Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Monday, 25 March 2013

Resepi: Udang Masak Jintan Resepi Bonda

Udang Masak Jintan

Bahan-bahan:

Udang Besar
Minyak untuk menumis
2ulas bawang merah - dihiris nipis
1/2 biji kelapa-santan
1batang serai - diketuk
Garam dan Gula.

Bahan untuk dikisar - 
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1cm halia
cili kering
1sdt jintan manis

Cara-caranya:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris.
  • Masukkan bahan yang dikisar, perlahankan api...masak bahan tumis tadi sehingga wangi. Masukkan serai yg telah diketuk.
  • Setelah itu, masukkan garam dan gula.....serta udang.
  • Akhir...masukkan santan pekat tadi.
  • Reneh sehingga kuah menjadi pekat.

Friday, 8 March 2013

Beruntung Menjadi Wanita.....

Hari Wanita. Wanita sebagai Ibu, Wanita sebagai Isteri, Wanita sebagai Anak, Wanita sebagai Pelajar. Semuanya......Wanita. Banggalah jadi seorang WANITA. Andai jadi Wanita Solehah......lagi besar rahmatnya. Untungnya wahai para wanita....... 

Wanita sebagai ibu........
Seorang ibu yang penyayang.....seorang ibu yang sanggup mempertaruhkan nyawa ketika melahirkan anak. Ibu yang sanggup bersengkang mata berjaga malam demi membesarkan seorang anak. Seorang ibu yang sentiasa menadah tangan untuk mendoakan kebaikan anak-anaknya......Inilah wanita yang bernama Ibu. Banyak kelebihan yang dapat diperolehi oleh seorang ibu iaitu, Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.  Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.  Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Kasih Ummi Kasih Sepanjang Hayat.

Wanita sebagai Isteri....... 
Seorang wanita yang bergelar isteri....dapat meraih ribuan pahala dari Allah. Taatilah suami yang diberi oleh Allah kerana wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. Selain itu, Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya). Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawabbaginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, makaAllah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Oleh yang demikian...beruntunglah...kita sebagai wanita. Setiap perlakuan dan tindakan yang baik akan di beri ganjaran oleh Allah. Sama-samalah kita menjadi ibu, isteri dan wanita yang solehah. Amiin. Kepada yang belum menjadi isteri dan ibu....tanamkan azam untuk menjadi isteri dan ibu yang solehah kerana banyak ganjaran pahalanya.


Monday, 4 March 2013

Lawatan Ke Songkla, Thailand

Ini adalah trip pertama bagi tahun 2013. Trip ini dah sebulan lebih berlalu.....cuma masa tak mengizinkan untuk aku membuat coretan di paparan maya ini. Trip ini melibatkan kakitangan kolej matrikulasi kedah. Dimana tujuannya untuk menyertai pertandingan persahabatan antara KMK dan Universiti Songkla dan yang selebihnya ialah bershopping la......:-)) . Ermmmm...acara yang dipertandingkan ialah pentanque, badminton dan bola tampar....
Perjalanan bermula jam 2.30 petang pada 23/1/2013. Aku dan rakan-rakan yang lain berhimpun di hadapan masjid KMK. Wahhh....bestnya. First time nak p luar negara. hehehee....sempadan ja pun. Mudah...just pakai border pass....dah bleh masuk ke Thailand....
Macam-macam yang berlegar di dalam kepala ni...thailand ni macam mana ye??? Best ke tak??? Ada apa ye???Nak tukar duit banyak mana ye??? Nak beli apa ye??? Apa pun...cool..sabar...nanti tahu la...apa yang ada di sana.
Perjalanan pun bermula...ada kumpulan...iaitu comuter A, B dan C. Aku naik comuter B. Ermmm..pemandunya...tak tahu sepatah pun bahasa melayu...yang tahu hanya bahasa siam.....jenuh nak berkomunikasi ni. Kalo nak suh berhenti macam mana ye??? Yang bestnya...geng2 yang dalam comuter B ni...semuanya satu kepala...tak abis-abis buat lawak...ada sahaja cerita yang keluar...riuh rendah jadinya...dengan gelak ketawa yang tak kering gusi. 
Perjalanan dan masuk sempadan....berhenti..untuk pemeriksaan border. Semua kena turun dan beratur. Akhirnya...sudah masuk bumi thailand. Terpandang di sepanjang perjalanan...rasa sedikit kelainan persekitarannya...dengan susun atur bangunannya....penyaluran kabel elektriknya....di sepanjang perjalanan yang penuh dengan kebun getah. Tapi...kebun getah dekat siam ni...kemas...lapang dan bersih...bleh nampak...susunan pokok getah yang begitu teratur.
 Ermmm.....perjalanan yang memakan masa 2jam...ada rakan-rakanku yang dah mula lentok. Hai....suana petang yang panas dan kering....mana bleh tahan mata. Memang best lentok ni!!!!!
Akhirnya.....aku dan rakan-rakan tiba di Universiti Songkla.....Wah....semangat ni nak mulakan perlawanan. :)) Lawan punya lawan.....semua team kmk kalah...hahaha...gelak je. Bukan tak leh bg menang....tp kita kena bagi kalah......sebab nak jg hati sahabat kita. ye ke??? issshhhhh...mcm tu plak ye!!!!
Akhirnya.....selesai sahaja perlawanan......aku dan rakan-rakan.....terus ke hatyai untuk ke tempat penginapan dan membeli belah. Mulalah....bermalam di bumi siam........



