Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Monday, 10 September 2012

Resepi Makaroni Bakar



Makaroni Bakar

Makaroni

Makaroni yang telah siap dipotong.


Bahan-Bahannya:

Bahan A 
Ayam cincang (bahagian isi)
1 bawang besar(potong dadu)
2 bawang putih(cincang halus)
3 biji cili padi (dicincang halus)@3biji cili merah 
2 sudu besar serbuk kari

Bahan B(kastad)
5 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
3/4 tin susu (susu cair)
  
Bahan lain
1 cawan makaroni
100g cheese(mozarella@cheddar@mix cheese diparut)
garam secukup raser... cubit2 garam
Bawang goreng(utk taburan)
 

Cara-Caranya:
  • Rebus makaroni sampai separa lembut.
  • Untuk buat inti, tumis bawang besar dan putih... kemudian masukkan serbuk kari..sampai naik minyak..tambahkan air sedikit sudu kalau kering.
  • Then masukkan daging dan gaul sampai masak.. masukkan cili merah dan masukkan garam secukup rasa.
  • Angkat dan gaulkan dengan  makaroni dan masukkan dlm adunan bakar.......taburkan cheese yg dah diparut
  • Buat kastard dengan masukkan susu dlm bowl,kemudian masukkan telur.. pukul adunan .. kemudian masukkan tepung gandum
  • Tapis adunan kastad terus ker adunan makaroni dan daging tadik
  • Bakar adunan, agak separuh masak......taburkan dengan bawang goreng.....dan biarkan terus masak. 
  • Bleh dihidangkan.....memang sedap.  



 * Terima kasih kepada Pn. Norly kerana berkongsi resepi ini. Family saya memang suka sangat makaroni bakar ini.

Wednesday, 5 September 2012

Trip Ke Rumah Seri Kenangan dan Cameron Highlands

Setelah selasai sambutan ambang merdeka....esoknya...31/8/2012.....aku dan sekumpulan pelajar bergerak ke Negeri Perak Darul Ridzuan....melawat Rumah Seri Kenangan, Ulu Kinta, Tg. Rambutan dan Cameron Highlands. Perjalanan yang bermula jam 5.30 pg. Awal tu....mata masih belum mampu terbuka luas. Ye la....masih terasa penat menyambut ambang merdeka pada malamnya. Tido hanya beberapa jam...dan seawal pagi dah bangun. Alhamdulillah.....semua perjalanan selamat. 

Sehinggala....kami tiba di RSK pada jam 9.00pg. Kami disambut oleh kakitangan dari RSK dan seorang penghuni RSK yang mempunyai ikon tersendiri. Lambaian dan salam...tersenyum wajah tua melihat kedatangan kami. Ibu-ibu....bapa-bapa....kami dari kmk datang untuk menjenguk kalian. Terkedu aku seketika.....terkenang wajah orang tuaku. Wahai anak-anak di mana kalian....sehinggakan...dibiarkan ibu tua ini di sini. Hati kecilku mula bersuara. 

Pengurus RSK....memberi taklimat berkenaan RSK dan Latar belakang tentang penghuni-penghuni RSK. Kami mula diberi tugas......hehehe...tugas yang mudah sahaja. Iaitu tugas menyuap makanan pada ibu-ibu tua yang uzur. Aku meminta pelajar-pelajarku menjalankan tugas tersebut. Suapan dengan rasa hormat dan penuh kasih sayang. Tiba-tiba airmata ku....mengalir deras dipipi ini. Ya Allah....sayu hati aku melihat keadaan ibu ini. Begitu uzur.....dengan mata yang tidak nampak. Mana anak-anakmu, ibu??? Tanya hatiku. Tergamaknya.....mereka...membiarkan ibu tua yang begitu uzur di sini. Sedangkan...ibu ini hanya meniti hari dalam meghabiskan sisa-sisa hidupnya sahaja. Makanlah...wahai, ibu. Anggaplah...ini anakmu yang menyuap makanan ke mulutmu. Makanlah..sehingga kenyang.

Tak mampu menahan airmata semasa menyuapkan makanan ke mulut ibu ini.

Makan lah...wahai ibu.


Bersama Insan Terpilih

Kasih Seorang Ibu Tua.......

Kasih Ibu Hingga Ke Syurga.....

