Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Wednesday 5 December 2012

Apa yang kau mahukan???

Sejenak ku terfikir.........
Aku rimas dan rasa tidak selesa dengan kehidupan sekarang. Handphone berdering tidak kira waktu....terpapar namamu diskrin....muak untuk aku melihatnya....jelik untuk aku menjawab panggilamu.  Entah la.....rasa tidak berminat untuk bercakap dengan insan yang sudah tiada makna di dalam hidupku. Aku tertanya pada diri ini......Apa lagi niatmu?????? Tidak cukupkah dengan segala seksaan yang telah engkau lakukan terhadap diriku ketika ku menjadi milikmu pada masa dahulu???? Aku ingatkan....setelah terlerainya ikatan sebuah perkahwinan....engkau akan rela melepaskan ku bebas ke mana sahaja tanpa mengganggu diriku lagi. Tapi apa yang kuharapkan tidak sedemikian. Kau masih hadir dan cuba mengganggu hidupku. Setahun lebih kehidupanku telah bebas dari mu.....tapi....kau masih belum rela melepaskan ku dengan sepenuh hatimu. Apa yang engkau mahukan??? Apa yang engkau inginkan??? Tidak puas dengan segala penderitaan yang telah kau ciptakan disepanjang perkahwinan kita sehingga tidak pernah wujud rasa bahagia di dalam hidupku ketika ku menjadi isterimu. Hendak diungkitkan.......rasanya.....tidak perlu untuk ku coretkan di paparan umum ini. Cuma yang ku harapkan darimu......janganlah engkau cuba mengganggu hidupku lagi. Biarkan ku pergi dengan membawa zuriatku, harapan dan cita-citaku serta kehidupanku. Biarkan ku dengan perjalanan hidupku....Aku mohon dan rayu pada dirimu......relakan..ihklaskan diriku dimiliki oleh insan lain yang lebih menghargai kewujudan diriku di dalam hidup mereka. Usahlah engkau berdendam dan menggunakan ilmu-ilmu yang khurafat dan syirik bagi membuatkan ku derita. Ingatlah....pulanglah kepangkuan jalan.....masih belum terlambat untuk bertaubat......terimalah dengan hati yang terbuka dan minda yang waras....yang aku tak akan dan tidak boleh kembali menjadi milikmu. Ini semua di atas segala keterlanjuran lafaz dan keputusan yang telah engkau lakukan. 
Bukakan hati mu.....dan relakan perpisahan kita ini sebagai takdir Ilahi.... Biarkan segala memori yang telah tercipta ditiup sang bayu dan berlalu pergi bersama masa dan waktu. Usah dihitung kesilapan lalu............maafkan diriku andai sudah tiada ruang buat dikau di dalam hidupku.

1 comments:

noor azmah omar said...

az percaya , ummi cukup kuat untuk hadapi semua ni ... i believe you ! Allah selalu bersama hambanya yang kuat dan tabah macam ummi ... az akan sentiasa menyokong ummi .. i promise that ..

Post a Comment