Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Thursday, 14 June 2012

Luahan rasa........

Genap setahun aku hidup sebagai ibu tunggal. Pelbagai dugaan dan cubaan yang datang. Segala-galanya perlu dilakukan sendiri. Semua aspek perlu difikirkan. Semua tugas....dari segi perbelanjaan sendiri...anak-anak...makan minum, sakit demam, pakai memakai, api, air dan segala bil.  Inilah kehidupan ku.

Sebelum ini, aku cukup takut dengan gelaran ibu tunggal atau janda....aku merasakan diriku tidak mampu dan begitu kuat.....serta rasa malu dan takut untuk menjadi ibu tunggal. Ku sedaya upaya cuba mempertahankan rumahtangga yang dibina, walau ia menyakitkan. Tapi...Allah Maha Mengetahui mana yang lebih baik buat diriku dan anak-anakku. Terlerai juga ikatan yang dibina, maka terlerai jugak seksaku selama itu.

Allah maha mengetahui....Allah menukar status ku dari seorang isteri kepada seorang pelajar. Mashaallah. Paginya dimahkamah syariah..untuk mendengar keputusan hakim...Petangnya...ku terima surat untuk sambung pengajian di Universiti Utara Malaysia. Alhamdulillah. Secara automatik..rutinku mula berubah. Allah menggantikan sesuatu yang berharga buatku dan anak-anak. Jadi...tumpuanku kini hanya pada anak-anak, kerja dan study.

Berat memang berat...sakit memang sakit....sedih memang sedih....sunyi memang sunyi. Inilah hakikat hidup sebagai wanita yang bergelar ibu tunggal. Bagi mereka yang tidak tahu menahu tentang kehidupan kita...hanya tahu menunding jari, dan merasa hina serta benci dengan seorang wanita yang bergelar ibu tunggal. Tiada siapa yang hendak jadi begini. Tiada siapa dimuka bumi ini tidak mahu sebuah kebahagiaan dalam kehidupan ini. Tetapi apakah kita mampu melawan takdir Ilahi........Kita perlu yakin....setiap yang berlaku, pasti ada hikmah yang menanti.

Seorang wanita yang perlu memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah..dalam mencari rezeki buat anak-anak....dan seorang ibu yang perlu mendidik dan memberi kasih sayang buat anak-anak untuk menjadi insan berguna. Inilah yang harus aku lakukan. Kadang-kadang perasaan cemburu wujud dikala melihat rakan-rakan yang bahagia bersama keluarga masing-masing. Kadang kala hati kecil ini bersuara....nape aku ditakdirkan begini. Astaghfirullah......maafkan hambamu Ya Allah. Bukan niat mempersoalkan takdirMu.

Sekarang hidupku hanya untuk anak-anak yang telah diamanahkan Allah. Iaitu Muhammad Alif iqbal dan Muhammad Alif Irfan. Inilah keutamaan hidupku. Kegigihanku, ketekunanku dalam mencari rezeki..hanyalah buat anak-anak ini. Ku cuba sedaya upaya...untuk jadikan anak-anak ini bahagia seperti anak-anak yang lain yang ada ibu dan bapa. Ku cuba untuk mereka tidak menagih kasih seorang ayah. Biar mereka merasakan....kasih seorang ibu, kasih seorang nenek dan kasih seorang datuk...sudah mencukupi buat mereka. Bukan niat untuk mempertikaikan kasih seorang ayah.....tetapi inilah hakikat hidup mereka.

Jika ku rasa lemah dan tak terdaya....hanya kepada Allah tempat aku mengadu....aku bersujud dan berserah sepenuhnya kepada Yang Maha Esa. Kerana ku yakin....Dia lah tempat yang paling sesuai untukku mengadu dan memohon segala pertunjuk. Dengan cucuran airmata yang mengalir....dengan rintihan kata-kata dan luahan....hanya kepadaNya  yang kuharapkan. 

Ya Allah...tabahkan hati hambamu ini, berikan aku kekuatan dalam meneruskan hidup ini. Aku bermohon kepadaMu.....permudahkanlah..segala urusan hidupku. Limpahkan rahmat kepada diriku dan anak-anakku. Amiin. 

