ibuku....yang aku ingin mengambil anak-anakku untuk tinggal bersamaku agar mudah untuk aku menguruskan hal-hal anakku...dari segi penghantaran dan pengambilan mereka untuk ke mana-mana. Namun...itu bukan alasan untuknya. Beliau menegaskan...urusan pergi dan balik cucu-cucunya ke kelas Alquran...dia akan antar dan ambil sendiri....dengan menaiki basikal. Adehhhh.....pening kepala. Nape la...mak ni susah sangat nak lepaskan abang dan adik untuk tinggal dengan adik ni?????? (adik adalah panggilan mak terhadap aku).Sanggup tu....nak kayuh basikal tengah-tengah panas rembang ni!!!! Orang lain mungkin beranggapan yang aku sengaja membiarkan anak-anak untuk terus menetap dengan mak. Sebenarnya tidak!!! Aku sebenarnya tidak sanggup untuk melukakan hati ibuku dan ayahku....katanya....."kalo ambil anak-anak ni..ibarat aku membunuhnya". Dia tidak boleh hidup tanpa anak-anak ku ini.......
Baginya...penat atau letih...itu bukan alasan buat beliau. Demi cucu....sanggup berkorban apa sahaja.....Itu yang membuat ku kagum dengan ketabahan dan semangat ibuku dalam mendidik dan membesarkan anak-anakku. Pelbagai alasan telah ku utarakan untuk mengambil anak-anakku untuk tinggal bersamaku...namun semua dapat beliau tepis dan buktikan yang beliau mampu untuk melakukannya. 
Teringat aku ketika aku bersekolah.....dengan berbasikal jugak beliau menghantar dan mengambil ku dan adikku. Sehinggalah..suatu hari aku mula berani untuk menaiki bas sekolah. 
Kini...aku sudah dewasa. Setiap hari ku tak pernah lepas peluang menelefon ibuku untuk bertanyakan khabar......dari anak dara..sehingga berkahwin. Biar ke luar negara sekalipun.....akan cuba hubungi untuk bertanyakan khabar dan mendengar suaranya. 
Inilah..sedikit sebanyak...cerita tentang perngorbanan ibuku....yang ingin ku kongsi bersama pembaca blog ini. 
Semoga suatu hari....bila iqbal dan irfan dah besar....mereka boleh baca dan mengetahui...begitu besar pengorbanan maktok terhadap mereka. Begitu tinggi kasih sayang yang telah maktok curahkan. 

Wednesday, 15 January 2014

Jus Epal Hijau dan Batang Saleri

Epal Hijau Dan Batang Saleri
Air Campuran Epal dan Batang Saleri
Alhamdulillah....bertemu semula kita di cyber maya ini. Kali ini saya ingin berkongsi tentang kebaikan epal hijau dan batang saleri. Ermmm....buah epal dan batang saleri ini sangat mudah untuk kita perolehi. Terdapat dijual diserata kedai dan gerai buah-buahan. Harganya pun sangat berpatutan.:)
Ok...jom kita baca tentng khasiat-khasiat yang terdapat di dalam epal hijau dan batang saleri ini.
Kelebihan dan kebaikan meminum air campuran epal hijau dan batang saleri. Mari kita amalkan bersama. Mencegah lebih baik daripada merawat, itulah pesanan orang tua-tua. Saya....mempunyai masalah sembelit, Alhamdulillah...dengan pengamalan jus ini setiap pagi..masalah ini dapat diselesaikan. Ini dapat membantu dalam proses pembuangan toksid atau membersihkan usus, Amalkan meminumnya setiap pagi ketika perut kosong. 
Khasiat buah epal yang masam baik membersihkan usus dan melawaskan pembuangan air besar. Kepada mereka yang ingin berdiet....turut boleh mengamalkan.
Khasiat Saleri:  merupakan sejenis sayur berbatang lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, foforus, sodium, vitamin A, B-Komplek dan C. la juga dikenali sebagai Opium gravelens dan berasal dari keluarga Dula umbelliferae yang  merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisonal untuk menurunkan tekanan darah tinggi . 
Amalan memakannya mampu menghilangkan pening- pening dan sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi. 
Khasiat Epal Hijau ini mampu mengurangkan pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah. Selain itu ia mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga dapat membantu kesihatan membran paru-paru, membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang, membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah dan membantu mengekalkan berat badan. Selain itu mampu mengurangkan tekanan penyakit asma dan mengurangkan risiko barah.
Selain itu juga, epal hijau juga mampu bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Hanya dengan memotong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Selamat Mencuba!!!!