Di Hotel Grand Plaza

Pasukan Lawan

Makan malam pertama di siam

Geng shopping......kak ti, ita dan kak murni



Kumpulan Wanita

Di samping ketua jabatan matematik

Di Ice Dome

Urut Kaki

Chang Puak Camp

Bersama Kak Murni


Bersama Tukang Urut Kaki

Bersama Duyung

Kanak-Kanak Tadika Siam

 

Sunday, 13 January 2013

Wajah-Wajah Kesayangan Hamba.......

Sunyi suana malam ni........hanya kedengaran suara cengkerik menyanyi. Sayu hati ini.....teringatkan anak-anak kembarku. Apalah yang mereka buat diwaktu malam-malam begini???? Ye la....cuti lama...bersama anak-anak....Macam-macam andaian yang berlegar diruang fikiranku. Mungkin tengah menguyah makanan....mungkin tengah bermain PcTab.....mungkin jugak....sudah lali beralaskan lengan maktok!!!! 

 Ummi rindu la.....pada adik dan abang!!!! Nape la...adik dan abang tak nak datang duk ngan ummi??? Sudi2kanlah diri tu ye......asyik nak berkepit ngan maktok dan ayahwan je...... Kesian ummi duk sorang-sorang kat sini. Ermmm.....InsyaAllah...pas ummi habis master nanti....abang dan adik kena jugak sudi-sudikan diri ye!!!!

Kalo tidur berpelukkan adik...memang best. Adik badannya berisi dan bulat. Kebiasaannya....ummi akan tunggu anak-anak ummi tidur....pastu mula la..bangun dan bacakan ayat thoha...1-5 dan tiup diubun anak-anak..... Hehehe....kadang-kadang kalo iqbal tak tidur lagi...pas ummi tiup diubunnya...dia pun  kalut dan bangun nak tiup jugak dikepala ummi. hehehe...lawak betul anak ummi sorang ni..... Yang si adik memang tak kisah....nak tiup....tiup la....janji adik bleh tidur. Mata lagi penting...ummi. 

Sekarang sudah pandai berbicara....semua dialog yang dilontarkan agak berbisa dan perkataan yang digunakan agak skema. Ni semua...terpengaruh dengan ayat-ayat kartun. Apa yang diiklankan ditelevisyen semuanya nak. Adehhhh.....dah pandai tanya gaji ummi bila dapat....untuk beli mainan adik abang.....cute sangat bila pertanyaan itu diutarakan. Tersentak ummi bila adik sound..." tu la...beli I-Pad china sangat..tu la cepat rosak"...Wah!!! pandainya anak ummi. Kalo tak China macam mana ye???? Bleh tahu ke budak-budak sebesar ini perbezaan China atau tak...... Ermmm....ni mesti pasang telinga bila dengar orang tua-tua berbicara. 

 Alhamdulillah....tahun 2013...anak-anak ummi dah terbuka dan rela hati untuk ke Tadika. Cuma si abang je...yang macam berat sikit. Tapi abang tahun ni....asyik tak sihat je.....kejap demam dan penat....dan sakit mata.....Alahai anak...... Ummi risau sangat kat abang ni. Ummi doakan abg sihat sentiasa hendaknya....sayang ummi kena kuat semangat ye......

Apa pun terima kasih pada mak dan ayah yang tolong jaga anak-anak adik. Jasa kalian akan adik kenang sepanjang hayat adik. Semoga Allah sentiasa merahmati kedua orang tuaku....Amiin.

 

Adik main air.

