Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Monday, 3 December 2012

Sayang Ku Pada Puteri

Selesai tugas jam 4.00 petang...aku bergegas pulang ke rumah untuk mengemas dan packing pakaian untuk berangkat ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Perhimpunan Agong puteri Umno Malaysia. Pengalaman pertama menjadi perwakilan Puteri Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu cukup membuatku rasa teruja dan bersemangat bersama-sama berhimpun bersama perjuang bangsa yang lain. 
Dengan penerbangan jam 9.10pm malam...aku tiba di lapangan terbang (LCCT) jam 10.20pm. Akhirnya aku bergegas ke hotel tempat penginapan para perwakilan.
Hati kecil ini...terus berkobar2 tidak sabar untuk menghadiri perhimpunan. Sayangnya aku pada bumi Malaysia ini...tidak ternilai harganya. Bumi yang berdekat lamanya telah bebas dari ancaman penjajah....ini adalah hasil usaha dan keringat para perjuang dan pemimpin terdahulu. 
Kita sebagai anak muda.....begitu beruntung....lahir di bumi yang telah merdeka, terus membesar dengan penuh kemewahan dan kemakmuran serta kaya dengan nilai warisan negara. Negara yang terus aman dan membangun dan terus gemilang di persada dunia. 
Saya tertanya pada diri....kepada mereka-mereka yang namanya melayu tetapi menjadi penderhaka kepada bangsa sendiri........apa lagi yang mereka mahukan?? Apa lagi yang mereka inginkan?? Apakah mereka ini begitu tamak dengan pangkat dan kuasa sehingga sanggup mengetepi keamanan dan perpaduan yang telah lama wujud. Telah sekian lama perpaduan antara kaum telah dipupuk oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Bukan sehari dua.......bukan seperti pulut dan serawa.
Tetapi sekarang, apabila kuasa menjadi rebutan.......putarjaya menjadi idaman......perpaduan yang telah lama wujud hendak dileraikan. Tidak tahu bersyukur dan beruntung namanya manusia seperti ini. Sudah berkereta besar....berumah mewah.....harta melimpah ruah....namun masih lagi tidak tahu bersyukur. Masih sanggup mengadu domba dan menabur fitnah dengan menipu rakyat dengan janji-janji yang memang tak akan ditepati. Sayang betul manusia seperti ini......ada ilmu, ada akal yang cerdik....tapi disalah gunakan.
Harapan pada diriku.....semoga semangat dalam memperjuangkan bangsa, agama dan negara ini terus menyemarak di dalam diri yang kerdil dan lemah ini. Perjuangan kita di masa kini....adalah untuk peninggalan buat genarasi yang akan datang. YAB PM, saya menyokong penuh perjuangan Dato' Seri. Kepada Pemimpin-pemimpin terdahulu.....Terima Kasih yang tidak terhingga atas jasa dan keringat kalian. Semoga negara Malaysia, tanah bumi tercinta ini terus aman dan terus gemilang di persada dunia.....Amiin.

Puteri Permata Bukan Hiasan
Puteri Lahir Untuk Berjuang
Memerah Keringat Habis-Habisan
Pastikan Pertiwi Terus Gemilang

Merah Jambu Tema Puteri
Di Hiasi Dengan Selendang Sutera
Puteri Berjuang Seikhlas Hati
Demi Bangsa Juga Negara

 Sembang Puteri Berbudi Bahasa
Duduk Berbual Bersama-Sama
Perjuangan Puteri Tak Kira Masa
Demi Bangsa Juga Agama

Perwakilan Puteri UMNO Kulim/Bandar Baharu

Bersama Kak Aida dan Kak Kiah....

Di Hotel Dynasty Kuala Lumpur

Bersama Bad.

Malam Perasmian di PWTC


Friday, 30 November 2012

Suatu Penantian Yang Entah Bila Akan Berakhir!!!!!!!