 Pesanan daripada Saidina Ali Bin Abi Thalib,
“Apabila anda hendak makan Epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan Epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh angin akan lenyap.” 

Tuesday, 31 December 2013

"Bicara Penutup Tahun 2013"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani......Salam Muhibbah, Salam Sayang.....Salam Sejahtera buat rakan-rakan yang melayari blog kehidupanku ini......
Kehidupanku.....kehidupan semua makhluk alam....selagi kita diberi nafas...selagi itu kita diberi kehidupan. Kiranya panjang umur la. 
Lantaran itu....hari ini merupakan hari terakhir buat tahun 2013. 2013 akan melabuhkan tirainya....manakala 2014 akan membuka tirai....dan bermulalah kehidupan bagi tahun 2014. 
Alhamdulillah....aku melafazkan syukur kehadrat Ilhai dengan izinnya aku terus dapat menikmati kehidupan disepanjang tahun 2013. Pelbagai suka duka, ketawa dan air mata, sakit dan sihat....dendam dan restu terukir dan terpahat dihati dan sanubari serta bermain diminda. Itulah dinamakan kehidupan yang sememangnya adalah ketentuan Allah pada hamba-hambanya. 
Tahun 2013, merupakan tahun terakhir aku sebagai penuntut UUM. Alhamdulillah...segalanya sudah selamat. Segalanya sudah selesai. Menjadi seorang pelajar....sangat terindah buat diriku. Rindu kembali keadaan di dalam kelas, rindu suasana ribut dengan kesibukan menyiapkan assignment. Rindu untuk bergelar pelajar lagi...rindu sangat-sangat. Aku suka menjadi pelajar....... Gembira apabila cita-cita  untuk menyiapkan projek paper tercapai.....tetapi sedih apabila setelah projek paper dihantar kepda Penyelia....dengan itu.....maka berakhirlah tugasan segala. Maka rehat la......InsyaAllah....ada rezeki dan sihat tubuh badan...akan ku panjat setapak lagi untuk capai ke puncak. Inilah cita-citaku sejak dibangku sekolah rendah lagi......
Azam tahun baruku 2014....adalah memberi tumpuan kepada anak-anak....masa yang ada ini...akan ku manfaatkan bersama anak-anakku yang akan mula berganjak ke alam persekolahan. Ku harus pastikan mereka berjaya mencapai objektif pra sekolah yang telah ditentukan oleh KPM. Ini Amanah Allah yang harus aku jaga dan didik menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. 
Semoga Allah mengizinkannya. Semoga Allah mempermudahkannya. Semoga Allah menentukan yang terbaik buat diriku dan anak-anakku bagi tahun 2014. Semoga Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah dan penuh dengan keberkatan hidup. Amiin Ya Allah.
 Iqbal dan Irfan selalu dihati ummi......

Tuesday, 24 December 2013

Trip Ke Monkey Beach Anjuran Jabatan Matematik KMPP.......

Program keluarga bagi jabatan matematik kmpp. Aku dan rakan-rakan lain turut menyertainya. Masing-masing membawa ahli keluarga bagi memeriahkan aktiviti yang telah dianjurkan. Aku, tidak lupa membawa kembarku....iaitu abang dan adik. Begitu seronok dan teruja mereka apabila diberitahu akan menaiki bot. Macam-macam andaian dan anganan yang mereka buat. 

Setelah selesai solat subuh...aku kejutkan dua anak ini untuk bangun membersihkan diri. Jam 6.30am, aku bertolak dari serdang ke kolej. Ku melihat wajah anak-anak yang penuh keriangan dengan perjalanan kali ini. Bukan mudah sebenarnya aku ingin bersama-sama seperti ini. Masa yang terhad dan keadaan tertentu yang membuatkan aku jarang melibatkan anak-anak dengan program kolej. 