Aksi yang sama

Adik tertidur..bila kebosanan

Wajah abang yang demam

Mula belajar sikat rambut - Adik

Mula belajar sikat rambut - Abang

Wednesday, 9 January 2013

Tertanya Pada Diri.......

Hampir dua tahun ku lalui kehidupan sebagai ibu tunggal. Rasa seronok pula jadi ibu tunggal ni....ermmmm...ye la.....nak ke mana saja...boleh pergi bila-bila masa...tanpa mohon kebenaran dari sesiapa..sendiri yang buat keputusan dan sendiri yang keluarkan duit....nak masak ke tak nak ke...pun tak kisah....nak kemas umah ke...tak nak pun tak apa....hehehe...bestkan???
 Memang best.....pegi sana sini...ramai orang sayang dan simpati....ye la...."ibu tunggal". Wanita yang dianggap lemah. Tetapi mereka tidak tahu...disebalik...hati wanita-wanita yang bergelar ibu tunggal!.Seorang wanita yang meneruskan hidup dengan membesarkan anak-anak seorang diri. Hati pun dah jadi kental dan berani. Jangan main-main.....hehehehe....lawak je....xnak cakap besar la....takut rasa. 
Setelah ku lalui kehidupan ini..seorang diri disamping anak-anakku....aku merasakan aku sendiri mampu dan berupaya membesarkan anak-anak seorang diri. Aku rasa selesa dan rasa bahagia sangat......tak ada lagi orang yang nak sakiti hati ini.....malah...rasa semua orang sekeliling sayang kita. Ramai yang mengambil berat......rakan-rakan.....para pensyarah...turut mengambil berat. Rasa bahagia sangat. Rasa sentiasa disayangi. Rasa seronok pula dengan kehidupan sekarang........tapi sampai bila nak hidup sendirian sebegini??? Mula tertanya pada diri.....

Ermmmm....kadang-kadang terfikir jugak untuk diri ini dimiliki dan memiliki. Ye la...tiba-tiba rasa sunyi dan sepi......mula la....hati jadi tak menentu. Kalo bab calon....usah dikata...nak jadi no1....no 2 atau no 3....buat je pilihan yang mana....hehehe..wah...ramainya. Biasa la....sebab dengan rasa simpati kut...jadi mereka cuba untuk mengisi kekosongan diriku. Tapi bukan lah...aku tak sudi...dan terlalu memilih....cuba rasa serik dan takut masih wujud dalam diri ini. Allah dah pernah memberi kehidupan ku berpasangan....iaitu berkongsi hidup dengan seorang lelaki. Ketika itu ku amat harapkan kebahagiaan...tetapi rupanya kesakitan dan kepedihan yang wujud. Ingin juga beri peluang kepada diri ini buat kali kedua....tapi yang berlegar dikepalaku.....adakah akan muncul kebahagiaan????? Takut sebenarnya......bukan tidak yakin dengan ketentuan Allah. Tapi aku harus betul-betul membuat pilihan yang tepat agar pisang tidak berbuah dua kali. Cuba dan cuba memberi ruang......cuba dan cuba meyakinkan diri bahawa masih ada lelaki yang baik di dunia ini....cuba tidak menghukum semua lelaki adalah sama. Aku cuba adil pada kaum ini. Cuba dan cuba!!
InsyaAllah....aku yakin akan wujud lelaki yang baik di dalam hidupku. Amiin.
Walau bagaimanapun.....kita sebagai hamba Allah dimuka bumi....sentiasa berdoa dan perlu redha serta menerima segala ketentuan dengan hati yang terbuka. Untuk berkata redha memang mudah untuk dilafazkan...tetapi untuk ikhlas meredhakan di dalam hati.....belum tentu kita mampu. Hati ini begitu mudah hancur dan berkecai...tetapi memang payah untuk dicantumkan semula....tak semudah yang disangka.....tak semudah dengan berkata maaf......kerana luka dan parutnya sukar untuk diubati. Oleh itu, jangan kita cuba untuk menyakiti hati orang lain...ini pesanan buat diriku.
 Hanya dengan doa yang dapat ku panjatkan kepada Mu tuhan.
Ya Allah.....
aku adalah insan dan hamba yang lemah.....
kepadaMu ku berdoa.....
Kurniakanlah kepadaku rasa nikmat kebahagiaan di atas muka bumi Mu...
Janganlah..kau uji ku diluar kemampuan ku Ya Allah......
Rahmati la aku.....dan kayakan aku dengan nikmat kasih sayang...
Amiin.

