Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Wednesday, 24 April 2013

:::Ukhwah Sahabat:::

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA ☆:*´✿ (❤◕‿◕❤) ✿`*:.☆
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
Saat kau senyum dan ketawa, fikirlah walau sesaat tentang sahabatmu. Barangkali saat dan ketika kau menikmati keindahan langit biru, hatinya sedang terluka dan diselubungi awan mendung. Setelah kau sedari betapa bernilainya dirimu kepadanya, janganlah kau tinggalkannya sendirian. Ketika sahabat melukai hatimu, tulislah di atas pasir, biar angin kemaafan menghembus membawa bersama kelukaanmu itu. Sebaliknya ketika sahabatmu membuat kebaikan padamu, maka tulislah di atas batu hatimu, agar terpahat utuh walau dilanda badai….”Bila menjalin ukhwah hanya keranaNya, pasti ada ujian dariNya kerana Dia mahu melihat sejauh mana keikhlasan hati hamba-hambaNya”.


Kawan-kawan seperjuanganku, ingatlah…

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,

Begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita,

Segala rasa kecewa dan ketakutan,

Harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,

Rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,

Kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.


Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan. Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu…tetapi kita boleh tahu jika kita ikhlas bersahabat dengannya.

Sahabat adalah cerminan diri, sahabat menguji ketulusan hati,
sahabat menilai ikhlasnya budi, sahabat menyubur kasih yang bersemi,
carilah sahabat sejati, terbina ukhuwah, mendapat kasih Ilahi,
secebis kasih membuat kita sayang,
seucap janji membuat kita percaya,
sekecil luka membuat kita kecewa,
namun sebuah ukhwah selamanya bermakna.☆:*´✿ (❤◕‿◕❤) ✿`*:.☆

Note Daripada Pelajar ku: Asmalini Ashri

Sunday, 14 April 2013

Sajak Sedekad Kolej Matrikulasi Kedah

























Di tanah ini kau dibangunkan
Pencetus ekonomi di daerah terpinggir
Kehadiranmu dinanti seisi pertiwi
Menggamit nak wangsa ke daerah sepi

2003, melakar sejuta sejarah
Kau menerima generasi pertama
Kau menerima pendidik anak bangsa
Menjana  generasi terulung dunia
Melalui keringat pendidik watan
Di sini terukir pelbagai peristiwa
Rencah-rencah kehidupan sama dirasa
Dalam usaha menuju ke menara

Tahun demi tahun
Kotak-kotak cendekia dibina
Gedung-gedung ilmu dibuka
Menjadi saluran anak muda
Menimba ilmu mengambil manfaat
Dibumi ini kau subur jua
Harapan indah kian terselah

Sedekad sudah usiamu
Kita menyingkap tabir
Menyusur laluan jaya
Generasi demi generasi
Silih berganti memakna pertiwi
Menggendong visi
Menggalas misi
Menjunjung matlamat, hasrat yang bakal dirai

Satu dekad kita terlusuri
Kejayaan demi kejayaan kita kecapi
Mimpi yang dahulu menjadi realiti
Jelapang padi melakar sejuta harapan
Anak muda yang dahulunya gersang
Kini bisa menggarap nusa
Mencipta tamadun bangsa
Terus gemilang dipersada dunia

Satu dekad kita terlusuri
Mengadun ramuan para intelek
Mencorak jati diri membina peribadi
Melahir modal insan sejati
Memberi cahaya menyuluh sanubari

Kini, namamu meniti di bibir segenap masyarakat
Segala keringatmu dahulu terbalas jua
Harum namamu dipuncak persada.

Sedekad usiamu,
Kolej Matrikulasi Kedah



Nukilan Bersama : Hanafi Shamsuddin

Friday, 12 April 2013

Resepi : Pizza Roti Sardin






Bahan-bahannya:-

4 keping roti potong.
1 tin sardin -kecil (masak sehingga kering kuahnya dan masukkan sedikit air asam jawa)
1 tin tuna pedas.
1 labu bawang besar (dicincang dadu)
Cili kecil - dihiris nipis
Planta 
2 keping cheese.

Cara-caranya:-

1. Gaulkan sardin bersama tuna.
2. Sapukan planta pada kepingan roti dan susun di atas dulang pembakar.
2. Letakkan sardin yang telah dihancurkan pada roti.
3. Taburkan bawang, cili dan carikkan cheese pada roti.
4. Bakar sehingga cheese cair dan roti garing.

* Boleh tambah sosej untuk banyakkan inti. Tapi saya tak letak sebab bekalan tak ada di rumah. Jadi buat mana yang ada saja.
* Sedap dimakan sewaktu panas.

