Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Tuesday 4 September 2012

Malam Ambang Merdeka Tahun 2012

Merdeka! Merdeka! Merdeka!.....setiap tahun negara kita akan menyambut Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Negara.

Alhamdulillah....Sambutan Malam Ambang Merdeka Peringkat Kolej bagi tahun 2012 telah berjalan seperti yang dirancang. Sambutan yang dirasmikan oleh Tuan Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah, telah bermula pada jam 10.00malam dan tamat pada jam 12.30 tengah malam.

Pelbagai acara menarik telah di persembahkan. Hehehe....biasala.....semua acara persembahan ini terletak dibawah tanggungjawab aku sebagai AJK Persembahan Malam Ambang Merdeka. Terima kasih kepada En. Azri, kerana sudi membantu saya membimbing pelajar-pelajar pengkisahan kemerdekaan. 
Antara persembahannya ialah Persembahan Nasyid Sawtol Latif.....di bawah pimpinan ku sendiri. Deklamasi Puisi Kemerdekaan, Nyanyian lagu patriotik oleh pelajar yang bernama Vailet dan Pengkisahan Kemerdekaan oleh dua orang pelajar iaitu hakim dan syifa.

Kami telah menjalani latihan dalam tempoh seminggu selepas cuti hari raya. Aku dan pelajar-pelajar bertungkus lumus dalam membuat latihan...terutama nasyid. Nasyid yang paling aku risaukan.....bukan senang nak mainkan alat muzik....bersesuaian dengan lagu. Lagu hanyut dan bersatu menjadi pilihan. Akhirnya....satu persembahan yang baik telah dipersembahkan. Hahahaaa......KFC......sabar ye....nanti saya belanja ye.

Terima kasih kepada rakan-rakan pensyarah yang terlibat.....Kak Zaiton...sebagai Pengerusi Ajk 1Malaysia, Pengerusi yang sporting...tak marah walau diganggu pagi2...buta. Hahahaha....call tanya bajet baju. Kak Nora....yang sporting...yang sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada ku....tq, kak dan tq kepada semua ajk yang lain.........InsyaAllah...andai ada masa...umur panjang....kita akan bekerjasama lagi.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Latihan Terakhir
Bersama Pelajar Nyanyian Patriotik dan Pengkisahan Kemerdekaan


Pelajar-pelajar teknikal.......

Rythm Section........azim, leh dan fatih (bulat)

Mengasyikkan......Farid, Fikri,dan Azim.
Kumpulan Nasyid Sowtul Latif dan Hakim.
Latihan Vokal.........

Latihan...terakhir sebelum persembahan.......


0 comments:

Post a Comment