Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

SALAM UKHWAH........Kepada Tetamu Yang Melayari Blog Saya



Tuesday 25 September 2012

Sangkakan Gastrik...rupanya Appendix

Siangnya..ku begitu aktif dalam menjalani kehidupan seharian. Pada 20/9/1012 Jam 6.30am...ku bertolak dari serdang untuk menghantar adikku berdaftar sebagai pelajar UUM, Sintok. Pada waktu ini...perut memang sudah sakit...tapi ku sangkakan gastrik sebab kurang makan. Jadi ku drive kereta perlahan-perlahan.....sambil menyusuri lebuh raya utara selatan. 
Sehingga la..ku tiba di UUM jam 9.00 am. Ku biarkan adikku uruskan sendiri sesi pendaftaranya sambil ku menunggu di parking kereta. Setelah semua selesai, ku menghantar beliau ke DPP Sime Darby untuk penginapan. Selepas itu ku pulang semula ke Opis...untuk menjalankan tugasku. Petang nanti aku ada Program Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Aku di tugaskan sebagai pengacara majlis penutupan tersebut. Perut yang sakit...masih mampu ku tahan.......ku hanya mengadu pada rakan-rakan ku yang aku ini gastrik. Ermmm....ingat selesai semua majlis...nak p cucuk la....kat klinik swasta....kataku pada mereka.
Setelah semua majlis selesai...ku teruskan lagi aktiviti rutin ku mengajar pelajar-pelajarku menari zapin. Alhamdulillah...formasi tarian mampu kusiapkan sepenuhnya. Akhirnya..perutku makin sakit dan berdenyut. Ku mula rasakan yang aku sudah tidak berdaya lagi..... Kugagahkan diri....drive kereta pulang ke rumah. Sampai di rumah...solat maghrib....dan rehat.... Kurasakan denyut semakin kuat. Ku telefon pelajar ku..minta belikan makanan...moi sup....kut2...lepas makan nanti...bleh hilangkan angin gastrik ni.
Akhirnya...pelajar-pelajarku menasihati aku untuk ke klinik...... Ku cuba gagahkan diri....terus drive kereta..dan terus ke klinik Jitra.....Terus ku ke Klinik Dr. Jalaludin.....
Setelah nama ku dipanggil...ku masuk untuk bertemu dengan Doktor.....ku ceritakan keadaan perutku yang sakit....Doktor terus memeriksanya...dan ku segera dirujuk Ke Wad Kecemasan Hospital Jitra. Setiba di sana...tekanan darah diperiksa.....dan sampel darah diambil....untuk diperiksa dimakmal. Ku terus dimasukkan drip.......hati ku mula berdegup kencang...adakah ku terkena appendix. Wah!!!! risaunya...xmahu......jangan la.....banyak lagi kerja yang perlu kusiapkan..... Kelas master macam mana...... Alamak....macam-macam bermain di fikiran ku....... Ya Allah....harap jangan la... itu yang ku pinta. 
Jam menunjukkan 12am......keputusan darah telah diketahui.... ku dengar paramedik...menyebut patient perlu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah......Airmata ku mula berguguran....aku diuji lagi.....Hebatnya hidup ini. Ku mula...menelefon raka-rakan ku....untuk menguruskan keretaku yang ditinggalkan di Hospital Jitra....Akhirnya..Kak su..setuju datang mengambil keretaku untuk di bawa pulang.....
Ku naik ambulans..hanya ditemani oleh seorang jururawat..dan pemandu. Ramah jugak....jururawat ni..... tanya tentang diriku..... Oooohhhh..katanya...tinggal seorang rupanya...patut la...xada waris. Jawab ku..ye saya tinggal sorang shj.....Mak ayah tinggal diserdang kedah...bersama anak-anak saya.
Akhirnya sampai di Hospital Sultanah Bahiyah...jam 1.05am.....hari jumaat. Doktor mula memeriksa....kerana ingin mengetahui tahap appendix ku. Akhirnya...aku dimasukkan ke  Wad 7A. Pembedahan akan dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila wad pembendahan kosong. Aku diminta berpuasa. Wah....laparnya. Rugi xmakan siap2 sebelum jumpa doktor tadi.
Seharian aku di hospital.....mana ni....bila nak operate ni....lapar ni......dah separuh hari....tapi xpanggil lagi......cepat la..operate...bleh makan dah kalo selesai awal. 
Akhirnya......22/9/2012 jam 6.45am....aku dipanggil oleh Doktor pembendahan untuk di buat pembendahan....jururawat bertugas....datang menyiapkan diriku dengan suit operation. Ku baring di atas katil dan di tolak ke wad pembendahan. Alhamdulillah......pembedahan ku selamat dan selesai jam 10.00am. Aku dalam sedar xsedar......cuba jugak bukakan mata....aku bersyukur kepada Allah kerana masih diberikan nafas dan terus hidup dalam menikmati kehidupan di dunia ini. Alhamdulillah.....ya Allah........ Aku Redha atas Ujian Mu ini. 




Ramai kawan2 ku menelefon bertanyakan khabar.....ada yang datang melawatku........terima kasih banyak2...atas keperihatinan kalian. Terima kasih kepada Aimi dan kak su yang sudi menjaga ku di hospital, terima kasih kepada mak ayah...kak long, anak2 buah....Puan Timbalan, Kak Aishah, kak yati, kak ti, kak kinah, kak murni, kak nora.....kak ina, kak yana, kak lis....kak lisah....Azri......dan seluruh rakan2.....yang lain....shadat, haris, ros, tajudin, fuad.......dan sahabat handai...teman2 seperjuangan....pelajar-pelajar sekalian...terima kasih atas sokongan, dan doa kalian. Saya sayang kalian semua......
Ku diberi cuti sehingga 3/10/2012.

5 comments:

noor azmah omar said...

salam..hmm..lepas ni kena makan ikut time la ye...susah nar nak makan cik tipah kita ni...

Kakak said...

ALLAH takkan uji hambaNYA kalau hambaNYA itu tak mampu menghadapinya.. kuatnya cikgu.. cikgu idola saya sebagai mahasiswa.. syg cikgu.. =)

Mdm.Lat said...

Dalam kehidupan ini...apa yang datang..kita perlu tempuhi dan sentiasa redha. Kalo hendak diikutkan hati....merana, sakit dan mati la...iman kita. Tq...syazana atas sokongan awak. Cikgu, doakan awak akan berjaya di dunia dan di akhirat.

roni said...

ct tabah dan sabar lalui tiap ujian dan ketetapan nya.perasaan di hati ct hnya tuhan yg tahu.tuhan maha kasih syng hambanya.insyallah kbhgn sedang menanti ct ..sentiasa doakan ct dan anak2 ..

Nazryst said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment