Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Wednesday, 15 January 2014

Jus Epal Hijau dan Batang Saleri

Epal Hijau Dan Batang Saleri
Air Campuran Epal dan Batang Saleri
Alhamdulillah....bertemu semula kita di cyber maya ini. Kali ini saya ingin berkongsi tentang kebaikan epal hijau dan batang saleri. Ermmm....buah epal dan batang saleri ini sangat mudah untuk kita perolehi. Terdapat dijual diserata kedai dan gerai buah-buahan. Harganya pun sangat berpatutan.:)
Ok...jom kita baca tentng khasiat-khasiat yang terdapat di dalam epal hijau dan batang saleri ini.
Kelebihan dan kebaikan meminum air campuran epal hijau dan batang saleri. Mari kita amalkan bersama. Mencegah lebih baik daripada merawat, itulah pesanan orang tua-tua. Saya....mempunyai masalah sembelit, Alhamdulillah...dengan pengamalan jus ini setiap pagi..masalah ini dapat diselesaikan. Ini dapat membantu dalam proses pembuangan toksid atau membersihkan usus, Amalkan meminumnya setiap pagi ketika perut kosong. 
Khasiat buah epal yang masam baik membersihkan usus dan melawaskan pembuangan air besar. Kepada mereka yang ingin berdiet....turut boleh mengamalkan.
Khasiat Saleri:  merupakan sejenis sayur berbatang lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, foforus, sodium, vitamin A, B-Komplek dan C. la juga dikenali sebagai Opium gravelens dan berasal dari keluarga Dula umbelliferae yang  merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisonal untuk menurunkan tekanan darah tinggi . 
Amalan memakannya mampu menghilangkan pening- pening dan sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi. 
Khasiat Epal Hijau ini mampu mengurangkan pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah. Selain itu ia mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga dapat membantu kesihatan membran paru-paru, membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang, membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah dan membantu mengekalkan berat badan. Selain itu mampu mengurangkan tekanan penyakit asma dan mengurangkan risiko barah.
Selain itu juga, epal hijau juga mampu bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Hanya dengan memotong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Selamat Mencuba!!!!

 Pesanan daripada Saidina Ali Bin Abi Thalib,
“Apabila anda hendak makan Epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan Epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh angin akan lenyap.” 

Tuesday, 31 December 2013

"Bicara Penutup Tahun 2013"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani......Salam Muhibbah, Salam Sayang.....Salam Sejahtera buat rakan-rakan yang melayari blog kehidupanku ini......
Kehidupanku.....kehidupan semua makhluk alam....selagi kita diberi nafas...selagi itu kita diberi kehidupan. Kiranya panjang umur la. 
Lantaran itu....hari ini merupakan hari terakhir buat tahun 2013. 2013 akan melabuhkan tirainya....manakala 2014 akan membuka tirai....dan bermulalah kehidupan bagi tahun 2014. 
Alhamdulillah....aku melafazkan syukur kehadrat Ilhai dengan izinnya aku terus dapat menikmati kehidupan disepanjang tahun 2013. Pelbagai suka duka, ketawa dan air mata, sakit dan sihat....dendam dan restu terukir dan terpahat dihati dan sanubari serta bermain diminda. Itulah dinamakan kehidupan yang sememangnya adalah ketentuan Allah pada hamba-hambanya. 
Tahun 2013, merupakan tahun terakhir aku sebagai penuntut UUM. Alhamdulillah...segalanya sudah selamat. Segalanya sudah selesai. Menjadi seorang pelajar....sangat terindah buat diriku. Rindu kembali keadaan di dalam kelas, rindu suasana ribut dengan kesibukan menyiapkan assignment. Rindu untuk bergelar pelajar lagi...rindu sangat-sangat. Aku suka menjadi pelajar....... Gembira apabila cita-cita  untuk menyiapkan projek paper tercapai.....tetapi sedih apabila setelah projek paper dihantar kepda Penyelia....dengan itu.....maka berakhirlah tugasan segala. Maka rehat la......InsyaAllah....ada rezeki dan sihat tubuh badan...akan ku panjat setapak lagi untuk capai ke puncak. Inilah cita-citaku sejak dibangku sekolah rendah lagi......
Azam tahun baruku 2014....adalah memberi tumpuan kepada anak-anak....masa yang ada ini...akan ku manfaatkan bersama anak-anakku yang akan mula berganjak ke alam persekolahan. Ku harus pastikan mereka berjaya mencapai objektif pra sekolah yang telah ditentukan oleh KPM. Ini Amanah Allah yang harus aku jaga dan didik menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. 
Semoga Allah mengizinkannya. Semoga Allah mempermudahkannya. Semoga Allah menentukan yang terbaik buat diriku dan anak-anakku bagi tahun 2014. Semoga Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah dan penuh dengan keberkatan hidup. Amiin Ya Allah.
 Iqbal dan Irfan selalu dihati ummi......