Salam...1 malaysia.....kepada pembaca blog ini.... Sudah lama rasanya jari jemari ini..tidak berlari di atas keyboard bagi mencurahkan idea yang tersimpan sekian lama. Biasala....waktu dan masa yang begitu padat dengan tanggungjawab yang harus di jalankan. Sibuk sesibuknya...sehingga laman ini tidak ku intai....penuh sawang dan habuk yang perlu dibersihkan sebelum coretan minda diluahkan di atas paparan putih ini. 
Sebelum ini....Kolejku...tempat ku berkhidmat...telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM). Oleh itu, aku tidak terlepas dari memikul beberapa tanggungjawab dalam menjayakan  karnival tersebut. Jadi masa penulisan di blog terpaksa ku hentikan seketika. 
Walau bagaimanapun.....coretan minda cuba ku luahkan. Ketika ini, kurasakan diri ini bagai dilambung ombak....tidak berpijak dibumi nyata. Hati ini bagai berkata-kata.....hendak ku luahkan tapi rasa tidak terdaya........ Apa yang tersurat dihati ini......hanya mampu ku pendam. Tak bisa untuk aku luahkan dipaparan ini.
Aku tidak pasti sampai bila harus aku tunggu dan nanti. Aku tidak pasti sama ada untuk terus menanti atau berlalu pergi. Tidak tergamak mulut ini berbicara minta diri ini dijauhkan. Tidak tergamak untuk aku menyatakan aku tidak mahu........ Apa yang harus aku lakukan????? Adakah hanya dengan doa dan biarkan masa penentu segala!!! Patutkah aku berbuat begitu. Andai kuteruskan.....adakah kebahagiaan menanti dihadapan????
Dari hari kehari....dugaan semakin kuat......dari hari kehari......jiwaku tak tenteram. 
Apa pun sebagai insan yang lemah....kehidupan harus ku teruskan. 
Ya Allah....permudahkan segala......leraikan kekusutan hambu mu ini. Apa yang ku harapkan....adalah restu dari mereka yang ku sayang.  

Thursday, 18 October 2012

Gelagat Twins

Coretan ini dibuat ketika hati ini teramat rindukan anak-anak yang tinggal bersama emak dan ayahku di kampung. Kerinduan yang teramat.......sudah 3minggu tidak ku belai...peluk dan cium anak-anak kembarku. Abang.....Adik....ummi rindu anak-anak ummi ini!!!!! :((.....ooo....tuhan.....hanya linangan airmata yang membasahi pipi ini....ku lap...sambil jari jemari terus menekan aksara keyboard laptop ini.......
Hanya suara di talian telefon shj....yang dapat jadi penawarnya. Tapi......manakan sama suara dan sentuhan........ Hanya Allah je yang tahu...betapa aku rindukan anak-anakku...... 
Ku selalu senyum sendirian sambil ku tatap wajah anak-anakku di picture yang telah ku snap dengan menggunakan handphone ku.........

Adik tunggu abang sehingga tetido

Abang tido di dalam buaian

Adik tolong mama dan abg lan buka tilam baru

Semangat adik.....

Abang cuba tiru gaya org merokok

Ooo....anak ummi

adik dan abang di tadika.......






Abang tunging buyung.......

Abang yang nakal.....

Adik merajuk kain selimut......

Adik xmerajuk......

Abang merajuk ngan ummi





Jagung rebus kesukaan abang......

Main-main sambil makan......






Comotnya anak ummi ni.......

Semangatnya adik makan............

Sedapnya abang!!!!

Seronok ummi melihat anak2 ummi makan.........
adik gendut.........

Letih bermain.......

Main basikal......

Dengan basikal baru........

Di depan rumah tok ndak....

Gelagat kembarku......



Monday, 15 October 2012

Resepi: Biskut Samperit


Biskut samperit


Di dalam Oven.....(Proses Membakar)
Siap dibakar.......