Semua pensyarah dan seluruh ahli keluarga berkumpul di perkarangan bangunan pentadbiran. Bas kolej sudah bersedia untuk memulakan perjalanan. Riuh rendah anak-anak pensyarah......semua peringkat umur pun ada. Seronok masing-masing. Apa pun, perjalanan didoakan selamat. Itu yag penting. 

Bas terus bergerak menyusuri jalan raya yang agak tenang. Jambatan Pulau Piang mula dilintasi. Terpegun anak-anak ini apabila pertama kali mereka melihat keindahan laut selat melaka ini. Keunikan jambatan Pulau Pinang yang menjadi mercu utama kemegahan di Pulau Mutiara ini. 

Taman Negara......itu yang menjadi destinasi utama. Berkumpul.....untuk menaiki bot ke "Monkey Beach". Hatiku mula berdegup kencang.....Ya Allah, takutnya. Bot kecil je....ishhhhh....ngeri. Laut yang biru....begitu tenang....dengan alunan ombak yang mendamaikan. Jangan sangka yang kecil, tidak ada apa-apa..... Apa pun, aku hanya doakan selamat sampai ke destinasi yang ditujui. Itu je yang ku harapkan........ Kalo nak ikut keberanian....memang rasa tak berani....tapi....ingatkan anak-anak....oooo ku kena tabahkan juga untuk terus menaiki bot ini. 

Wahhhhh......lajunya bot. Aduhhhh....sakit pinggang apabila melambung sebegini kuat. Anak-anak puas menjerit keseronokan apabila bot di lambung ombak. Luncuran bot yang laju sangat menakutkan. Gelombang air laut yang mengalun membuatkan ku rasa begitu gerun dan membimbangkan. Di dalam hati....hanya berdoa agar selamatlah semua. Semoga tidak berlaku yang bukan-bukan.......Adehhhhh....serik rasa.

Sampai di Monkey Beach.....cantik. Memang banyak monyet-monyetnya. Takutttt.....begitu memerhati...monyet-monyet ni...menyambut kehadiran para pengunjung. Baik-baik bekalan semua....nanti abis dibawanya lari!!!!!!!

Sesampai sahaja...semua dah tak sabar nak terjun kelaut untuk bermain air....termasuklah anak ku yang si adik debab ini. Sabar dik.....ummi risau la....

Hampir 3jam berada di Monkey Beach.....semua keluarga....bersiap untuk bergerak pulang. Sabar menunggu bot.....Aktiviti seterusnya......melawat tempat menarik yang ada di lautan Pulau Mutiara.

Letih kelesuan semua. Naik bas...semua dah tido dalam keletihan. Alhamdulillah....semuanya selamat sepanjang lawatan.

Adik di atas buaian.....menangis.

Ummi dan kembar


Di padang Kota Lama......

Bermain buih sabun.....
Adik bermain air......

Abang yang merajuk......




Sukanya dia......
Adik....

Abang.......


Batu yang disumpah menjadi buaya........
Batu yang disumpah menjadi penyu.................


Monday, 25 November 2013

Sambal Tumis Buah Putat

Buah Putat

Bahan-bahannya:-
Buah Putat - dihiris nipis 
Cili Kering - Agak2 la ye.......
2 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 alas bawang besar - hiris bulat
Ikan Bilis kecil
Air asam jawa
Minyak masak untuk menumis
Garam dan Gula Secukup rasa

Cara-caranya :- 
- Rendam buah putat di dalam air panas bersama sedikit garam,  biarkan seketika.
- Setelah agak layu.... toskan.
- Blend cili kering bersama bawang merah dan putih.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar, biarkan sehingga cili garing.
- Setelah garing, masukkan air asam jawa , garam dan gula
- Seterusnya masukkan buah putat, ikan bilis, bawang besar.......masak biar kering dan pekat. 
- Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas. 

Sambal Putat