Setelah..semua tugas selesai.....kami dihidangkan makanan tengahari oleh pihak RSK. Selepas itu kami berehat....dan petangnya...adakan majlis penutup.

Setelah itu....Kami berjalan di Jusco, Ipoh...dan terus ke KMPk...untuk bermalam di sana. Keesokan harinya...jam 10.00am...kami mula bergerak ke Tanah Tinggi Cameron. Disana..kami berjalan....melihat permandangan...ke kilang Teh Boh...membeli dan belah....hahaha.....memang xcukup tangan punya membeli. Sakan jugak...ngan pelajar-pelajarku menshopping......hehehe...:)))..tu belum elaun masuk. Kalo elaun masuk....rasanya...tauke cameron pun diangkutnya:)))

Bas....KMK

Taman Cactus

Bee Farm


Bersama Pelajar.......


Di Kilang Teh Boh

Di Hadapan Rumah Penginapan

Bersama....pelajarku

 Then...esoknya....2/9/2012...jam 2pm...kami bergerak pulang ke KMK. Alhamdulillah.....perjalanan yang selamat. InsyaAllah...ada rezeki bleh berjalan lagi.:)))

Tuesday, 4 September 2012

Malam Ambang Merdeka Tahun 2012

Merdeka! Merdeka! Merdeka!.....setiap tahun negara kita akan menyambut Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Negara.

Alhamdulillah....Sambutan Malam Ambang Merdeka Peringkat Kolej bagi tahun 2012 telah berjalan seperti yang dirancang. Sambutan yang dirasmikan oleh Tuan Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah, telah bermula pada jam 10.00malam dan tamat pada jam 12.30 tengah malam.

Pelbagai acara menarik telah di persembahkan. Hehehe....biasala.....semua acara persembahan ini terletak dibawah tanggungjawab aku sebagai AJK Persembahan Malam Ambang Merdeka. Terima kasih kepada En. Azri, kerana sudi membantu saya membimbing pelajar-pelajar pengkisahan kemerdekaan. 
Antara persembahannya ialah Persembahan Nasyid Sawtol Latif.....di bawah pimpinan ku sendiri. Deklamasi Puisi Kemerdekaan, Nyanyian lagu patriotik oleh pelajar yang bernama Vailet dan Pengkisahan Kemerdekaan oleh dua orang pelajar iaitu hakim dan syifa.

Kami telah menjalani latihan dalam tempoh seminggu selepas cuti hari raya. Aku dan pelajar-pelajar bertungkus lumus dalam membuat latihan...terutama nasyid. Nasyid yang paling aku risaukan.....bukan senang nak mainkan alat muzik....bersesuaian dengan lagu. Lagu hanyut dan bersatu menjadi pilihan. Akhirnya....satu persembahan yang baik telah dipersembahkan. Hahahaaa......KFC......sabar ye....nanti saya belanja ye.

Terima kasih kepada rakan-rakan pensyarah yang terlibat.....Kak Zaiton...sebagai Pengerusi Ajk 1Malaysia, Pengerusi yang sporting...tak marah walau diganggu pagi2...buta. Hahahaha....call tanya bajet baju. Kak Nora....yang sporting...yang sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada ku....tq, kak dan tq kepada semua ajk yang lain.........InsyaAllah...andai ada masa...umur panjang....kita akan bekerjasama lagi.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Latihan Terakhir
Bersama Pelajar Nyanyian Patriotik dan Pengkisahan Kemerdekaan


Pelajar-pelajar teknikal.......

Rythm Section........azim, leh dan fatih (bulat)

Mengasyikkan......Farid, Fikri,dan Azim.
Kumpulan Nasyid Sowtul Latif dan Hakim.
Latihan Vokal.........

Latihan...terakhir sebelum persembahan.......


Tuesday, 28 August 2012

Resepi : Almond London

Gula Halus

Butter cup

Badam yang telah dibalut dengan tepung.

Biskut Almond London

Bahan-bahan:
250gm butter cup
150gm gula halus
2 biji kuning telur
2 sudu kecil emplex (Perangup Biskut)
1 sudu kecil esen vanila
300gm tepung gandum (plus minus)
Badam (Bakar terlebih dahulu)
Badam Cincang (Bakar terlebih dahulu)
Coklat Masakan.