Bahan-Bahan
500gm Butter Cup
150gm Gula Halus
2biji telur
2 sudu Esen Vanila
1 bungkus Tepung Kastard
1 1/2 bungkus Tepung Jagung
3 sudu Tepung Gandum

Cara-Cara:
  • Pukul gula dan butter sehingga kembang.
  • Masukkan telur dan esen vanila.....dan pukul lagi....
  • Masukkan tepung kastard, jagung dan gandum........
  • Gunakan acuan samperit.....dan tekan ke atas dulang pembakar.......dan hiaskan dengan ceri atau kismis hitam.
**** 50 biji Rm15 shj.

Thursday, 11 October 2012

Ku Punya Hati.........

Kadang-kadang.....perasaan sedih wujud dalam diri ini.......rasa serba salah, rasa sayu....rasa sedih... Nak menangis..rasa tiada sebab.....nak tahan.....tidak mampu untuk ku tahan dari ia terus mengalir membasahi pipi ini. Ku cuba pujuk diri ini....kata hati kecilku......usah dikenang kisah masa lalu. Usah diingat derita lampau....bangun dan terus bangun untuk mengorak langkah......tapi....sedaya mana aku sebagai seorang insan biasa untuk melawan perasaan ini???? 

Ku cuba untuk sibukkan diri.....sentiasa waktu dan masa ku...ku habiskan bersama2 pelajarku.... Kejap itu...kejap ini...gelak gurau senda bersama. Tapi ia hanya seketika..... 
Apabila daun pintu rumahku dibuka.....kaki ini melangkah masuk......perasaan sayu tiba-tiba menyelubungi hati ini. Aku mula cuba sedaya upaya untuk tidak bermain dengan perasaaan........ Tapi apa dayaku!!! Aku sudah tidak boleh berbohong lagi dengan perasaan sendiri. 

Aku cuba tanamkan azam dan semangat dalam diri ini....untuk terus berjuang melawan kesepian...... 
Namun.......Ku Punya Hati.............
 

Monday, 8 October 2012

Deklamasi Puisi Kemerdekaan : Kitalah Tuan

Sejak di sekolah rendah lagi bakatku telah digilap dalam mendeklamasikan puisi. Setiap bait-bait kata puisi ku hayati penuh erti......ku dalami, kusingkap dengan penuh penghayatan.......
Pada malam 31 Ogos 2012, Aku sekali lagi diberi peluang untuk mendeklamasikan sajak Malam Ambang Merdeka peringkat KMK dengan sajak yang bertajuk....Kitalah Tuan. Ada jugak..bait-bait kata yang aku terlangkau dan tersilap...tapi cepat dicover...agar tidak perasan kesilapannya...hehehe...:))


SAjaK-KiTAlaH TuAn

Kita lari menggendong maruah diri
resah cemas di bumi sendiri.
Lalu berapakah harga kelangsungan nafas
ketika kita tunduk tewas
terkongkong dan tertindas?
Ratusan tahun kita ketiadaan wajah,
apakah tanda kehandalan pahlawan
sedang bangsa menjadi suruhan?
Ratusan tahun kita kehilangan rupa,
Di tanah sendiri tuannya siapa?
Betapa bosan dalam kehilangan
tiada seri di mata, segala malap,
tiada cahaya di jiwa, segala gelap,
lalu mengeluhrintih bangsa bawahan,
kerana pendatang berdiri,
mempertidak hak dan menuding jari:
"Kami sebenarnya tuan,
kamu yang lemah adalah suruhan!"
Tetapi segala sementara, segala sementara,
tidak terbenam inti keberanian
tidak terkikis nadi kepahlawanan:
bangkit Tok Janggut dengan kegagahan,
bangkit Mat Kilau dengan kecekalan,
bangkit Maharaja Lela dengan kehandalan,
bangkit Bahaman dengan keyakinan,
bangkit segala wira, bangkit,
bangkit bangsaku memaknakan pertuanan:
berbadai di jiwa membela ibunda
berapi di mata menuntut merdeka!
Kini bagaikan permata,
merdeka di genggaman kita
tergenggam juga kebijaksanaan.
kitalah penentu kelangsungan.
  