Wednesday, 2 January 2013

SElaMat TaHun BaRu......2013

Pejam celik pejam celik.....hari ni 02.01.2013. Usiaku mula berganjak selangkah ke depan....dari 32tahun sudah menjadi angka 33tahun. Ermmm...alahai....sudah terlebih dewasa kini. Apa pun aku bersyukur kepada Ilahi....masih memberiku kesihatan yang baik dan anak-anak yang sihat dan comel...:) serta mak ayah yang masih sihat. Alhamdulillah......
Setiap insan akan tanamkan azam baru. Ini merupakan budaya masyarakat di dunia...apabila tibanya tahun baru, azam pun mesti baru. Azam yang lama andai tidak tercapai atau belum terlaksana......harus kita cuba capai dan laksanakan pada tahun ini. Anjakan paradigma, buat perubahan untuk dapat yang lebih baik.
Apa azam ku sebenarnya???? Terfikir juga.....tak adala..hebat sangat azam ku.....biasalah...sebagai seorang ibu....aku mohon pada Allah.....supaya beri kesihatan yang baik kepada anak-anak. Lindungilah anak-anakku dari segala bahaya dan bencana walau dimana mereka berada. Untuk diri sendiri...semoga ku terus sihat, sentiasa bersemangat waja...dalam meneruskan hidup....berjaya di dalam bidang yang diceburi...dan dapat tamatkan master dengan keputusan yang cemerlang.... Ada satu lagi azam....hahaha...lawak kalo ku sebutkan disini.....Haish.....Apa pun biarlah rahsia...:)).
Kepada pembaca-pembaca blog...di tahun baru ini....saya doakan kalian sentiasa berjaya di dalam apa jua bidang yang kalian ceburi.....dan menjadi insan yang sentiasa dirahmati Allah. Amiin.....
Kata-kata pujangga yang ingin saya kongsi di sini,

Sesungguhnya hari kelmarin bagaikan mimpi yang telah berlalu dan telah habis waktunya, sedangkan hari esok tinggallah harapan yang indah. Adapun hari ini adalah realiti yang sebenarnya. 

Jangan tujukan pandangan anda ke sudut-sudut yang buruk dari kehidupan ini,
 tetapi tujukanlah kepada sudut-sudutnya yang indah.

Tidak ada musuh yang paling ditakuti oleh wanita selain kegelisahan menghadapi hari tua..

Takut tua..rupanya wanita ni ye??? Termasuklah saya.............apa pun jumpa lagi di lain waktu dan post!!!!

Diakhir Tahun 2012

Wednesday, 19 December 2012

Angkara Siapakah Ini?????

Lihat dan amati satu persatu gambar-gambar di bawah ini.......Apa tujuan si perlaku??? Pening kepala ku memikirkannya.  








Puas aku memikirkan.....angkara siapakah ini. xsemena-mena pasu bunga yang cantik....dimusnahkan...diciptanya lubang yang cantik ditengah-tengah pasu bunga tersebut. Agaknya la tak ada kerja kut si pelakunya!!!. Kejadian ni dah berbulan berlalu...cuma baru ku potretkan di ruangan ini. 
Seterusnya....berlaku lagi kejadian yang kedua. Seawal pagi, aku dengan bersemangat hendak ke opis.....sampai diparkir kereta....aku amat terkejut apabila melihat kereta kelisaku yang comel ini telah  di renjiskan dengan sesuatu. Aik.....apa ni??? Tapak kucing ke??? Aku belum buta lagi.....tapak kucing bukan begini.......aku amati dengan teliti....perasaan takut, marah, geram....mula menyelimuti diri.....akhirnya aku menumpang kereta kawan utk ke opis. Selepas thumb print.....aku pulang semula ke rumah....untuk membelek2 kereta ku. Nak naik takut......benda sihirkah ini??? Untuk apa ya??? Ooo....nak serikan kereta ku yang comot kut!!!! hahahaha......lawak betul la......Ermmmm......tak ada kerja betul orang yang melakukannya..... Apa yang dia kehendaki dari ku yang tak punya apa-apa ini!!!!!!




Apa pun....dengan kejadian-kejadian sebegini.......aku hanya berserah pada Yang Satu. Ya Allah...aku ampun mereka yang ingin mengkhianati aku, aku ampunkan mereka yang ingin menganiayai aku....aku ampunkan mereka yang ingin membuat aku sengsara......Hanya kepada Engkau aku berserah, Ya Allah. Lindungilah hambamu ini. Amiin.