Tuesday, 24 December 2013

Trip Ke Monkey Beach Anjuran Jabatan Matematik KMPP.......

Program keluarga bagi jabatan matematik kmpp. Aku dan rakan-rakan lain turut menyertainya. Masing-masing membawa ahli keluarga bagi memeriahkan aktiviti yang telah dianjurkan. Aku, tidak lupa membawa kembarku....iaitu abang dan adik. Begitu seronok dan teruja mereka apabila diberitahu akan menaiki bot. Macam-macam andaian dan anganan yang mereka buat. 

Setelah selesai solat subuh...aku kejutkan dua anak ini untuk bangun membersihkan diri. Jam 6.30am, aku bertolak dari serdang ke kolej. Ku melihat wajah anak-anak yang penuh keriangan dengan perjalanan kali ini. Bukan mudah sebenarnya aku ingin bersama-sama seperti ini. Masa yang terhad dan keadaan tertentu yang membuatkan aku jarang melibatkan anak-anak dengan program kolej. 

Semua pensyarah dan seluruh ahli keluarga berkumpul di perkarangan bangunan pentadbiran. Bas kolej sudah bersedia untuk memulakan perjalanan. Riuh rendah anak-anak pensyarah......semua peringkat umur pun ada. Seronok masing-masing. Apa pun, perjalanan didoakan selamat. Itu yag penting. 

Bas terus bergerak menyusuri jalan raya yang agak tenang. Jambatan Pulau Piang mula dilintasi. Terpegun anak-anak ini apabila pertama kali mereka melihat keindahan laut selat melaka ini. Keunikan jambatan Pulau Pinang yang menjadi mercu utama kemegahan di Pulau Mutiara ini. 

Taman Negara......itu yang menjadi destinasi utama. Berkumpul.....untuk menaiki bot ke "Monkey Beach". Hatiku mula berdegup kencang.....Ya Allah, takutnya. Bot kecil je....ishhhhh....ngeri. Laut yang biru....begitu tenang....dengan alunan ombak yang mendamaikan. Jangan sangka yang kecil, tidak ada apa-apa..... Apa pun, aku hanya doakan selamat sampai ke destinasi yang ditujui. Itu je yang ku harapkan........ Kalo nak ikut keberanian....memang rasa tak berani....tapi....ingatkan anak-anak....oooo ku kena tabahkan juga untuk terus menaiki bot ini. 

Wahhhhh......lajunya bot. Aduhhhh....sakit pinggang apabila melambung sebegini kuat. Anak-anak puas menjerit keseronokan apabila bot di lambung ombak. Luncuran bot yang laju sangat menakutkan. Gelombang air laut yang mengalun membuatkan ku rasa begitu gerun dan membimbangkan. Di dalam hati....hanya berdoa agar selamatlah semua. Semoga tidak berlaku yang bukan-bukan.......Adehhhhh....serik rasa.

Sampai di Monkey Beach.....cantik. Memang banyak monyet-monyetnya. Takutttt.....begitu memerhati...monyet-monyet ni...menyambut kehadiran para pengunjung. Baik-baik bekalan semua....nanti abis dibawanya lari!!!!!!!

Sesampai sahaja...semua dah tak sabar nak terjun kelaut untuk bermain air....termasuklah anak ku yang si adik debab ini. Sabar dik.....ummi risau la....

Hampir 3jam berada di Monkey Beach.....semua keluarga....bersiap untuk bergerak pulang. Sabar menunggu bot.....Aktiviti seterusnya......melawat tempat menarik yang ada di lautan Pulau Mutiara.