Pengalaman adalah perisai sejati,
tegap kita dengan mata waspada
santun kita dengan telinga budi,
kita bangunkan tiang yang lima,
dalam rangka hidup bersama
kita ukir hala tuju
dengan agama, budaya dan ilmu.
Kitalah tuan.

KARYA OLEH: Dato’ Prof. Dr. Hashim Yaacob

Wednesday, 3 October 2012

Imbas kembali...........

Assalamualaikum dan Selamat malam semua kepada pembaca setia blog saya....... Saja nak omong-omong kosong malam ni.......bosan sebenarnya.....hehehe...masih cuti katakan!!!. Padahal assignment banyak yang perlukan disipkan. Tapi kepala ni tepu rasa......xmampu nak pk lagi tentang assignment ni...... Jadi ku mulakan jari jemari ini menaip berpandukan apa yang lahir dr kotak fikiran ku. Mudah kan!!!!!
Heheheeee......bila ku imbas dan kenang kembali.....dari aku dilahirkan sehinggalah dewasa ini..... Aku adalah insan yang sentiasa diuji oleh Allah. Ada saja masalah yang menimpa ku.
Ini yang mak ceritakan....ketika ku berusia 6bulan.....ku sudah kena serangan asma. Bertarung nyawa.....untuk meneruskan hidup. Pada ketika itu....mak xbawa aku ke hospital pun....hanya dengan berubat kampung shj. Kalo xsilap.....mak kata....mak hanya sapukan minyak kapor barus kat dada. Pada waktu malamnya.......mak dan tok yang menjaga ku secara bergilir-gilir sehingga tidak tidur malam......dan waktu paginya mak berniaga di kantin sekolah terap........periuk nasi lemak yang mak bawa.....terhempas ke lantai kerana ingatkan meja....kerana terlalu mengantuk ketika itu. Sian mak. Adik hargai pengorbanan mak terhadap adik......I love u..mak. 
 Ermmmm....mujur sembuh. Alhamdulillah...aku masih lagi dipanjangkan umur.  Aku lalui zaman kanak-kanak yang begitu sederhana. 
Ketika usia 4 atau 5 tahun, dah xingat umur berapa masa kejadian itu....... ketika banjir besar melanda kampungku.....hehehe.....budak nakal kan!!!! hahaha......aku terjatuh ke dalam parit yang melimpah dengan air. Kononnya nak tolong kawan ambilkan kasutnya yang hanyut. Xsedar diri umur baru setahun jagung......Ermmmm.....memang dah tenggelam-tenggelam timbul dah..dah puas menelan air parit yang kotor tu.....nasib baik pada ketika itu....Pak long Zain berada berdekatan dengan tempat kejadian....pak long la....yang terjun selamatkan ku......hehehe....alhamdulillah....masih lagi Allah panjangkan umur ku. Biasala...budak nakal.....xreti duduk diam....mcm tu la. Balik umah......diamkan diri...takut kena marah dengan mak.........memang nakal betul masa kecil-kecil dulu........ Tapi orang tua-tua kata, budak nakal adalah budak yang cerdik....kan????? hehehee....perasannya!!!! Masuk bakul angkat sendiri...:::)))) malunya!!!
Ermmmm....Aku terus dibesarkan dengan kehidupan yang sederhana......melalui zaman kanak-kanak.....zaman remaja sehinggalah...dewasa kini........::)))))
Hehehe.....tengok masa kecil lagi pun dah pun menghadapi dugaan.......
Oleh yang demikian, kesimpulan di sini......kita ini sebagai manusia...memang tidak terlepas....dengan ujian. Ramai yang berkata.....Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuannya. Dan.......Setiap dugaan itu menunjukkan Allah sayangkan kita.........::))))
Oleh itu.......Aku  tidak mahu merungut lagi....dan akan sentiasa menjadi insan yang bersyukur....dan redha dengan setiap ujian dariNya. 
Wassalam..........
Umur dua tahun. (1982)