 


Wednesday, 13 June 2012

Cucur Udang

Tepung yang telah dibancuh

Cucur yang telah siap digoreng.
Bahan-bahan:-
  • Udang
  • Daun Kucai - dipotong sepancang 2cm
  • Bawang Besar - dihiris nipis
  • Cili Besar - dikisar atau tumbuk
  • Udang Kering - dikisar atau tumbuk
  • Tepung gandum
  • Garam dan Gula.
  • Minyak masak
 Cara-caranya:-
  • Kisar Cili besar bersama udang kering.
  • Masukkan di dalam bekas dan masukkan air.
  • Masukkan hirisan bawang besar, daun kucai, garam gula dan tepung.
  • Kacau sebati tambahkan air jika terlalu keras...
  • Masukkan udang.
  • Panaskan minyak....dan boleh digoreng.
**** Sukatan air dan tepung ikut suka dan ikut kuantiti udang dan bahan. Saya tidak sukat bahan-bahannya. Main agak je.
**** Tips berjimat: Pokok kucai tanam sendiri.1 pasu dah cukup. :))
Selamat Mencuba

Saturday, 9 June 2012

Daging Masak Hitam Manis (Resepi Bonda)


Bahan-bahannya:
1/2 kg daging - dihiris nipis
Segenggam Cili Kering - (Goreng dan Kisar)
Bawang kecil - hiris nipis
Bawang besar - hiris bulat
1 Sudu makan biji ketumbar - Kisar
1 Sudu kecil jintan manis - Kisar
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Buah Pelaga
Kulit Kayu Manis
Daun Kari
Gula merah
Kerisik
Kicap Pekat
Asam Jawa
Gula putih dan garam.

Cara-caranya:
  • Hiris daging dan perap bersama kicap pekat. Panaskan minyak dan goreng daging seketika. Angkat dan toskan.
  • Cili kering di goreng dan dikisar bersama jintan manis dan ketumbar.
  • Tumis bawang kecil bersama buah pelaga, bunga cengkih dan lawang, daun kari dan kulit kayu manis.
  • Biar garing dan masukkan cili kering yang telah dikisar bersama bahan2 tadi.
  • Goreng sambal sehingga masak dan naik bau....sambil kacau, nanti hangus dah tak sedap.
  • Setelah sambal dah garing...masukkan daging dan tambahkan air...biarkan mendidih dan pecah minyak.
  • Masukkan kerisik (1 sudu dah cukup)
  • Then, masukkan perahan air asam jawa, kicap pekat, gula merah, gula putih dan garam.
  • Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat.
  • Biarkan kering dan boleh dihidangkan.
* Sedap dimakan bersama nasi dan juga roti potong.

Wednesday, 30 May 2012

Oh...Kelisa Ku

Jam menunjukkan 4pm, aku masih lagi di opis yang sedang menyiapkan kerja yang belum selesai. Terdetik dihati utk ke Alor Setar kerana hendak mencari sebuah buku sebagai bahan bacaan untuk exam paper legal. So, masa berlalu sehinggala...jam 5pm. Tanpa membuang masa...ku terus shutdown Laptop dan juga PC..terus turun dan punch out.

Bermula la..perjalananku. Terus memandu sambil melayan je kepala apa yang di fikirkan....sampai di kawasan jitra...jarak yang tidak berapa jauh...ku nampak objek melayang...hati berdegup kencang....Ya Allah...sebuah kereta berwarna hitam...terbabas...keempat-empat tayar naik ke atas......Allahuakhbar.....ku berhenti ditepi jalan....seketika...menggeletar lutut..rasa, dan ketika itu ku rasa tak mampu memandu lagi. Hati mula terdetik untuk berpatah balik dan membatalkan niat untuk ke Alor Setar....tetapi hendak dikatakan takdir Allah...ku teruskan jua perjalanan sehingga la sampai di Pacific Alor Setar. Ku tidak membuang masa terus ke mencari buku yang ku kehendaki...tetapi hampa sekali...bukunya kehabisan stok. So, jalan-jalan dan beli apa yang patut. Jam 7pm, ku mula perjalanan balik.......