*Tq Fb Buku Resepi.

Monday, 25 March 2013

Resepi: Udang Masak Jintan Resepi Bonda

Udang Masak Jintan

Bahan-bahan:

Udang Besar
Minyak untuk menumis
2ulas bawang merah - dihiris nipis
1/2 biji kelapa-santan
1batang serai - diketuk
Garam dan Gula.

Bahan untuk dikisar - 
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1cm halia
cili kering
1sdt jintan manis

Cara-caranya:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris.
  • Masukkan bahan yang dikisar, perlahankan api...masak bahan tumis tadi sehingga wangi. Masukkan serai yg telah diketuk.
  • Setelah itu, masukkan garam dan gula.....serta udang.
  • Akhir...masukkan santan pekat tadi.
  • Reneh sehingga kuah menjadi pekat.

Friday, 8 March 2013

Beruntung Menjadi Wanita.....

Hari Wanita. Wanita sebagai Ibu, Wanita sebagai Isteri, Wanita sebagai Anak, Wanita sebagai Pelajar. Semuanya......Wanita. Banggalah jadi seorang WANITA. Andai jadi Wanita Solehah......lagi besar rahmatnya. Untungnya wahai para wanita....... 

Wanita sebagai ibu........
Seorang ibu yang penyayang.....seorang ibu yang sanggup mempertaruhkan nyawa ketika melahirkan anak. Ibu yang sanggup bersengkang mata berjaga malam demi membesarkan seorang anak. Seorang ibu yang sentiasa menadah tangan untuk mendoakan kebaikan anak-anaknya......Inilah wanita yang bernama Ibu. Banyak kelebihan yang dapat diperolehi oleh seorang ibu iaitu, Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.  Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.  Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Kasih Ummi Kasih Sepanjang Hayat.

Wanita sebagai Isteri....... 
Seorang wanita yang bergelar isteri....dapat meraih ribuan pahala dari Allah. Taatilah suami yang diberi oleh Allah kerana wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. Selain itu, Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya). Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawabbaginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, makaAllah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Oleh yang demikian...beruntunglah...kita sebagai wanita. Setiap perlakuan dan tindakan yang baik akan di beri ganjaran oleh Allah. Sama-samalah kita menjadi ibu, isteri dan wanita yang solehah. Amiin. Kepada yang belum menjadi isteri dan ibu....tanamkan azam untuk menjadi isteri dan ibu yang solehah kerana banyak ganjaran pahalanya.


Monday, 4 March 2013

Lawatan Ke Songkla, Thailand

Ini adalah trip pertama bagi tahun 2013. Trip ini dah sebulan lebih berlalu.....cuma masa tak mengizinkan untuk aku membuat coretan di paparan maya ini. Trip ini melibatkan kakitangan kolej matrikulasi kedah. Dimana tujuannya untuk menyertai pertandingan persahabatan antara KMK dan Universiti Songkla dan yang selebihnya ialah bershopping la......:-)) . Ermmmm...acara yang dipertandingkan ialah pentanque, badminton dan bola tampar....
Perjalanan bermula jam 2.30 petang pada 23/1/2013. Aku dan rakan-rakan yang lain berhimpun di hadapan masjid KMK. Wahhh....bestnya. First time nak p luar negara. hehehee....sempadan ja pun. Mudah...just pakai border pass....dah bleh masuk ke Thailand....
Macam-macam yang berlegar di dalam kepala ni...thailand ni macam mana ye??? Best ke tak??? Ada apa ye???Nak tukar duit banyak mana ye??? Nak beli apa ye??? Apa pun...cool..sabar...nanti tahu la...apa yang ada di sana.
Perjalanan pun bermula...ada kumpulan...iaitu comuter A, B dan C. Aku naik comuter B. Ermmm..pemandunya...tak tahu sepatah pun bahasa melayu...yang tahu hanya bahasa siam.....jenuh nak berkomunikasi ni. Kalo nak suh berhenti macam mana ye??? Yang bestnya...geng2 yang dalam comuter B ni...semuanya satu kepala...tak abis-abis buat lawak...ada sahaja cerita yang keluar...riuh rendah jadinya...dengan gelak ketawa yang tak kering gusi. 
Perjalanan dan masuk sempadan....berhenti..untuk pemeriksaan border. Semua kena turun dan beratur. Akhirnya...sudah masuk bumi thailand. Terpandang di sepanjang perjalanan...rasa sedikit kelainan persekitarannya...dengan susun atur bangunannya....penyaluran kabel elektriknya....di sepanjang perjalanan yang penuh dengan kebun getah. Tapi...kebun getah dekat siam ni...kemas...lapang dan bersih...bleh nampak...susunan pokok getah yang begitu teratur.
 Ermmm.....perjalanan yang memakan masa 2jam...ada rakan-rakanku yang dah mula lentok. Hai....suana petang yang panas dan kering....mana bleh tahan mata. Memang best lentok ni!!!!!
Akhirnya.....aku dan rakan-rakan tiba di Universiti Songkla.....Wah....semangat ni nak mulakan perlawanan. :)) Lawan punya lawan.....semua team kmk kalah...hahaha...gelak je. Bukan tak leh bg menang....tp kita kena bagi kalah......sebab nak jg hati sahabat kita. ye ke??? issshhhhh...mcm tu plak ye!!!!
Akhirnya.....selesai sahaja perlawanan......aku dan rakan-rakan.....terus ke hatyai untuk ke tempat penginapan dan membeli belah. Mulalah....bermalam di bumi siam........