Letih kelesuan semua. Naik bas...semua dah tido dalam keletihan. Alhamdulillah....semuanya selamat sepanjang lawatan.

Adik di atas buaian.....menangis.

Ummi dan kembar


Di padang Kota Lama......

Bermain buih sabun.....
Adik bermain air......

Abang yang merajuk......




Sukanya dia......
Adik....

Abang.......


Batu yang disumpah menjadi buaya........
Batu yang disumpah menjadi penyu.................


Monday, 25 November 2013

Sambal Tumis Buah Putat

Buah Putat

Bahan-bahannya:-
Buah Putat - dihiris nipis 
Cili Kering - Agak2 la ye.......
2 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 alas bawang besar - hiris bulat
Ikan Bilis kecil
Air asam jawa
Minyak masak untuk menumis
Garam dan Gula Secukup rasa

Cara-caranya :- 
- Rendam buah putat di dalam air panas bersama sedikit garam,  biarkan seketika.
- Setelah agak layu.... toskan.
- Blend cili kering bersama bawang merah dan putih.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar, biarkan sehingga cili garing.
- Setelah garing, masukkan air asam jawa , garam dan gula
- Seterusnya masukkan buah putat, ikan bilis, bawang besar.......masak biar kering dan pekat. 
- Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas. 

Sambal Putat

Tuesday, 29 October 2013

Resepi Kuih Melayu : Cucur Badak....


Bahan-bahanya:-

Ubi Keledek - Ikut saiz....
Tepung gandum
1 biji kelapa - diparut
Segenggam cili kering - kisar
1/2 sudu besar jintan manis - kisar
2ulas bawang merah - kisar
2ulas bawang putih - kisar
2batang serai - kisar
1 sudu besar udang kering - kisar
Daum kesum dirincik halus
Minyak masak untuk menumis inti dan menggoreng cucur.
Galam dan Gula

Cara-caranya:

Inti - Kisar semua bahan. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar hingga garing dan pecah minyak. Setelah cili dah garing, masuk garam dan gula dan hirisan daum kesum. Kacau dan rasa. Biar ia rasa pedas-pedas manis. Setelah itu, masukkan kelapa parut......kacau hingga kering. Angkat dan sejukkan.

Kulit - Rebus Ubi hingga empuk dan toskan...dan terus lenyekkan sehingga hancur. Setelah itu gaulkan dengan tepung gandum. Agak-agak ye tepung gandumnya. Jangan terlalu banyak, nanti cucur akan menjadi agak keras.

Setelah itu, masukkan inti kedalam tepung dan betukkan menjadi bulat. Buat sehingga abis adunan. Dan boleh goreng untu dimakan panas-panas.
 

Thursday, 17 October 2013

Jalan jalan hujung minggu



Setelah beberapa tahun....tiada aktiviti-aktiviti jalan-jalan dihujung minggu. Kini...aktiviti bermula kembali setelah ummi dah sem akhir untuk pengajian master. 22 September 2013, adalah tarikh yang sesuai dengan semua keadaan. Alhamdulillah...berkat kesabaran anak-anak ummi.....menanti saat-saat begini.
 Last keluar berjalan-jalan dengan anak-anak di akhir tahun 2010. Zoo taiping....destinasinya. Kini....Zoo Taiping juga destinasi yang dipilih oleh anak-anak. Ye la....nak bersiar di tepi pantai dan mendaki gunung...agak tidak sesuai dengan kanak-kanak yang berusia 5 tahun ini.
Begitu teruja anak-anak ini apabila dapat melihat haiwan-haiwan liar yang terdapat di Zoo ini. Beginilah...anak-anak...selama ini hanya menyimpan dendam.....hanya melihat di kaca televisyen.....kini menjadi realiti. Dapat melihat gajah....harimau belang.....kuda belang.....zirafah....kangroo dan sebagainya......
Setelah penat berjalan-jalan di zoo.....destinasi seterusnya adalah pekena mee udang Mak Jah di Kuala sepetang yang begitu terkenal di kawasan Taiping......
Melihat anak-anak yang keletihan.....ummi pun turut keletihan.....so, tanpa membuang masa...pergerakan pulang diteruskan.....
InsyaAllah.....andai ada masa dan ruang.....kita akan berjalan lagi....:))