Kulalui lebuh raya utara selatan.....sampai di tol hutan kampung.....ku sentuhkan kad touch n go....so perjalanan bermula....tiba-tiba...nampak sesuatu ditengah jalan...alamak..ada kemalangan lagi....ku mula perlahankan kenderaan ku....tidak lama kemudian.....betul-betul ku berada bersebelahan dengan kereta yang telah terbabas....ku dengar hentakkan yang kuat....sehingga seluruh tubuhku terhempas kembali ketempat dudukku...dan otak rasa seolah bergoncang dan.....rupanya keretaku telah dilanggar oleh sebuah kereta proton. Terpaksa ku berhenti tepi....keluarla..seorang lelaki dan terus memarahi aku. Aku hanya terkedu sambil menelefon org terdekat.....ingin memaklumkan apa yang berlaku. Airmata usah dikata lagi..bercucuran tanpa boleh ditahan. Geram, sakit hati..semua ada. Kelisa yang ku sayang menjadi mangsa. Sedih melihat....keadaannya. Puas bertekak....akhirnya...pemandu kereta proton tadi..terus berlalu begitu sahaja...tanpa menghiraukan apa yang berlaku. Biarlah.....terlepas di dunia....tapi tidak di akhirat nanti.



Seterusnya...ramai yang datng menolong dan memintaku ke balai polis Alor Setar untuk report tentang kemalangan ini....dalam keadaan yang masih trauma ku kesana dengan bantuan seorang rakan sekerja. Harapkan aku...mana tahu tentang selok belok bandar Alor Setar. Untuk memandu....pun dah tidak terdaya...dan terpaksa bermalam di rumah kak murni..juga rakan sekerja ku. Aku hanya mampu  menangis sahaja..sedih dengan apa yang berlaku......inilah dunia lebuh raya. Ya Allah.....cukup la..ujianmu..ini. Gerun, takut....semuanya ada. Yang paling ku sedih....ku terpaksa berpisah sementara dengan kelisa kesayanganku ini.



Friday, 18 May 2012

Lirik - Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka

dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut

lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka

dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba

terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka

dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam

memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Tuesday, 15 May 2012

Bermain Motor Kecil

Celik ja mata....terus masing-masing bermain dengan motor kecilnya....menggunakan track dengan pusing keliling meja... Inilah gelagat anak-anakku....tak pa...janji jangan bergaduh dan jangan ganggu ummi nak buat kerja rumah dan study......



Bersama Anak-Anak di Cuti Semester

28 April 2012.....selepas sahaja kelas master...aku terus memecut kereta....mengharungi lebuh raya utara selatan untuk pulang kekampung halaman ku..di Serdang Kedah. Hati rasa gembira sangat...tidak sabar rasanya untuk ketemu putera-putera kembarku yang nakal-nakal itu. Wajah mereka sudah terbayang di kotak minda. Dengan tekanan pedal minyak...yang mencatat 120km/h..tidak ku hiraukan...janji cepat sampai untuk ketemu mereka.Bukan senang nak mengharungi perjalanan yang memakan masa 2jam setengah itu.
Ku sedar....kadang-kadang dengan kehadiranku ini....membuatkan ada sahaja di antara mereka yang kena cubit dan marah.....Ala..biasala..seorang ibu....mana tak marahkan anak..jika melakukan kesalahan. Kesian memang la kesian.....walau apa pun....segala kesilapan harus diperbetulkan..demi masa depan mereka.

Apabila....kereta ku tiba dihadapan rumah....terlihat dua anak-anak lelaki berlari-lari....sambil tersipu-sipu malu...Ohhhh...ummi dah balik???? Tanya salah seorang anakku....Ummi cuti ka??? Ye..sayang..jawab ku. Nape ummi lama tak balik??? Biasala...anak-anak yang berumur 3 tahun lebih...mana faham erti penantian dan kesabaran....tersentuh rasa hati....menanti juga kepulangan ummi ini rupanya.

Wajah..putera ummi....iqbal dan irfan

Pelukan erat....abang dan adik

Wajah ummi dan anak-anak

Wajah yang riang...penyejuk hati ummi

Teruna Ummi..buat iklan gigi....nasib gigi cantik

Susah nak ambil foto...dengan kenakalan mereka

Dapat pelukan ummi

Tak lekang dengan motor kecilnya...............

Tapi...hakikatnya...kepulangan ummi bersama mereka hanya 3 minggu sahaja.....pada 18 Mei....kehidupan kita akan seperti biasa...wahai anak-anak ku...ummi terpaksa meninggalkan kalian bersama maktok..dan ayahwan.....ummi terpaksa pulang.....untuk mencari rezeki buat kita sekeluarga....dan kita hanya akan berjumpa di hujung minggu. Inilah hakikat hidup kita...wahai anak-anak ummi. Biar sedih dan perit hati ummi untuk meninggalkan kalian....tapi inilah ketentuan hidup kita. Aku redha Ya Allah.