Cara-caranya:
- Pukul butter dan gula hingga kembang
- Masukkan kuning telur, dan pukul lagi......
- Masukkan esen vanila dan emplex
- Masukkan tepung gandum....sedikit demi sedikit....agak2 boleh di bentuk.
- Balut badam yang telah dibakar dengan doh tadi......
dan bakar.

Hiasan:
Masak coklat masakan dengan didihkan air dan letakkan coklat masakan dalam bekas lain dan letakkan pada air mendidih tadi. Biarkan cair.
Celupkan biskut yang telah dibakar dan taburkan dengan badam cincang. Masukkan di dalam cup.
Simpan di dalam bekas kedap udara.

Monday, 27 August 2012

Suatu Hari DiHari Raya.......

Selamat Hari Raya.....Aidilfitri.....pada seluruh umat islam di dunia ini. Sebulan kita berpuasa....Kini..tibanya syawal dalam meraikannya. Bestttt.....cuti awal seminggu sebelum raya. Dok umah..hanya melayan karenah anak2......sambil menolong mak buat kuih raya...sebab ada orang order. Tart nenas dan almond london memang menjadi tugas ku. Setiap tahun....inilah rutin aku sekeluarga. Mak tak abis2...dengan tempahan dodol. Berkil-kilo orang order. Haaaa...penatnya nak mengacaunya........
Persiapan raya..semua dah siap.....Alhamdulillah...raya tahun ini..aku dapat rasa kemewahannya.....Duit gaji...dan bonus...hanya untuk aku dan anak-anak sahaja. Tidak lagi perlu memikirkan orang lain. Walau aku sudah tidak bersuami lagi......hati aku tetap gemira bersama anak2....dan keluarga yang sentiasa memberi aku semangat untuk terus bangun dalam hidup. Untuk apa kita mengungkit kisah silam yang menyakitkan..... Pandang ke depan....dalam mendaki puncak kejayaan.........
Dua hari sebelum syawal.....adik aku yang berada diperantauan....sudah tiba....kakak ku..bersama family..turut tiba dalam membuat persiapan raya...... Rumah dihias.....dengan kemas dan rapi. 
Di pagi....syawal...setelah selesai solat hari raya.....aku bersalam-salaman bersama ayah bonda.....adik beradik yang lain. Masing-masing memohon keampunan...sudah menjadi lumrah raya.......setiap kali raya...semua bermaaf-maafan antara satu sama lain..........Ermmm....sian adik ku yang sorang ni....ada suami tapi terpaksa sambut raya sorang2....suami terpaksa bertugas di hari raya....jauh plak tu...mana lagi kalo xseberang laut...sarawak la...:(( Apa pun..tabah ya....dikbah. InsyaAllah tahun depan...leh raya bersama.
Ermmm.....bila dah abis cuti.....semua adik beradik...dan aku akan meninggalkan kampung halaman. Sedih..pilu...semua mula terasa.Bagi aku...sayu nak tinggalkan..kembar yang comel ni la....alahai anak2 ummi....terpaksa ummi meninggalkan kalian..demi mencari rezeki....:((
InsyaAllah...andai di panjangkan umur...tahun hadapan...akan dapat merasa lagi nikmat aidilfitri......:))

Gelagat Iqbal dan Irfan

Bersama adik bah

Anak-anaku bermaafan

Bermaaf-maafan di pagi raya (malu kononnya....kalo bergaduh xtahu malu)

Iqbal dan Ummi

Iqbal dan Ummi

Adik maria dan Adik bah

Ibu, Iqbal dan Irfan

Family tersayang......mak dan ayah.

Ku cium tangan bonda.......

Cium tangan ayahanda.

Achu bersalam dengan mak....

Mak dan Ayah......bermaaf-maafan.

Aku dan family......
Bersama Kak Azah....

Bersama pelajarku....Fadzirul.....

Saturday, 4 August 2012

Resepi: Puding Roti




Loyang yang digunakan.

Bahan-bahannya:
13gm Agar-agar serbuk
1000ml air
4 senduk gula (ikut citarasa)
1 1/2 tin susu cair
2 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan tepung kastard
6 keping roti (saya guna roti Finergrain Wholemeal)

Cara-cara:
Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
Sambil itu....blend roti, susu, tepung kastard.
Setelah agar-agar cair dan mendidih....masukkan bahan yang dikisar tadi.
Perlahankan api..dan kacau hingga pekat.
Angkat..dan masukkan ke dalam bekas....dan biar sejuk.