Di Hotel Grand Plaza

Pasukan Lawan

Makan malam pertama di siam

Geng shopping......kak ti, ita dan kak murni



Kumpulan Wanita

Di samping ketua jabatan matematik

Di Ice Dome

Urut Kaki

Chang Puak Camp

Bersama Kak Murni


Bersama Tukang Urut Kaki

Bersama Duyung

Kanak-Kanak Tadika Siam

 

Sunday, 13 January 2013

Wajah-Wajah Kesayangan Hamba.......

Sunyi suana malam ni........hanya kedengaran suara cengkerik menyanyi. Sayu hati ini.....teringatkan anak-anak kembarku. Apalah yang mereka buat diwaktu malam-malam begini???? Ye la....cuti lama...bersama anak-anak....Macam-macam andaian yang berlegar diruang fikiranku. Mungkin tengah menguyah makanan....mungkin tengah bermain PcTab.....mungkin jugak....sudah lali beralaskan lengan maktok!!!! 

 Ummi rindu la.....pada adik dan abang!!!! Nape la...adik dan abang tak nak datang duk ngan ummi??? Sudi2kanlah diri tu ye......asyik nak berkepit ngan maktok dan ayahwan je...... Kesian ummi duk sorang-sorang kat sini. Ermmm.....InsyaAllah...pas ummi habis master nanti....abang dan adik kena jugak sudi-sudikan diri ye!!!!

Kalo tidur berpelukkan adik...memang best. Adik badannya berisi dan bulat. Kebiasaannya....ummi akan tunggu anak-anak ummi tidur....pastu mula la..bangun dan bacakan ayat thoha...1-5 dan tiup diubun anak-anak..... Hehehe....kadang-kadang kalo iqbal tak tidur lagi...pas ummi tiup diubunnya...dia pun  kalut dan bangun nak tiup jugak dikepala ummi. hehehe...lawak betul anak ummi sorang ni..... Yang si adik memang tak kisah....nak tiup....tiup la....janji adik bleh tidur. Mata lagi penting...ummi. 

Sekarang sudah pandai berbicara....semua dialog yang dilontarkan agak berbisa dan perkataan yang digunakan agak skema. Ni semua...terpengaruh dengan ayat-ayat kartun. Apa yang diiklankan ditelevisyen semuanya nak. Adehhhh.....dah pandai tanya gaji ummi bila dapat....untuk beli mainan adik abang.....cute sangat bila pertanyaan itu diutarakan. Tersentak ummi bila adik sound..." tu la...beli I-Pad china sangat..tu la cepat rosak"...Wah!!! pandainya anak ummi. Kalo tak China macam mana ye???? Bleh tahu ke budak-budak sebesar ini perbezaan China atau tak...... Ermmm....ni mesti pasang telinga bila dengar orang tua-tua berbicara. 

 Alhamdulillah....tahun 2013...anak-anak ummi dah terbuka dan rela hati untuk ke Tadika. Cuma si abang je...yang macam berat sikit. Tapi abang tahun ni....asyik tak sihat je.....kejap demam dan penat....dan sakit mata.....Alahai anak...... Ummi risau sangat kat abang ni. Ummi doakan abg sihat sentiasa hendaknya....sayang ummi kena kuat semangat ye......

Apa pun terima kasih pada mak dan ayah yang tolong jaga anak-anak adik. Jasa kalian akan adik kenang sepanjang hayat adik. Semoga Allah sentiasa merahmati kedua orang tuaku....Amiin.

 

Adik main air.

Aksi yang sama

Adik tertidur..bila kebosanan

Wajah abang yang demam

Mula belajar sikat rambut - Adik

Mula belajar sikat rambut - Abang